Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Monolog

Ingin aku luahkan, Cemburu hati ini pada seorang pemuda, Namanya disebut-sebut penghuni langit. Usiaku, lebih dua dekad, Apakah mampu aku menjadi seperti dia? Uwais al-Qarni, Aku benar-benar mencemburuimu! Tapi, izinkan aku menjadi setaat dan sesetiamu kepada ibumu. Benar, aku ingin menjadi sepertimu! "Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"

Ujian 22 (1)

Insya Allah, esok akan menempuhi Ujian Integrasi 1 bagi Blok Neurology and Behaviour Science. Nama blok (mungkin lebih difahami jika disebut modul) menggunakan Bahasa Inggeris, tetapi pembelajaran tetap menggunakan Bahasa Indonesia. Blok ini banyak membahaskan mengenai penyakit-penyakit yang berhubungan dengan saraf dan kesihatan jiwa. Agak menarik belajar mengenai Kesihatan Jiwa (Mental Health), tetapi isi kandungan yang sangat banyak ini agak melelahkan. Doakan semoga dipermudahkan urusan pada esok hari. Rabbi yassir wa la tu'assir.

Belajar kerana Allah

Imej

#1

Tahun masihi sudahpun berganti ke 2011. Saya 'berjaya' membiarkan blog ini kosong tanpa update untuk lebih sebulan. Nak katakan terlampau sibuk, bulan disember lepas saya libur natal dan tahun baru untuk lebih dari dua minggu. Baiklah, sebenarnya perlu menyiapkan teks ucapan bagi Mesyuarat Ahli PKPMI-CJ esok hari. Saja mencuri ruang. Saya ringkaskan apa yang terdapat dalam minda, supaya tak terlewat lagi, ideapun dingin membeku. 1. Terlupa akan tugas dakwah. Atas kekurangan diri ini, banyak yang saya tinggalkan di Tanjung Duren ni. Majlis-majlis ilmu dah jarang diadakan. Astaghfirullah. Minta maaf buat sahabat-sahabat semua. Saya sangat mengharapkan ikhwan dapat mengaturkan sendiri majlis ilmu. Akhwat pula, sentiasa teruskan usaha tarbiyyah, bukan sekadar diruang lingkup usrah. Buat adik-adik 2009 dan 2010, bantu dan wujudkan kembali Biro Agama UMSA atau Halaqah Jakarta. 2. Teringat kata-kata pesanan, "cuti adalah waktu untuk kami BEKERJA". Apa yang dimaksudkan denga