Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Catatan Bumi Jawa

Kalau padi katakan padi

Imej
Wahai pembuat sistem, Wahai penanggungjawab sistem, Wahai koordinator sistem, Wahai pelaksana sistem, Saya cuma nak cakap; Kalau padi katakan padi, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau jadi katakan jadi, Jangan saya ternanti-nanti. Kalau dedak kata dedak, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti. Kalau dapat ikut exit exam, katakan dapat, Jangan mahu bertapi-tapi, Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti, (Sekian, pantun tak jadi)

Kenapa mahu mencari imam?

Imej
Foto ihsan daripada Wikipedia . Sangat informatif untuk ketahui posisi dalam berjemaah. Tertanya-tanya pada diri, "..jika saya bernikah, bilakah waktu untuk berjemaah dengan keluarga?" Kerap kali ditemukan para muslimat menyebut mengenai mencari 'sang imam'. Bukanlah bermaksud harfiah; imam yang mengetuai solat berjemaah di masjid. Kalau imam yang itu, bila-bilapun boleh cari. Tetapi, yang mereka maksudkan suami ataupun pasangan hidup. Dahulu istilah ini hanya popular dikalangan wanita-wanita bertudung labuh. Sekarang, sudah 'komersial'. Semua mahu menggunakannya. Akan tetapi, bolehkah imam tersebut adalah suami yang mengimami solat untuk isteri dan keluarga setiap kali solat fardhu? Tempat solat fardhu bagi seorang lelaki, mahu ataupun tidak, adalah secara berjemaah di masjid. Bukanlah dengan puan isteri. Makanya, bagi muslimat yang berharap dapat solat fardhu lima waktu dengan suami, lupakanlah. Kecualilah jika bakal suami anda memang berjawatan...

[Tambahan] Proaktifnya "liberal", reaktifnya Islamis

Imej
(Catatan tambahan terdapat diruang bawah posting ini) Sejak kebelakangan ini, banyak kita dapat lihat program dan kempen anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Non-Muslim . Bukanlah bermakna ia NGO keagamaan, tetapi majoriti penggerak dan aktivis di dalamnya terdiri daripada orang bukan Islam. Terbaru dan terhangat, kempen "I Want To Touch The Dog". Isu tersebut tidaklah perlu diulas, kerana telah muncul pelbagai lapisan pengulas di media sosial sedia ada. Daripada agamawan sampai ke mat rempit. Semua ada. Namun, garis besar yang saya dapatkan, "... terer juga mereka (NGO Non-Muslim ) buat program dan kempen eh?" Saya melihat, apa yang mereka lakukan punyai objektif tersendiri. Dan, cara yang mereka lakukan agak kreatif serta menarik minat orang ramai. Itu yang ada pada mereka. Biarpun pada kita tidak tepat, tetapi mereka tidaklah lakukan sambil lewa. Susunan daripada melihat permasalah semasa, mengatur tujuan, memilih target group , samp...

Qurban 1435H

Jika di hitung-hitung, tahun ini merupakan tahun keenam saya ber-Aidil Adha di perantauan. Tahun pertama beraya di Masjid Nurul Hikmah. Waktu itu, terlibat sebagai panatia kurban. Tahun kedua hingga sekarang, beraya di Kedutaan sahaja. Ada kelebihan dan kekurangan antara beraya di Masjid Nurul Hikmah dan Kedutaan. Tetapi, kelebihan yang saya sukai ketika di Masjid Nurul Hikmah, kita dapat bersilaturahim dengan orang setempat. Mungkin itu inti utama yang susah didapatkan jika beraya di Kedutaan. Orang setempat sebenarnya sangat terbuka. Mereka memberi peluang untuk kami menolong melapah haiwan kurban. Bahkan, jika berani, mahu menyembelihpun diberi. Tahun ini Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Ahad. Mujur saya bercuti, jadi berkesempatan untuk ikut beraya. Ini ada sedikit video yang sempat di rakam. Tiba-tiba tangan ni ter-rajin pula menyunting video-video yang ada. Selamat Hari Raya Aidil Adha 1435 H. ------------------------- 1. Vimeo diblock di Indonesia. Saya tidak ...

