Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Ditegur

Solat di sebuah surau di kawasan kampung di Kuala Pilah. Selepas angkat takbir, seorang remaja menepuk tangan saya, menegur, "bang.. bang.." Selesai solat, remaja tersebut datang. "Bang, tadi solat macam ni kan?" Beliau menunjukkan cara saya berdekap, meletakkan tangan di dada. "Tak boleh macam tu, kena macam ni," sambil menunjukkan cara berdekap dengan tangan di bawah dada. Terkaget sekejap. Penting sangat ke, sampai perlu tegur ketika solat, dengan melintas orang yang sedang solat di sebelah saya? Adeh. Bersangka baik yang mampu saya lakukan, "..mungkin itu yang di ajar guru di sekolahnya." atau "..mungkin budak ni kurang IQ."

Tidak tahu dan menyedari diri tidak tahu

Terdapat perbedaan yang jelas antara tidak tahu dan menyedari dirinya tidak tahu. Contohnya, seorang pelajar perubatan, bijak tentang ilmu perubatan, namun jahil mengenai ilmu agama. Beliau menyebut, "... aku bukan tahu sangat ilmu agama. Tapi tu kan benda baik. Allahkan suka benda baik. Takkan lah dia nak haramkan menyambut valentine. Yang haramkan ni pak lebai outdated dan ustaz ustazah facebook je.." Beliau tahu, ilmu agamanya sangat minima. Usah dikira sama ada beliau rajin atau tidak pengajian/kelas agama. Namun, tidak tahu sahaja tidak memadai. Beliau harus sedar, ketidak-tahuannya itu menyebabkan beliau harus berhati-hati membicarakan suatu yang bukan dalam ruang lingkup ilmu yang dimilikinya. Berbeda dengan menyedari diri tidak tahu. Apabila kita tanyakan berkaitan hal perubatan yang beliau belum pasti, jawapan yang diberikan, "... urmm, aku pernah dengar pasal goodsall rule tu. Pasal fistula ani. Tapi aku lupa macam mana. Nanti aku check balik." Sedar