Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Selamat hari lahir!

Dedaun Berguguran Membuktikan Kedewasaan Walau Tanpa Madah Dan Hadiah Namun Cukup Bagiku Sekadar Ucapan Selamat Hari Lahir Iringi Doa Kuhulur Bersyukur KepadaNya Atas Nikmat Usia Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti Selamat Hari Lahir Usiamu Ibarat Mutiara Tiada Berganti Lagi Hiaskan Iman Bersulam Taqwa Agar Sempat Mengucup Haruman Syurgawi Hari ni merupakan hari lahir bagi adik bongsu bagi keluarga kami. Kiranya dalam lebih kurang sebulan ni dah 3 orang ahli keluarga kami yang menyambut hari lahir. Alhamdulillah sihat walafiat lagi semua (makan tak ajak pun ea) . Semoga dengan makin bertambahnya usia membuatkan kita semakin lebih matang dalam berfikir, kuat dalam beramal soleh dan berpegang teguh di jalan Allah. Moga Allah swt kurniakan kalian umur yang bermanfaat, insya Allah.. Selamat hari lahir Bondaku : Noriah Che Mud Adik2ku : Aisya Amirah dan Fatin Aina Peace! =)

Boikot untuk palestin

Imej
Boikot dan boikot secara istiqamah. Umat seharusnya, bersatu dalam hal ini. Usah fikir apa kesannya kita boikot ni, tapi fikirkan apa yang kita lakukan untuk saudara kita di Palestin. Insya Allah, dari usaha yang sekecil ini memberi impak yang sangat besar. Bukan saja dari segi kerugian Israel dan Amerika, tetapi dapat menjalinkan usaha satu hati di antara sesama muslim. Carilah produk buatan muslim dalam kehidupan seharian walaupun harga mahal sedikit. Ukhwah yang terbina dari hati yang bersatu lebih bermakna dari nilaian wang yang dilaburkan. Mungkin cadangan ini bersifat teoritikal sangat,tapi itulah seharusnya wujud. Kita bukan muslim ilusi, jadilah muslim realiti! Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah... "Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatab mereka Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mere

Ulama dan 1 juta ringgit

Imej
Petikan daripada berita daripada Berita Harian pada hari ini (Selasa, 6 Januari 2009), yang bertajuk Hadiah tokoh Maal Hijrah tahun ini RM 1 juta. KUALA TERENGGANU: Mulai tahun ini, Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan dijangka menerima anugerah wang tunai RM1 juta sejajar usaha kerajaan mengangkat martabat golongan ulama yang banyak menyumbang kepada pembangunan ummah sejagat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata walaupun hadiah bukan kriteria utama untuk menghargai ulama, meletakkan golongan itu lebih rendah berbanding penyanyi adalah tidak wajar. Katanya, sebagai golongan pewaris nabi, ulama yang diberikan penghargaan harus diletak pada tempat sewajarnya kerana sumbangan golongan itu jauh lebih besar berbanding penyanyi walaupun penyanyi sering menjadi idola masyarakat. "Jika ada yang sanggup menaja hadiah pertandingan nyanyian sehingga berjuta-juta, kenapa tiada syarikat besar boleh menaja hadiah untuk Tokoh Maal Hijrah dan saya yaki

Tabligh : Mereka itu Berjalan Kaki di Atas Permukaan Bumi

Imej
Al-Baihaqiyy dan An-Naqoosy telah mentakhrijkan di dalam mu'jamnya dan Ibn An-Najjaar daripada Waaqid bin Salaamah daripada Yaziid Ar-Riqoosyiyy dari Anas ra. Bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallaam telah bersabda (mafhuumnya) : Sudikah aku kabarkan kepada kalian akan kaum-kaum yang mana mereka itu adalah bukan para anbiyaa` dan bukan pula para syuhadaa`, (walhal) pada hari qiyaamat (nanti) para anbiyaa` dan para syuhadaa` merasa ghibtoh (iri hati) terhadap mereka itu lantaran manaazil (status- status) mereka (begitu dekat) dengan Allah, di atas minbar-minbar daripada nuur mereka dikenali. Lalu mereka (para Sahabat r.ahum) Bertanya : siapakah mereka itu wahai Rasulullah Shallallaahu 'alayhi wa sallaam? Baginda menjawab (mafhuumnya) : al-ladziina yuhabbibuuna `ibaadaloohi ilAllahi, wa yuhabbibuunAllaha ilaa `ibaadihi, wa yamsyuuna `alal-ardhi nushan; artinya: (yaitu) orang-orang yang menjadikan para hamba Allah dicintai oleh Allah SWT , dan menjadikan Allah SWT dic