S.o.a.t.p

Rindu pula dengan PERMAI. Bukan rindu mahu mengikutinya lagi. Tapi rindu kenangan sewaktu menguruskannya. Saya namakan program, kerana saya benar-benar menganggap ianya program. Walaupun ketika itu, saya menggerakkannya bagai sebuah organisasi. Saya benar-benar lupa mengenainya. Dulu mulut petah bicara, perkenalkan mengenai program ini. Hadir ke sana sini. Buat pertemuan. Minta dana. Telefon semua orang yang perlu. Tapi, sekarang ianya hilang. Sama seperti kenangan-kenangan sewaktu menguruskan PKPMI-CJ. Saya tutup buku. Setutup-tutupnya. Dan, seperti yang saya selalu ceritakan pada teman-teman, saya rasa "kekurangan" pada tanggungjawab yang dipikul. Atau lebih mudah, saya gagal. Campur baur, ingatan. Memang orang puji. Memang orang suka. Tapi orang juga mengeji. Ada yang tak suka. Yang pasti, ianya kenangan. Biar suka dan duka. Saya harus terima. Dan, harumnya kenangan itu akan terhidu suatu masa nanti. Sekarang saya merasakannya. Harum pada sendu, juga ta...

Krisis MB: Bukan Muslim Brotherhood

Imej
Hasil carian di Malaysiakini mengenai krisis MB Selangor Agak sukar untuk tangan ini tidak menulis mengenai apa yang terjadi di tanah seberang. Mata yang membaca dan telinga yang mendengar ini tidak boleh diam. Merasakan, "..aku perlu komen something ." Sudah lama menghindar diri daripada terlibat memberi komen ataupun pendapat mengenai situasi politik Malaysia. Saya minat politik hanya kerana sifat Muslim itu memang berpolitik. Politik yang dimaksudkan bukanlah dari perspektif sempit; Partisan. ---------------------- Saya mengikuti isu MB Selangor sedikit demi sedikit sejak sebelum 1 Syawal. Mulainya nampak menarik. Namun, hujung pangkal daripada isu ini- Kajang Move , tidaklah saya ikuti. Malas. Masih samar dan terlampau luas tafsirannya dengan takwilan serta sangkaan. Tiada siapa yang tahu pasti kenapa ianya berlaku. Cuma dua garis besar yang kita sering dapat; 1) Menyelamatkan karier politik DS Anwar Ibrahim, dan 2) Peralihan kuasa MB Selangor akibat pertikaian...

Belajar dari orang gila

Siang, dua minggu yang lalu. Waktu sudah menunjukkan sekitar jam 2.00 petang. Masih duduk termangu, menunggu kapankan ujian bermula. Disebelahku seorang pesakit 'milik' rakan. Saya ditugaskan menjaga pesakit ini diluar, menunggu giliran untuk masuk. Pesakit ini dalam bahasa awamnya dipanggil 'orang gila'. Suatu stigma yang memberi persepsi negatif kepada mereka. Di Jepun, salah satu cara untuk mengelakkan persepsi negatif terhadap pesakit gangguan jiwa ini adalah mengubah istilah ( term ) yang digunakan. Sebelum ini, mereka menggunakan istilah Seishin-Bunretsu-Byo yang bermaksud Mind-Split Disease  bagi merujuk kepada pesakit gangguan jiwa. Istilah ini lebih condong ke arah kriminal ataupun pesalah. Lalu, istilah ini ditukar kepada Togo-Shitcho-Sho yang bermaksud Gangguan Integrasi ( Integration Disorder ). Baca buku, tutup. Buka, selak-selak. Tutup lagi. Bosan. "Tadi lagi ngapain?" Memulakan bicara. Kesian lihat pesakit termenung sendirian. Bi...

VII

Teringat pesanan Tuan Haji Subky Abdul Latif beberapa tahun lepas. Beliau berkata, untuk mahir menulis, kita perlu banyak menulis dan tulislah apa sahaja yang kita rasakan. Barulah tulisan kita itu mampu membuah makna dan bermanfaat bagi orang lain. Mungkin anak muda kurang mengenali, siapakah insan bernama Subky Latif ini. Beliau merupakan seorang wartawan politik tersohor dalam negara ini. Beliau pernah bertugas di Utusan Melayu, Suara Rakyat, Suara Merdeka, Harian Watan dan Harakah. Beliau juga aktif terlibat dalam politik dan pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan. Sebagai mahasiswa tajaan kerajaan, serba salah saya untuk mencerita kisah sosok ini. Kita terbuka di luar tetapi tertutup di dalam. Tuan Haji Subky Latif ini memang merupakan wartawan dan ahli politik. Tetapi, disisi lain, beliau juga merupakan ayah kepada sahabat saya, Ramadhan. Kami berkenalan sewaktu beliau belajar di Universitas Islam Negeri (...

