Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sekeping biskut

Patah tulang bukan hati

Di katil 12 terdapat seorang pesakit. Usianya telahpun melangkau separuh abad. Beliau dimasukkan ke wad akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan tulang peha beliau patah. Patah pada tulang peha beliau kami namakan " closed fracture intertrochanteric of right femur" . Bahasa apabila di terjemahkan secara langsung, kepatahan tertutup tulang femur (peha) bahagian intertrochanteric. Macam pelik pula bila diterjemahkan. Maaflah, tak jumpa ayat yang sesuai. Apabila terdapat pesakit dengan patah tulang, ia dapat dikategorikan sama ada patah tertutup ataupun terbuka. Patah terbuka bermakna terdapat bahagian kulit yang terluka dan berhubungan dengan bahagian tulang yang patah tersebut. Bagi patah tertutup, hanya tulang sahaja yang patah tetapi kulit tidak mengalami luka yang dapat menghubungkan bahagian tulang patah tersebut dengan kulit yang luka. Kenapa kami bezakan tertutup dan terbuka? Antara sebabnya kerana kedua-duanya memerlukan penanganan dan rawat...

Jujur

Usai kerja, singgah sebentar ke restoran di Pilah Perdana untuk menjamu selera. Sedang menjamah makanan yang baru tiba, datang seorang lelaki. Badannya sedikit gempal, rambut tidak terurus, muka sedikit kusut, berusia mungkin awal 30-an. Tersengih.  "Bang, boleh minta duit tak?" Beliau menyapa aku. Aku terpinga-pinga. Siapalah pula orang ini. "Nak buat apa?" tanya aku. "Nak pergi Seven sana tu, bang. Nak pergi karaoke,"katanya sambil menunjuk Pusat Karaoke yang berada di simpang jalan, tidak jauh daripada tempat aku makan. Lagilah pelik. Jujur benar orang ni. "Err, kalau nak duit untuk makan, bolehlah saya bagi.." jelas aku. Dia hanya tersenyum dan beredar ke meja sebelah. Mungkin beliau mempunyai masalah mental. Namun aku belajar satu hal daripada abang ini. Jangan sesekali menipu.  Jujurlah. Salam ramadhan.

Konspirasi gila

Semua engkau mahu katakan konspirasi? Mesir itu konspirasi. Libya itu konspirasi. Tunisia itu konspirasi. Syria itu konspirasi. Semuanya konspirasi? Ketika di tilam empuk, dihembus kipas yang damai, menghadap laptop, engkau mudah berkata yang berpanasan berjuang itu konspirasi. Apakah mahu aku letakkan senapang di kepala kau baru dikatakan bukan konspirasi? Keluarga mereka dibunuh. Tanpa senjata yang mencukupi, mereka tetap berjuang. Oleh kerana peluru dan bom disasarkan ke arah mereka, kita yang ditilam empuk ini mudah mengatakan KONSPIRASI. Hiduplah engkau dalam konspirasi. Kami mahu hidup dalam realiti.

Gedung Ilmu

Imej
Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam Perpustakaan. Teringat lagi ketika di Tingkatan 1 hingga 3. Tempat 'riadah' saya adalah perpustakaan. Nampak macam 'skema', tapi perpustakaanlah tempat riadah bagi budak 'kampung' yang berpindah ke kota canggih- Putrajaya. Sebelum ini, ketika di Selayang, banyak waktu yang dihabiskan diluar rumah. Buat pondok, panjat pokok, mandi sungai, masuk gaung, curi bola golf dan kebiasaan bagi budak lelaki, main bola. Selayang bukanlah kawasan kampung. Tapi saya menganggap dan menjadikan ianya umpama suasana kampung. Jiran-jiran yang ramah yang bersatu serta surau yang hidup dengan pelbagai aktiviti sangat menyeronokkan. Tiba-tiba, ketika tahun 2001, kami sekeluarga terpaksa berpindah ke Putrajaya. Bandar canggih yang ketika itu masih lagi tiada apa-apa. Kejiranan baru, rakan-rakan baru, sekolah baru, suasana baru.. Segalanya baru. Aktiviti 'kampung' ketika di Selayang sudah tiada lagi. Ketika itu barulah...

