Konspirasi gila

Semua engkau mahu katakan konspirasi?

Mesir itu konspirasi.

Libya itu konspirasi.

Tunisia itu konspirasi.

Syria itu konspirasi.

Semuanya konspirasi?

Ketika di tilam empuk, dihembus kipas yang damai, menghadap laptop, engkau mudah berkata yang berpanasan berjuang itu konspirasi. Apakah mahu aku letakkan senapang di kepala kau baru dikatakan bukan konspirasi?

Keluarga mereka dibunuh. Tanpa senjata yang mencukupi, mereka tetap berjuang. Oleh kerana peluru dan bom disasarkan ke arah mereka, kita yang ditilam empuk ini mudah mengatakan KONSPIRASI.

Hiduplah engkau dalam konspirasi. Kami mahu hidup dalam realiti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum