Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Ramadhan 2 : Solat Orang Munafik

Membaca status facebook seorang sahabat. Rasa takut pada diri, “adakah aku juga begitu?” Rakan saya mengingatkan mengenai ciri orang munafik menerusi ayat 142-145, Surah An-Nisa’. إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ وَإِذَا قَامُوٓاْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُواْ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (١٤٢ Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). مُّذَبۡذَبِينَ بَيۡنَ ذَٲلِكَ لَآ إِلَىٰ هَـٰٓؤُلَآءِ وَلَآ إِلَىٰ

Ramadhan 1: Madrasah Latihan

Imej
Banyak kali bertangguh untuk menulis. Bercadang untuk menulis pada 1 Ramadhan lagi, tapi ada saja halangan (kemalasan diri). Ramadhan kali ini tiba seusai usrah. Usrah yang saya lewat untuk hadir kerana melepaskan geram post-exam dengan bermain bowling. Tapi perkara yang dapat saya tangkap melalui usrah tersebut ialah: "Bagaimanakah kita merancang untuk memaksimalkan Ramadhan kali ini?" Ianya merupakan introspeksi kembali selepas usrah sebelum ini. Jika sebuah kereta, tidaklah boleh kita langsung gunakan sebelum dipanaskan enjin, begitu juga kita. Kita perlukan persiapan untuk medan Ramadhan. Hari ini andai masih lagi membaca sehelai al-Quran sehari, bagaimana apabila Ramadhan terus kita melonjak ke satu juzuk sehari? Memang tidak dinafikan ianya boleh dilakukan. Tapi bimbang, akhirnya kita tak dapat untuk istiqamah. Allah berfiman dalam Surah Al-Anfal, Ayat 60: "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediaka