Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Intermeso

Cuti yang panjang

"Kali ni kita tak pergi MPH pun kan?" kata puan isteri sambil tersenyum nakal. Tanpa sedar,  ianya umpama idea untuk kami tetap mengunjungi kedai buku tersebut. Sengaja puan isteri menyebutnya kerana hampir tidak pernah kami ke Alamanda tanpa masuk ke kedai buku MPH. Bukan membeli sangatpun. Hanya sekadar mahu tahu buku-buku terkini. Dan, sambil-sambil membelek buku, pasti puan isteri bertanya kenapa saya sudah lama tidak menulis. Ada juga orang mahu saya terus menulis. Isteri sendiri jadi peminat, tak apalah. Saya tidak menulis kerana saya tidak membaca. Agak lama saya tidak membaca tulisan-tulisan yang panjang.  Sama ada artikel,  buku, novel mahupun buku perubatan. Dan seperti biasa, "masa"  juga yang akan dipersalahkan. Bukanlah sebenarnya tiada masa. Tetapi malas menulis. Untuk menulis, perlu membaca. Untuk membaca perlu komitmen. Sedangkan status facebook yang panjang sikitpun saya skip , inikan pula tulisan-tulisan lain.  Pakcik Rajoo yang menjual...

Ditegur

Solat di sebuah surau di kawasan kampung di Kuala Pilah. Selepas angkat takbir, seorang remaja menepuk tangan saya, menegur, "bang.. bang.." Selesai solat, remaja tersebut datang. "Bang, tadi solat macam ni kan?" Beliau menunjukkan cara saya berdekap, meletakkan tangan di dada. "Tak boleh macam tu, kena macam ni," sambil menunjukkan cara berdekap dengan tangan di bawah dada. Terkaget sekejap. Penting sangat ke, sampai perlu tegur ketika solat, dengan melintas orang yang sedang solat di sebelah saya? Adeh. Bersangka baik yang mampu saya lakukan, "..mungkin itu yang di ajar guru di sekolahnya." atau "..mungkin budak ni kurang IQ."

Lagu di blog ini

Imej
Blog ini terdapat lagu yang dimainkan secara automatik. Ada yang bertanya, apa tajuk lagu yang dimainkan. Ada yang sebal, boring, tak suka lawati blog berlagu (termasuk saya, sebenarnya). Jadi saya tunjukkan tempat lagu tersebut di umpet ( Bahasa Indonesia. Maksud: sorok/sembunyi ). Anda klik sahaja tempat yang dibulatkan warna hijau dibawah. Tekan stop . Selesai. Lagu melo banget. Nyanyian Brothers. Lagu jadul, tak ramai tahu.

Sekadar Video

Entahlah adakah sesuai atau tidak video ini. Tanpa merasakan video ini penyebab 'hilang thiqah', silalah layan :) Ianya bertajuk, "Message Undeliverd" ataupun, secara terjemahan langsung, Pesanan Tak Terkesampaian. Selingan yang benar-benar selingan. .

Cuba cuba

Tengah cuba guna applikasi 'Blogsy'. Cuba-try-test. Nak tahu berhasil atau tak.  

Koleksi Poster

Imej
Baru nak belajar edit -meng edit  gambar. Adobe Photoshop-pun tak reti guna lagi. Ni buat guna software cikai je. Takpe, pelan-pelan kayuh. Cuma nak kongsi koleksi poster yang pernah dihasilkan. Bukan nak promo program. :)

Solidariti Untuk Syria

Imej
Poster Program Ayuh sertai! Syria bukan sekadar isu kemanusiaan. Ia juga isu aqidah. Kita mampu melihat, kita mampu menangis, tapi sedarkah apa peranan kita? Adakah cukup dengan apa yang kita lakukan hari ini? Ataupun tidak pernah sekalipun kita ambil peduli? Talkshow yang dianjurkan bagi mengetuk hati kita. Agar kita tidak lagi terlena. Kita juga ada peranan..

Sedikit Catatan 29hb

Sebelum tanggal 29 Februari melabuhkan tirai, ingin dituliskan sedikit pesanan buat pembaca blog ini.  Saya insan biasa, penuh kesalahan, penuh kedhaifan. Jika dibuka tabir keaiban diri, pasti semua membenci diri ini.  Saya bukan orang baik, tetapi ingin menjadi baik dan sukakan orang-orang yang baik.  Saya pelajar perubatan, tetapi tidak cemerlang. Saya harus membayar nilai yang sangat mahal untuk berjaya. Iaitu dengan lewat setahun memasuki semester klinikal. Anda tidak harus mencontohi saya.  Saya sangat berharap apa yang saya tulis ini memberi manfaat pada diri saya terutamanya. Bukanlah untuk orang lain. Tetapi jika ada yang dapat mengambil manfaat bersama, silakan.  Saya belum berfikir untuk menamatkan masa bujang dalam masa terdekat. Saya punyai perancangan masa depan sendiri. Jadi, saya tidak perlu memberi mana-mana 'harapan'. Anda teruskan hidup anda, saya teruskan hidup saya. Jika merasakan tulisan saya salah, anda wajib menegu...

Terima kasih!

Imej
Quran Infaq- turut mengandungi terjemahan, zikir al-Mathurat, Asbabun Nuzul dan hadith. Alhamdulillah, dapat sumbangan wang infaq. Cukup untuk membeli 5 buah al-Quran dan terjemahan. Sangat gembira, kerana ramai yang berbesar hati untuk meng-infaqkan sejumlah wang. Ini baru sedikit sumbangan. Ada 3 orang lagi sahabat yang mahu turut memberi sumbangan. Cuma, takut terlebih pula jumlah Quran nanti. huhu. Tapi, apa-apapun.. Best! Kerana ramai yang tahu dan sedar akan pahala yang diperolehi dengan bersedekah. Lebih-lebih lagi, untuk membeli al-Quran. Kalau sistem Multi Level Marketing, mereka sentiasa gigih mencari down-line. Kerana apa? Untuk mendapatkan wang komisen sebagai sumber pendapatan. Wang adalah nilaian harta di dunia, manakala pahala adalah nilaian 'harta' di akhirat. Jadi, kita sama-sama buat Multi Level Pahala pula, okeh?! hehe. Misi menakluk dunia dengan Quran dan Sunnah!

Infaq Quran

Imej
Insha Allah, kami akan adakan Quranic Circle (QC) di suatu daerah tidak jauh dari Jakarta. Fokusnya, dakwah dan tarbiyyah berpaksi Quran dan Sunnah. Serta menghidupkan suasana dan persekitaran yang baik ( biah solehah ). Oleh itu, kami juga memerlukan bantuan kewangan ataupun sumbangan al-Quran berserta terjemahan. Bagi yang berminat untuk infaq, silakan hubungi saya melalui email: faridramli[at]yahoo[dot]com. Tukarkan [at] kepada @ dan [dot] kepada (.) titik. Al-Quran berserta terjemahan berharga kurang lebih RM 20 atau Rp 60,000. Tak mahal berbanding pahala amal yang bakal diterima. :)

Hijab

Imej
Ternampak seorang rakan berkongsi ayat ini di Facebook. Cari gambar melalui google, tambah ayat, dan edit menggunakan picasa, paint dan pixlr-o-matic. Saya tak reti menggunakan photoshop. Jadi ini sajalah hasilnya. Untuk gambar lebih jelas, jemput ke tumblr saya. http://faridramli.tumblr.com/ :)

Pena Maya

Imej
Blog sahabat- teman sekolah. Artikel terbarunya berkaitan projek Al-Quran percuma. Berkongsi kebaikan amal seorang teman. Sungguh, saya kagum dengannya, yang bergiat aktif dalam laman maya. Pertamanya, kerana sahabat saya ini rajin menulis. Keduanya, kerana idea-idea kreatifnya digunakan sebaiknya. Dahulu ketika di kelas, kami sering juga tidak sependapat. Idea-ideanya, saya sering tanggapi umpama idea 'gila'. Cuma satu yang saya kagumi, sahabat saya ini unik dengan caranya tersendiri. Dan, hari ini, selepas 6 tahun meninggalkan alam persekolahan, cara dan ideanya sangat saya kagumi. Moga terus istiqamah duhai sahabatku, Umar Zakir. Sila layari blog teman saya ini, Pena Maya . Tulisannya agak panjang bagi sesetegah artikel, kerana bersesuaian dengan nilai manfaat yang terdapat dalamnya. ----------- [1] Bila 'malas' menulis, ambil jalan mudah dengar berkongsi kebaikan sahabat yang lain. Hehe.

Tulisan

Imej
Gambar hiasan Kata kawan, "blog ni banyak tulisan.." Tak ramai suka membaca Dan, aku lambat untuk menulis Moga tidak menjadi- pembaziran tulisan.

Ini Lagha

Ini agak lagha. Cuma, andalah mufti bagi diri anda, mintalah fatwa dari hati. Saya pernah menjadi anti-nasyid moden dahulu. Yang ada dalam Mp3 (ketika zaman sekolah), banyak lagu-lagu nasyid klasik. Teringat pula, dahulu ada rakan berbangsa Cina sering meminjam Mp3 saya. Jadi secara tak sengaja, dia kenalah dengar lagu-lagu nasyid juga. Cuma memang dia ada memasukkan lagu lain. Takkanlah nak dengar lagu yang tak difahami pulakkan. Baiklah. Cuma gatal tangan nak post lagu yang sering diulang dan satu-satunya lagu yang terdapat dalam ruangan favorite di channel Youtube saya. Ianya jiwang! Dengar banyak kali bermaksud lalai. Jadi, simpan untuk 'suatu hari nanti.' Saya meminati beberapa suara dan alunan penyanyi. Antaranya, Yasin Sulaiman, Jamal Abdillah dan M. Nasir. Jadi, yang dikongsikan adalah lagu nyanyian Yasin Sulaiman, bekas kumpulan nasyid 'Abang-abang' (Brothers). Tajuk lagu? Bak Sutera Dihelai Mawar. Maksud lagu? Entahlah. ...

