Catat-catat
Bajaj di Jakarta: Gambar semasa awal menjejak kaki ke Bumi Jawa Cuba mencatat perihal bumi Jawa. Kalau dilihat pada kategori entri yang saya tulis, terdapat satu yang saya kategorikan sebagai 'Catatan Bumi Jawa'. "Bumi Jawa ni best sebenarnya!" kadang-kala sengaja gunakan ayat ni, untuk sedapkan hati. Bila lihat di facebook, rakan-rakan di negara lain sering siarkan permandangan menarik di negara mereka belajar. Terutamanya, yang belajar di negara 4 musim. Sangat indah dan cantik. Jika musim luruh, dapat lihat dedaun gugur menutupi jalan. Jika musim bunga, suasana permandangan bunga-bunga yang berwarna-warni, sangat menenang jiwa. Musim salji pula, mereka bermain papan luncur salji (snow-boarding), membuat boneka salji dan pelbagai lagi. Pastinya kita akan cemburu bukan? Tapi di bumi Jawa ini, apa yang kita nak kongsikan? Sebenarnya banyak sangat yang menarik di sini. Cuma dari sudut pandang kita yang membuatkan sesuatu benda itu menarik atau