Stase- Jiwa

Alhamdulillah, sekarang sudahpun minggu terakhir Stase Ilmu Kedokteran Jiwa. Bermakna, saya sudahpun hampir melewati 7 stase. Terdapat 12 stase yang yang perlu dilalui sepanjang semester kepaniteraan ini. Bahasa mudahnya, stase tersebut juga boleh disebut department. Mengikut silibus universiti saya, terdapat 12 department yang harus dilalui untuk lulus dan mendapat gelar dokter perubatan. Contoh department pula seperti Ilmu Penyakit Mata, Ilmu Penyakit Dalam, Ilmu Kedokteran Forensik dan sebagainya. Stase pula terbahagi kepada dua, iaitu minor dan major. Bagi stase major, mengambil waktu selama 10 minggu. Bagi stase minor pula, mengambil masa samada 5 minggu, 4 minggu atau 2 minggu.  Saya kurang tahu kenapa dibahagikan kepada major dan minor. Asumsi saya, bidang perubatan yang dikelaskan major memerlukan masa yang lebih lama untuk dapat menjumpai kes yang lebih banyak serta bidang ini lebih luas berbanding yang lain. Saya tidak tahu kenapa saya ceritakan hal ini. Saya ...

Pilihan sebelum peluang

Ketika kita masih lapang, masih banyak waktu terluang, kita diberikan PILIHAN, sama ada duduk di rumah ataupun ikut serta dalam majlis-majlis ilmu. Sedangkan, ketika kita sibuk, kita tidak diberikan pilihan. Mengikuti majlis-majlis ilmu hanyalah apabila kita punyai PELUANG. Waktu sibuk dan lapang akan datang silih berganti. Sama ada ketika kita masa di semester pra-klinikal ataupun di semester klinikal. Sama ada ketika masih bergelar mahasiswa ataupun setelah berkerja. Sama ada ketika bujang ataupun sudah berkeluarga. Ada waktunya, kita sibuk. Dan, ada waktunya kita lapang. Ketika sibuk, musuh utama kita ada waktu yang sangat mencengkam serta memerlukan tenaga yang banyak. Sedangkan ketika sibuk, musuh utama kita adalah diri kita sendiri. Kita akan lebih suka bertangguh. Dialog, ".. ala nantikan boleh pergi lain masa.." akan muncul. Perlukan masa untuk diri sendiri, masa 'berehat' dan sebagainya. Oleh itu, dalam dua keadaan ini, Allah jadik...

Koas dan DnT

*Tulisan ini dihasilkan pada bulan Ramadhan yang lepas* Dunia koas dianggap medan latihan dalam kita berprofesi sebagai tenaga medis suatu hari nanti. Di sini kita akan dilatih bagaimana menterjemahkan apa yang terdapat dibuku dengan apa yang terdapat di alam realiti. Memang berbeda. Apa yang diteori tidak akan selalu terlihat pada pasien. Ianya dunia baru untuk kita. Namun, disebalik harus belajar, kita juga menghadapi cabaran dari segi mental dan fizikal. Jika di stase yang santai, iya enak. Bisa belajar, ga capek. Tapi, jika kita dapat stase yang sibuk.. Bersiap sedialah untuk penat tetapi dalam masa yang sama harus belajar. Kadang-kadang dimarahin lagi setiap hari.. Cabaran kita adalah masa dan tenaga. Tenaga yang dihabiskan di rumah sakit dan masa yang kurang, akan sentiasa menghantui kita. Ada sahabat pernah berkata, "..kerana itulah kita harus menyibukkan diri kita sebelum koas.." Ia umpama persediaan untuk kita menghadapi dua kesibukan; kerja/tugasan dan belaj...

Selesai dan bermula

Alhamdulillah.. Akhirnya, lulus 30 blok dan 160 SKS. Tanggal 5 Mac kelmarin sudahpun diumumkan. Makanya, berakhir sudah tahun teori dalam pengajian perubatan. Alhamduillah. Walaupun, seharusnya waktu yang ditetapkan bagi tempoh pengajian teori adalah 3½ tahun. Aku sudahpun terlewat setahun. Orang kurang bijak perlu belajar banyak dan lama sikit, mungkin. :) Apa-apapun, 13 Mac ini akan mula mengikuti sesi Kepaniteraan Dasar (Padas). Bermakna sekitar 3-4 minggu kami akan diberi persediaan bagi mengikuti tahun klinikal. Semoga dengan masuknya tahun klinikal ini, menjadikan diri ini lebih bersyukur. Semoga syukur ini melahirkan amal yang istiqamah. Semoga segalanya dipermudahkan. Perjalanan ini masih panjang. Yang aku cari, hanyalah keredhaan-Nya.