Kata Hati

Kebiasaan tika khutbah Jumaat di Surau atau Masjid sekitar Putrajaya ini, khatib akan membacakan doa kepada Yang DiPertuan Agong (YDPA). Hati kecil ini, sinis mempersoalkan.. "Punyalah ramai yang amiiin-kan doa untuk dia (YDPA), tiap minggu pula tu.. Takkan-lah tak dapat hidayah lagi??" Agak 'jahat' perasaan yang timbul. Tapi, bila difikirkan kembali, hati berkata.. "Eleh, ko tu 17 kali sehari duk berjanji dengan Allah, iyya kana' budu wa iyya kanasta'in.. Tapi mungkiri juga! Langgar ikut suka hati!" Diam. Termuhasabah.

Rancang Percutian

Rasa bersalah pula meninggalkan blog ini kosong tanpa catatan baru. Saya dah bercuti hampir 3 minggu dan sekarang berada di rumah. Tak buat apa-apa. Lapang. Goyang kaki. Aneh untuk diri sebab sepanjang bercuti, ini adalah catatan pertama saya di blog. Waktu kuliah, ada je yang nak ditulis. Tapi bila dapat cuti, makin berkurang catatan. Lemahnya diri. Jadi, resolusi untuk hari ini adalah- MERANCANG PERCUTIAN! :D Segala benda perlu dirancang. Nak belajar kena rancang. Nak cutipun kena rancang. Kalau tak, nanti keluar la ayat, "Sepatutnya aku buat benda tu cuti hari tu. Baru untung.." Takpun, ayat "Ruginya aku tak buat benda tu masa tengah lapang.." Rugi.. Sepatutnya.. Jadi, salah satu resolusinya adalah mengemas-kini blog secara berjadual. Hmm, bagaimana untuk bermula ya? Okeh, mungkin pertama sekali perlu bahagi-bahagikan catatan apa yang nak ditulis. Sebagai contoh, akbar Islami, nasihat, pengalaman dan lain-lain. Lalu, letakkan hari apa akan dipost ar...

Baiknya Dia dan Curangnya Kita

Imej
Kita tolong top-up kredit makwe tiap bulan, call dia setiap malam, belanja makan untuk dia, bagi hadiah time birthday, habis duit elaun pasal date dengan dia, kira semuanya kita bagi. Tetibe nampak diorang keluar dengan pakwe baru, mesra sesangat. Apa rasa? Mesti marah tahap gaban. Dah makwe tu cakap, "i cinta you sampai mati.." Tak mati lagi dah buat macam ni. Cess.. Haha. Tu baru kita dengan makwe. Dah tu, kita mengaku kita ni pecinta sejati (melalui syahadah) pada Dia setiap masa, setiap keadaan, setiap tempat. Tapi dah berapa banyak kali kita curang pada Dia? Kita perlukan pertolongan baru nak cari Dia. Time dia panggil dating (azan), kita lambat-lambatkan. Tapi bila kena buat jahat sikit baru nak menadah tangan mohon pertolongan dan bersujud pada Dia. Nasib Dia sangat-sangat baik. Setia dengan kita. Huhu.. (T.T) teruknya kita.

KONY, Syria dan Palestin

Baru-baru ini, tersebar luas video dokumentari bertema KONY 2012. Saya kurang berminat untuk memeriksa ianya sahih atau tidak. Jika ianya isu kemanusiaan, dengan jelas kita menyokong ianya diperjuangkan. Cuma kecewa, antara ada dua perkembangan. Isu kemanusiaan dan isu aqidah. Isu Palestin dan Syria membabitkan saudara seaqidah kita. Ianya tidak mampu menjadi perhatian.. adakah kurang sensitif atau tiada rasa kebersamaan antara KITA (sesama Muslim). Isu Syria bukan hal yang baru. Ianya telah setahun berlalu, sehingga kini mereka masih ditindas oleh regim yang zalim. Pemimpin dari golongan Syiah bersatu menyembelih, membunuh dan menzalimi golongan sunni di sana. Malah, negara yang dikatakan 'pro-Islam' yakni Iran, kuat menyokong tindakan si celaka Bashar al-Assad. Isu Palestin pula, apakah yang sedang berlaku? Tahukah kita apa itu Global March to Jerusalem? Isu Palestin membabitkan isu kemanusiaan dan aqidah. Mana mungkin kita tak ambil peduli.

Senjata Menempuh Ujian

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا Allaahumma laa sahla 'illaa maal ja'altahu sahlan wa 'Anta taj'alul-hazna 'ithaa shi'ta sahlan. O Allah, there is no ease other than what You make easy. If You please You ease sorrow. [1] Haaa, ni doa untuk memudahkan kita menghadapi peperiksaan. Ingat tiga perkara penting- Doa, Usaha dan Tawakal! Mulakan setiap sesuatu dengan doa. Seringkas-ringkas doa dengan ungkapan bismillah. Barulah setiap urusan dipermudahkan dan paling penting, mendapat redha Allah Subhanahu wa-ta'ala. Kan? Kan? Kan? Doa ini ringkas dan mudah di hafal. Tapi, tak mengapa jika kita membaca doa dalam bahasa sendiri. Cuma adalah lebih baik berdoa sesuai yang diajari oleh Nabi Sallallahu-alaihi wa sallam. Kata cinta nabi.. Jadi, mestilah setiap butir kata-katanya menjadi peneman hati. :) -------------- [1] Ibn Hibban in his Sahih (no. 2427), and Ibn As- Sunni (no. 351...

Beradab, agar tidak biadab

Biadab yang menyuruh orang lain beradab. Sangat mudah dilihat sekarang. Isunya apa? Berkaitan Ustaz Azhar Idrus.  Ke atas Ustaz 'mereka' di gelar al-Fadhil Ustaz ---- hafizahullah. Namun, atas orang 'alim yang tidak sependapat dengan mereka, langsung hanya digelar nama sahaja. Hebat! Untuk menyampaikan idea yang 'benar', teknik penyampaian juga perlulah 'benar'. Jika kita mampu membawakan dalil-dalil yang bersesuaian dengan syariatullah, kenapa tidak mampu menyampaikan sesuai dengan sunnatullah? Beradablah, agar kita tidak biadab.

Menegur dan Menerima teguran

Dahulu selalu dapat sms dari Daarut Tauhid berkaitan hal yang mudah untuk dilafaz, tapi sukar untuk diamalkan. Daarut Tauhid merupakan pusat pengajian Islam yang dicetuskan oleh AA Gym, salah seorang pendakwah yang pernah popular di kaca televisyen Indonesia suatu ketika dahulu. Antara yang saya ingat, berkaitan menerima teguran. Jika kita masih sibuk beralasan, mencari kelemahan orang yang mengkritik kita, itu maksudnya something wrong dengan hati kita. Lebih baik kita menerima dengan berlapang dada. Ya, nampak mudah bukan? Kita akan mudah berkata, aku lebih kenal diri aku. Ataupun, aku bermaksud begini.... Kononnya mahu membetulkan kesalah-fahaman orang yang mengkritik kita. Apa kata, berlapang dada. Istighfar atas kesalahan dan kekurangan diri. Ada keputusan kita yang tiada efek yang besar. Buat takpa, tak buatpun tidak apa-apa. Tapi, ada keputusan kita yang membuatkan efek yang besar, malah berantai (domino). Jadi, muhasabahlah agar tidak dari kesilapan kita itu menimb...

Kubur memang masing-masing

Imej
Gambar hiasan Kubur memang masing-masing. Tapi.. Tidakkah kau ingat, siapa yang menyambut tika kau lahir? Kenapa engkau tidak lahir sendirian? Tidakkah kau ingat, sudah berapa banyak cikgu yang telah berjasa mengajarmu? Kenapa engkau tidak belajar sendirian? Sepanjang hidupmu, sudah berapa doktor yang sudah kau temui? Kenapa kau tidak obati sendirian? Dan, aku mengingatkanmu, suatu perkara yang kau ketahui... Setelah mati, engkau tidak mampu memandikan dirimu, tidak mampu mengkafankan dirimu, tidak mampu menggali liang lahad untukmu dan tidak mampu masuk ke kubur tanpa bantu orang lain. Justeru, kenapa kau masih laungkan "ikut sukalah, kubur masing-masing?"

