Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Info Tajaan Biasiswa

Imej
Penajaan biasiswa/pinjaman ke luar negara oleh MARA dan JPA bagi pelajar lepasan matrikulasi (jurusan kedokteran) Buka saja blog, terlihat ada yang mencari maklumat tentang biasiswa untuk pelajar lepasan matrikulasi. Tertarik untuk berkongsi sedikit. Terdapat dua penaja yang terlibat dalam penghantaran pelajar lepasan matrikulasi ke luar negara iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tetapi bagi MARA adalah berbentuk pinjaman. Umumnya, tidak banyak berbeza jika mahu dibandingkan antara kedua-dua penaja ini. Saya kurang mengetahui tentang pinjaman MARA. Cara memohon Pastinya ada yang bertanya mengenai cara untuk memohon. Mengikut pengalaman saya, kedua-dua penaja ini tidak pernah membuka sebarang permohonan untuk mendapatkan biasiswa dan pinjaman. Kebanyakan yang dipilih adalah dipanggil sendiri oleh pihak JPA mahupun MARA. Anda akan mengikuti temuduga. Temu duganya tidak terlalu susah (tidak pasti jika tahun berikutnya diubah). Pelajar lepasan matrikulasi

Indonesia dan Malaysia

Imej
Dalam masa lebih sebulan ini, pelbagai isu yang muncul dan terpapar dalam media berkaitan hubungan dua Negara, Malaysia-Indonesia. Belumpun reda dengan pelbagai tuntutan, rakyat Indonesia bangkit semula secara aktif ke atas isu Manohara dan Ambalat. Dan yang terbaru ini berkaitan penderaan Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Alam maya pula menyaksikan pertumbuhan laman-laman yang berunsur provokasi, adu-domba, dan pembelaan. Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia pula melalui Pegawai Pendidikannya telahpun mengeluarkan kenyataan agar penuntut-penuntut Malaysia untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu ini. Apa yang dilihat melalui perbalahan dua Negara serumpun ini adalah bermulanya dari zaman konfrontasi yang menyebabkan berlaku pergolakan antara Negara-negara Malaysia-Indonesia-Filipina. Namun seperti yang sudah sedia maklum, konfrontasi tersebut telahpun tamat pada perjanjian damai yang di meterai tanggal 11 Ogos 1966. Seterusnya,perkembangan di alam maya pula, saya m

Seminar Perubatan dalam Islam

Imej
Pada malam Jumaat yang lalu (12 Jun 2009), bertempat di Masjid Nurul Hikmah, satu seminar bertajuk "Perubatan dalam Islam" telah diadakan. Seminar ini merupakan anjuran dari Biro Agama dan Kerohanian, Persatuan Pelajar2 Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) . Seminar tersebut sepatutnya bermula sejurus selepas solat Isya'. Namun atas sebab-sebab tertentu, ianya terpaksa dilewatkan ke jam 8.00 malam. Walaubagaimanapun, proses sepanjang seminar tersebut, alhamdulillah, dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih terutamanya kepada Pengarah Program, Saudara Fahamy Md Nor dan juga kepada semua pihak yang terlibat. Dengan kehadiran hampir 150 orang pelajar, ianya merupakan suatu respon yang baik dari semua mahasiswa Malaysia dan masyarakat setempat. Sebagai makluman, ini merupakan program pertama anjuran PKPMI-CJ bagi sesi 2009/2010. Oleh itu, pastinya terdapat kekurangan. Saya mewakili pihak Panatia Program memohon maaf jika terdapat kekurangan. Untuk penambahba

Blog Untuk Diri

Imej
Untuk apa kebanyakan dari kita ber'blogging'? Dan bagi mereka yang menggelarkan diri sebagai daie, kenapa blog juga menjadi pilihan? Sebelumnya, untuk menulis dalam erti kata menyampaikan suatu makna adalah mudah. Namun untuk menulis dan sekali gus memberi kesan pada pembaca, pastinya bukanlah suatu yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila kita yang menulis, diri sendiri pula yang tak terkesan. Itu pastinya lebih parah. Dalam al-Quran Surah as-Saff, ayat 3, Allah memberi peringatan bagi hamba-hambanya. Peringatan tentang apa yang telah kita lakukan. Kita tulis, beritahu itu dan ini, tapi kita tidak kerjakan. Subhanallah. كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ “ Amat besar kebencian di sisi Allah swt bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan ” Pernah dalam halaqah, teman bangkitkan, boleh tak kita tegur orang sedangkan kita tak buat? Nak tegur dulu atau nak buat dulu? Pastinya suatu amal yang sukar untuk kita tentukan. Mana datang dahulu, terpu