Kepala dingin

Hari ini, benar-benar menguji kesabaran. Mendapat berita yang kurang menyenangkan. Biarlah 'mereka' jawab dihadapan Allah nanti. Pemimpin tugasnya memudahkan yang dipimpin, bukan menyulitkan. Terpaksa hadapi dengan kepala dingin. Api lawan api, takkan selesai. Lagipun, tiada guna untuk berdendam. Ini ada video daripada Ustaz Nouman Ali Khan, mengenai topik-mengawal marah. Pesanan buat diri juga. :)

Cinta Penduduk Langit

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :  إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ عَبْدًا نَادَى جِبْرِيلَ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلَانًا فَأَحِبَّهُ فَيُحِبُّهُ جِبْرِيلُ فَيُنَادِي جِبْرِيلُ فِي أَهْلِ السَّمَاءِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلَانًا فَأَحِبُّوهُ فَيُحِبُّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ثُمَّ يُوضَعُ لَهُ الْقَبُولُ فِي أَهْلِ الْأَرْضِ "Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan menyeru Jibril : "Sesungguhnya Allah mencintai fulan, maka cintailah ia." Maka Jibril pun mencintai orang tersebut, lalu Jibril menyeru kepada penghuni langit : "Sesungguhnya Allah mencintai fulan, maka cintailah fulan" maka penduduk langit pun mencintai orang tersebut, hingga akhirnya ditetapkan bagi fulan untuk diterima di bumi (maksudnya penduduk bumi juga mencintai orang tersebut -ket)." (HR. Bukhari).

Ujian (lagi)

Imej
Benda yang perlu dihadam (susunan prioriti) - Mushaf AQ, Buku usrah, Modul 21+20 Ada dua ujian perlu dihadapi. Modul Metabolik Endokrin dan Urogenital. Tinggal lagi kurang 3 hari. Lenguh membahagi masa akan hal yang sepatutnya belajar dalam masa 10 minggu, tapi kini kerana kelekaan diri, perlu belajar dalam masa 4 minggu sahaja. Mujur pensyarah (dosen) agak memahami. Perlu menghadap dua makhluk kuning ni dan pulang ke Malaysia tanggal 24 Ogos ini. Belajar dan pulang. Moga dipermudahkan.

Lagu: Cinta Abadi (Zikraa)

Pada September 2009, saya ada post mengenai lirik lagu Cinta Abadi, dinyanyikan oleh kumpulan Zikraa. Ini post saya yang lepas. http://khalifash.blogspot.com/2009/09/lagu-zikraa.html Akhirnya, ketemu juga dengan lagu yang dicari. Bukan kerana lagu ni terlampau istimewa, cuma ianya susah untuk dijumpai. Biasalah, kumpulan nasyid yang muncul ketika itu terlampau banyak. Masing-masing perlu berjuang untuk mencari kelainan. Ini lagunya. Entahlah menarik ke? :D

Kempen Menuju Ramadhan

Imej
Untuk lebih jelas, klik Circle Of Syabab (sini) Hanya gambar, catitan akan muncul selepas ujian tamat pada 16 Jun 2011. :D Allahumma bariklana fi Rajab wa balighna fi Sya'ban wa Ramadhan. Ya Allah berkahilah kami di bulan Rajab dan sampaikanlah kami ke bulan Sya’ban dan Ramadhan

Ujian lagi

Imej
Jadual bulanan Insya Allah, besok bermulalah Ujian bagi minggu ini. Bermula dengan Ujian Skill-lab pada hari Selasa dan Rabu, seterusnya Ujian Integrasi 2 pada hari Khamis. Rasanya dah banyak kali blog ni update mengenai ujian, sebabnya kami di sini ujian dua kali dalam sebulan. Ujian utamanya adalah Ujian Integrasi 1 dan 2. Bagi Ujian Skill-lab hanya praktikal, seperti anamnesis, pemeriksaan fisik, menggunakan alat dan lain-lain. Kami hanya perlu hafal check list yang diberikan sahaja. Banyak lagi perlu dibaca, faham dan hafal. Moga dipermudahkan. Rabbi yassir wa la tu'assir.