Belajar

Jika lihat pada ruangan arkib disebelah kanan, catatan per tahun yang paling banyak- 2009. Jadi, untuk memenuhi tuntutan, perlu lebih baik, catatan perlulah lebih baik dari tahun tersebut. Cuma bukan sekadar kuantiti, tetapi kualiti. * * * * * Tadi, menghadiri mesyuarat PERMAI 2011. Ia merupakan mesyuarat terakhir sebelum berlangsungnya PERMAI. Apa yang saya sedari, banyak lagi kesilapan saya dalam pengurusan majlis. Terutamanya, mengawal dan menarik perhatian pendengar. Apabila dalam mesyuarat yang dihadiri kurang dari 10 orang, kita mudah untuk mengawal hadirin yang hadir. Kerana jika ada yang tidak faham, boleh langsung tanyakan satu persatu. Tetapi, apabila ramai, orang melihat dengan bermuka lesu dan tanpa respon, kita pula akan takut, "orang ni faham ke tak.." Mungkin inilah yang dikatakan oleh Ustaz Hasrizal, cuba kita dalam keadaan menuntut ilmu, iaitu selalu mengikuti ceramah atau kuliah. Semakin hari, kita rasa kita 'seolah-olah' makin pan...

Seminggu Lagi

Imej
C 1000, Bodrex dan Modul. Penyakit itu kifarah dosa. Hmm, dosa tu tak terlihatkan? Jadi kita seolah-olah tak terasa. Moga-moga kita terhindar dari sikap tidak sensitif terhadap dosa. Kerana orang beriman itu, selemah-lemah imannya, membenci kemunkaran dalam hati. Jika tidak terasa dalam hati terhadap kemunkaran, perlu ditanya pada diri, di mana iman kita? Isnin ini Insha Allah akan menjalani ujian HER Integrasi bagi Blok 29. Ujian lagi. Allahu Allah. PERMAI akan berlangsung seminggu lagi. Pesanan buat rakan-rakan, bertanya jika tidak tahu. Jangan membuat andaian; 'program oriented', 'tiada hadaf' dan pelbagai lagi. Bimbang-bimbang sikap itu yang membuat orang jauh dari Islam. Tidak layak untuk dipanggil du'at jika su'u zon terhadap saudara seagama masih tersemai subur dalam diri.

Bersyukurlah Wahai Diri

Imej
Gambar Hiasan Sedang mengingatkan diri, mengenai apa yang pernah disebutkan. Saya pernah menyebut, syukur itu lebih 'tinggi' daripada pada sabar. Maksud mudah, ianya lebih sukar untuk di amalkan. Sebagai contoh, kita terkena musibah (nauzubillah min zalik), terjatuh dan lutut berdarah. Datang rakan kita membantu, sambil menyebut, "Sabarlah, sikit je tu..". Kita mudah je nak terima. Kerana itu kalimat lazim yang sering diucapkan.  Bagaimana pula jika rakan kita datang, sambil menolong, dia menyebut "Bersyukurlah, sikit je tu".  Terpinga-pinga kita, "..kenapalah mamat ni suruh aku bersyukur pula? Sakit kot terjatuh ni!" Silap-silap, kita marah pula pada rakan tadi kerana terasa seolah-olah diperli. Sedangkan musibah yang menimpa itu, adalah peringatan Allah kepada kita. Sebagai contoh, apabila ditimpa penyakit seperti demam, ia hanyalah kifarah penghapus dosa. Keranan itulah, bukan hanya bersabar, kita perlu bersyukur ata...

Wavelength Diri

Imej
Screen capture facebook-ku. Sering benar saya ingatkan diri; "Kalau nak tulis apa-apa, tulis kat blog! Jangan tulis kat facebook!" Tapi, apakan daya, tangan lebih cepat daripada otak. Saya membatalkan niat untuk deactivate facebook, gara-gara banyak info yang saya ketinggalan jika berbuat demikian. Dari pertukaran jadual kelas, hal semasa dan termasuklah untuk melihat perkembangan anak buah, Dinie Nur Aleesya. :) Kekurangan ketika menulis status di facebook adalah wavelength antara rakan-rakan yang berbeza. Ada rakan-rakan yang boleh menerima apa yang saya katakan, tetapi, banyak juga yang tidak boleh menerimanya. Setiap kita punyai minat yang berbeza, pendekatan yang berbeza dan penerimaan yang berbeza. Sebagai contoh, menulis status mengenai HUDUD di facebook. Apa penerimaan rakan-rakan facebook apabila membacanya? Boleh jadi, ada yang beranggapan; "Haih, tak habis-habis budak pembangkang ni.." Atau, "Cerita dah lama,...

