Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dakwat Minda

Bukan Sekadar Solat

Imej
[Gambar Hiasan] Masjid ketika pulang beraya pada tahun 2010. 'Panasnyaa... Takda kipas ke?'  Hati mengeluh, mata mencari-cari kipas di dinding hadapan.  Tiada.  Waktu Solat Jumaat adalah waktu ramai jemaah yang akan hadir. Ditunaikan pula ketika matahari tegak terpacak dilangit. Pastinya cuaca sangat panas.  Ketika pulang, baru sedar terdapat kipas. Tetapi hanya dibahagian tepi dan tak banyak diletakkan. Hati ini pula tak henti-henti mengkritik masjid. Lebih tepatnya, pengurusan masjid. Tak patut betul punya hati yang cepat mengkritik. Perlu rendam dalam clorox, bilas dan jemur sampai bersih. Bukan apa. Sebelum ini terdengar daripada sahabat, pengurusan masjid tidak benarkan untuk diadakan sebarang program di masjid tersebut. Ianya agak eksklusif.  Kecewa hati ini. BUKAN SEKADAR SOLAT Fikiran segera teringat akan ta'lim-ta'lim oleh Ustaz Drs Muchlis Abdi yang sangat disayangi. Salah satu pengisia...

Tadabbur Lagu

Imej
Sekuat dan sejujur manakah hati ini  ▌ Merelakan dia bukannya tercipta untukku  ▌ Ku selami erti mencintai  ▌ Berat dan bisa merebahkan  ▌ Andai tak ku gagahi  ▌ Kerna cinta itu memberi  ▌  Kerna cinta itu peluang  ▌ Namun bukan lagi buatku  ▌ Mungkin Tuhan ingin memberitahukan sesuatu  ▌  Bagaimana untuk aku terima  ▌ Kebahagiaanmu itu punya jalannya  ▌  Jalannya bukan bersama denganku  ▌ Dia yang mengenalkan padaku  ▌ Erti cinta sebenar  ▌ Dia yang menyakitiku  ▌ Meski tanpa kehendaknya  ▌ Sehingga aku sedar segalanya Ini merupakan salah satu lagu ciptaan Halim dari kumpulan Devotees. Jika lihat pada lirik lagu ni memang sah jiwang! Tetapi, suatu perkara bukanlah dilihat pada apa yang terjadi (tertulis) tetapi bagaimana kita mengambil makna disebalik itu. Secara literal, memang lagu ini mengisahkan seseorang yang cintanya ditolak. Oleh itu, ia ber-muhasabah kembali. M...

"Cantiknya mataaa...."

Imej
Gambar hiasan yang tiada kaitan langsung Antara yang sering kita lihat di laman facebook jika memaparkan foto wanita ber-purdah adalah komen daripada 'jejaka-jejaka'. Banyak daripadanya adalah komen-komen yang agak memualkan. "Cantiknya mata dia.."  "Terpancar kesolehah di-mata awak.. Tengah merenung sapa tu?"  "Ya Allah, kurniakanlah aku isteri seperti wanita solehah ini.." Dan pelbagai lagi komen-komen yang memuji dengan gaya Islamik dan mendoakan agar mendapat pasangan yang seperti foto tersebut. Saya melihat dengan dua sisi pandang. Satu sisi, saya melihat hilangnya fungsi purdah tersebut. Antara fungsi purdah adalah sebagai 'pelindung diri' dari padangan lelaki yang bukan mahram- supaya tidak tergoda dengan wajah muslimat tersebut. Namun dengan purdah, lebih banyak yang tergoda? Sisi yang kedua, menunjukkan bahawa sesuatu yang disimpan itu lebih berharga. Logiknya, kenapa dengan ribuan foto-foto wanita (terut...

Dakwah Medium Baru

Imej
Gambar Hiasan Manual Dakwah Medium Baru Sering disebut dan dipesan, jagalah hablum-min-allah iaitu hubungan dengan Allah SWT dan hablum-min-annass iaitu hubungan sesama manusia. Dua aspek ini penting sebagai seorang individu Muslim. Oleh itu, saya cuba sentuh dalam catatan ringkas ini, berkaitan hubungan sesama manusia. Jika kita lihat, banyak buku yang membahaskan mengenai hubungan sesama manusia. Sebagai contoh, Men are from Mars, Women are from Venus . Pernah dengar? Ianya merupakan buku yang sering disebut oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil ( saifulislam.com ). Konteks penulisan buku tersebut adalah memahami insan berlainan jantina. Dan, selain itu banyak lagi buku-buku lain yang ada. Ianya kajian mengenai manusia. Cabang besarnya- Sains Sosial. Terdapat pelbagai karya masyarakat barat berkaitan hubungan sesama manusia. Mereka bukanlah dai' (pendakwah), namun mereka mengkaji akan hal ini. Kajian-kajian ini sangat berguna buat kita memahami manusia; terutam...