Kembali ke Jakarta

Imej
Berangkat pulang. Moga cita-citaku terbang lebih tinggi dari pesawat ini. Alhamdulillah, selamat kembali ke Jakarta Sabtu lepas. 'Percutian' di Malaysia selama hampir dua bulan terasa sangat sekejap. Cepat betul masa berlalu. Rasa banyak lagi yang nak dilakukan di Malaysia. Beberapa hari sebelum pulang ke sini, memaksa minda untuk menerima- "..aku dah kena balik Jakarta dah!" Pastinya agak berat. Sebabnya, dirumah kita berada dalam keadaan selesa. Untuk mengubahkan keadaan  selesa itu kepada keadaan Jakarta yang seribu satu macam hal pastinya agak berat. Namun, untuk terus berada dalam zon selesa adalah kurang baik. Rutin harian yang sama, dalam putaran ( cycle ) yang sama setiap hari. Seperti yang sering dianalogikan. Air yang jernih, jika dibiarkan bertakung, lama-lama pasti akan keruh. Air perlu dibiarkan mengalir, agar manfaat dapat disalurkan kepada pelbagai perkara. Macam tu la ceritanya.. Apa-apapun, dah selamat sampai dan memulakan sesi pembela...

Aku Kata Aku

Imej
"Aku ni kaya ke?" "Apa yang aku ada? DSLR, handphone, laptop, duit elaun, pakaian.. Itu je." "Tu boleh dikira kaya ke?" "Kalau macam tu, ramai la orang dikira kaya." "Nampak sangat aku tak kaya." "Benda yang ada nipun bukan duit aku cari sendiri." "Ada yang parents bagi.." "Ada yang JPA bagi.." "Tapi, sah-sah la aku kena khidmat untuk dia (kerajaan) balik." "Dah tu, apa je yang betul-betul aku ada?" "Takda apa-apapun." "Laaaa.. Aku takda apa-apapun sebenarnya." "Dengan nikmat yang sikit nipun aku tak mampu bersyukur." "Asik nak berharap nikmat bertambah lagi." "Nak beli lens.." "Nak beli iPad.." "Nak beli tu.. Nak beli ni.." "Tak puas betul." "Padahal nikmat yang sikit nipun aku dah susah bersyukur." "Bertambah nikmat, haruslah bertambah syukur."...

Orientasi- oriented

Merasakan diri paling benar adalah sindrom yang sangat bahaya. Ianya bukan sahaja mematikan kebenaran, tetapi menumbuhkan suatu barrier nilai yang 'senget'. Ketika dalam berjemaah, perlu disedari ianya adalah wadah ataupun alat. Bukanlah tujuan. Namun, garis pemisah ini (antara alat dan tujuan) sangat tipis sehingga seringkali sukar untuk dibezakan. Terdapat pelbagai lagi wadah yang lain. Yang menjadi pembeda, kerana manhajnya. Suatu ketika dahulu, (mungkin hingga kini) diri ini dikatakan bersifat program oriented . Apakah yang dimaksudkan itu? Kerana menjadikan alat sebagai subjek utama. Itu kata mereka. Tanpa perlu memberi alasan, kita diskusikan dengan cara yang mudah. Objektif dan program. Objektif dalam bahasa 'Islamik'-nya adalah hadaf. Program pula- kita mudahkan ianya adalah alat ataupun wadah. Oleh itu, mengambil dua contoh di atas. Kita mudahkan untuk memahami dalam tafsiran yang jelas. Program dan jemaah menjadi subjek. Dan keduanya memiliki sifat sebagai al...

Catatan Jaulah Osem #01

Imej
Beratur untuk menaiki pesawat ke Surabaya. Kami memilih Batavia kerana agak murah ketika itu. "Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku Kau hantar pesanan suruh aku terima kamu ooh.. Hati ku rasa sesuatu.." Berkali-kali lagu ni cuba mengejutkan aku. Sampai habis bateri handphone , tak bangun-bangun juga. Tiba-tiba junior datang ketuk pintu bilik untuk kejutkan. Eh, kami ada misi hari ini! Sepatutnya bertolak ke bandara ( airport ) jam 3.45 pagi. Tapi, disebabkan bangun terlambat dan barang tak kemas lagi, bertolak agak lewat sikit. Sindrom post-exam membuatkan aku sangat-tersangat-sangat malas untuk berkemas sebelum tidur. Teksi kuning sudahpun menunggu. Seperti biasa mahasiswa Malaysia di sini, kami menggunakan perkhidmatan syarikat "Taxi-ku". Sebabnya, bayaran tol akan ditanggung teksi. Boleh jimat sikit! Selesai mandi dan berkemas, kami bertolak ke bandara. Jalan lengang. Tak banyak kenderaan. Lama perjalanan dari ruma...