Tegurlah Wahai Sahabat

Imej
Gambar Hiasan Aku pernah berada di 'atas'. Aku diangkat, tapi bukan bermaksud tinggi. Aku cuma menanggung beban. Beban amanah yang mampu mencampakkan aku ke neraka jika tersalah mengurusnya.  Hidup ini; antara dosa dan pahala. Ketika itu, yang paling aku harapkan adalah teguran dari sahabat. Kita bukan malaikat, tiada dosa. Mampu melakukan amanah Allah sebaiknya. Tiada nafsu mengganggu.  Alhamdulillah, ada dua orang sahabat yang sudi menegur aku. Tapi, suara rakan-rakan tarbiyyah hilang dan sunyi. Apakah benar mengenal dakwah? Maksud mudah dakwah; amar makruf, nahi munkar. Iaitu, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran. Simple ! Kini, giliran sahabat yang lain di 'atas'. Moga apa yang aku impikan dahulu, aku pula yang 'bertugas' untuk melakukannya. Suatu kesilapan aku dahulu; sebuah festival untuk Malaysia. Pelajar di Jakarta pasti sedia maklum. Sehingga kini, yang aku dengar hanya pujian. Sedangkan, menusuk hati aku ha...

Hidup 3

Imej
Peta Minda Hidup Mungkin ada yang pernah lihat persoalan-persoalan di atas. Ianya hal basic dalam kehidupan. Hal dasar. Kerana itu, bukanlah sukar untuk difahami. Tiga persoalan utama kehidupan. Sebelum menjurus kepada persoalan pada gambar diatas, saya ambil satu analogi- berkaitan alat elektronik. Mungkin hal ini telah saya sebut dalam artikel bertajuk, Generasi Al-Quran Yang Unik. Bila membeli alat elektronik, kita diberi kelengkapan- kotak, buku manual, alat elektronik tersebut dan eksesorisnya. Sebagai contoh, membeli telefon bimbit Blackberry. Dikotak alat tersebut pastinya tertera, diproduksi dari mana. Selesai persoalan pertama. Soalan kedua, buat apa orang mereka-cipta Blackberry berkenaan? Pastinyalah tercatat dalam buku manual dan anda yang membeli telah mengkaji apa kelebihan Blackberry berkenaan. Selesai soalan kedua. Seterusnya, dah tak pakai nanti nak buat apa? Kalau telefon bimbit, mudahnya, samada jual, simpan atau buang. Itu sahaja. Ianya mudah bagi tel...

Lebaran 1432H

Imej
Dari kiri: Saya, Ayah, Abang Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H. Kullu 'aam wa antum bil khair.. Alhamdulillah dapat beraya di Malaysia, atau spesifiknya, di Kampung Salor, Kota Bharu. Sekarang sudah 5 Syawal 1432H. Kelmarin, selamat tiba di Putrajaya. Pulang dari kampung lebih awal tahun ini kerana adik akan menjalani ujian percubaan SPM Isnin ini. Ada kurang lebih 8 hari lagi sebelum perlu pulang ke Jakarta dan bermulanya semester baru pengajian. Sebelum pulang tempoh hari, ada seorang ibu menghantar email bertanya khabar dan mengatakan anaknya berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di salah sebuah IPTS Malaysia. Alhamdulillah. Sebenarnya, sebelum itu beliau ada bertanya pendapat mengenai jurusan Perubatan dan Universiti di Indonesia. Saya memberi pendapat sekadar yang saya mampu. Kalaulah anaknya tahu, bertapa ibunya sangat ambil berat tentang pendidikannya... Jadi, hargailah mereka. Kata sahabat, sementara masih cuti dan ki...

Pesanan Julai

Imej
3 Julai 2010 Kami menunggu di Bandara ( airport ). Menanti waktu berlepasnya penerbangan Dr Syed Haleem ke Kuala Lumpur. Dr Syed Haleem, merupakan salah seorang sukarelawan Malaysia ke Misi Flotilla I. Sambil-sambil itu, kami berdiskusi. Sebelum menamatkan diskusi, kerana pesawat telah sedia tiba. Dr Syed berpesan, "Farid, nta kalau nak berkahwin nanti, carilah pasangan yang memang ikut tarbiyyah. Nanti kita nak buat 'kerja', senang.." Tersenyum dan terpinga-pinga. 'Kenapa tiba-tiba Dr Syed masuk bab ni pula?' bertanya sendirian. Lalu kami bersalam dan Dr Syed memasuki ruang untuk berlepas. Dr Syed Haleem (kiri) bersama Ust Ferry Nur, sukarelawan Indonesia ke Gaza.