Cuti yang panjang

"Kali ni kita tak pergi MPH pun kan?" kata puan isteri sambil tersenyum nakal.

Tanpa sedar,  ianya umpama idea untuk kami tetap mengunjungi kedai buku tersebut. Sengaja puan isteri menyebutnya kerana hampir tidak pernah kami ke Alamanda tanpa masuk ke kedai buku MPH.

Bukan membeli sangatpun.

Hanya sekadar mahu tahu buku-buku terkini.

Dan, sambil-sambil membelek buku, pasti puan isteri bertanya kenapa saya sudah lama tidak menulis. Ada juga orang mahu saya terus menulis. Isteri sendiri jadi peminat, tak apalah.

Saya tidak menulis kerana saya tidak membaca.

Agak lama saya tidak membaca tulisan-tulisan yang panjang.  Sama ada artikel,  buku, novel mahupun buku perubatan. Dan seperti biasa, "masa"  juga yang akan dipersalahkan.

Bukanlah sebenarnya tiada masa. Tetapi malas menulis. Untuk menulis, perlu membaca. Untuk membaca perlu komitmen. Sedangkan status facebook yang panjang sikitpun saya skip, inikan pula tulisan-tulisan lain. 

Pakcik Rajoo yang menjual surat khabar di pekan Kuala Pilahpun ada bertanya,  "lama tak nampak?",  kerana dah lama saya tidak melanggani surat khabar dari kedainya.

Untuk orang seperti saya,  banyak yang saya perlu teliti sebelum menulis.  Rasa inferior dan sifat introvert banyak menghantui.

Mahu menulis tetapi tidak mahu dibaca.

Oleh kerana, dunia blog sudahpun ketinggalan dan tiada lagi pengikutnya,  saya agak selesa untuk menulis kali ini.

Sebab saya tahu, puan isteri sahajalah yang akan terus mengikuti.

:)

Nota: Tulisan berpusing-pusing ini mungkin membuatkan banyak yang anda tidak faham. Tak mengapa, anda buka  berseorangan, saya juga begitu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum

Mereka yang dari pintu ke pintu