Jaulah Bulatan Gumbira

Imej
Poster Bulatan Gumbira. hehe. Alhamdulillah, kami selesai berjaulah selama 4 hari 4 malam ke Surabaya, Gunung Bromo dan Jogjakarta. Kami ber-jaulah untuk mencari ilmu dan membina ukhuwwah. Insha Allah nanti saya update catatan perjalanan. :)

Bulat-bulatan #01

Imej
Gambar bulat-bulatan ketika tahun 2010 Di internet sekarang ini, banyak dapat kita lihat perubahan selebriti ke arah berkeperibadian Muslim yang sebenar. Ianya suatu perkembangan yang menarik! Bahkan menyuntik semangat dan harapan buat kita, bahawa Islam benar-benar akan tertegak kembali. Salah satu contoh adalah Wardina Safiyyah. Beliau mula dikenali ketika berlakon dalam sitkom Spanar jaya. Kini beliau berpakaian sesuai seorang muslimah bahkan mengikuti circle atau bulatan atau usrah. Bagaimana proses daripada wanita yang sosial, mempunyai kerjaya sebagai pelakon dan model yang bergantung pada rupa dan penampilannya; namun kini berubah sebahagian besar? Dalam peristiwa pengharaman arak, Allah SWT menurunkan perintah larangan secara berperingkat iaitu selama 3 tahun. Allah SWT tidak serta merta mengharamkan arak. Ini kerana kebiasaan orang Arab ketika itu adalah meminum arak. Kerana apa ianya dilakukan berperingkat? Salah satu pengajaran yang dapat dia...

Jalan- antara jalan

Imej
Jalan- antara jalan Kata sahabat, " kita kalau dah sedap makan nasi sendiri, sampai nampak tak sedap je nasi orang.. Sedangkan kita belum menjamah nasi yang satu lagi. " Nasi boleh ditafsir hidangan secara literal, namun pada makna lain ia membawa maksud 'cara'. Kita ada 'cara' kita, mereka ada 'cara' mereka. Jangan diperlekeh yang mereka, seumpama kita tidak mahu mereka perlekeh kita. Hormatilah. Kita tidak melihat ustaz dikaca televisyen dengan sengaja melafaz, "..dakwah ustaz ini tidak benar! Dakwah perlu dari pintu ke pintu, lorong ke lorong..! Yang dibuatnya itu tiada manfaat, tiada siapa akan berubah.." Sejak bila kita menjadi tuhan, memberi hidayah menentukan siapa yang akan berubah? Dalam hal dakwah, seninya sangat luas. Adakala kita rasanya kitalah terbaik, cara kita terbaik, metode kita terbaik.. Justeru, mudah perlekeh usaha orang lain. "Hei, alih duri dijalanpun ganjarannya besar!" Berlapanglah w...

PERMAI 2011

Imej
Alhamdulillah, PERMAI 2011 selesai juga akhirnya! Suatu kegembiraan dan kepuasaan buat kami. Setelah hampir setahun merancang, pelbagai cabaran dihadapi, dapat juga diselesaikan dengan jayanya (insha Allah). Saya belum berkesempatan untuk menulis panjang mengenai sebalik tabir PERMAI. Izinkan untuk saya salin-tampal tulisan Ustaz Hasrizal berkaitan PERMAI 2011 dari laman blognya. --------------------------------------------------- Alhamdulillah. PERMAI 2011 sudah melabuhkan tirainya. Kali ini Jakarta menjadi tuan rumah kepada persidangan ketiga mahasiswa Islam Malaysia seluruh Indonesia selepas Jogjakarta (2009) dan Bandung (2010). Saya sekali lagi diberikan kepercayaan mengendalikan pengisian program selama 3 hari 2 malam ini selepas 7 Habits pada 2009 dan Mengertikan Kembali Islam dan Muslim pada 2010. PERMAI 2011 tampil dengan tema “Sebuah Baitul Muslim Buat Ummah: Begin with the End in Mind”. “Wajarkah tajuk ini?” ada yang bertanya. “Cinta?” sinis sebahagian pu...