Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Lagu: Cinta Abadi (Zikraa)

Pada September 2009, saya ada post mengenai lirik lagu Cinta Abadi, dinyanyikan oleh kumpulan Zikraa. Ini post saya yang lepas. http://khalifash.blogspot.com/2009/09/lagu-zikraa.html Akhirnya, ketemu juga dengan lagu yang dicari. Bukan kerana lagu ni terlampau istimewa, cuma ianya susah untuk dijumpai. Biasalah, kumpulan nasyid yang muncul ketika itu terlampau banyak. Masing-masing perlu berjuang untuk mencari kelainan. Ini lagunya. Entahlah menarik ke? :D

Memang Seperti Itulah Dakwah

Imej
Dakwah: Bukan kita yang memulakan, bukan kita yang mengakhiri. (Klik gambar untuk lebih jelas) Oleh: Ust. Rahmat Abdullah Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu..Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai.. Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedot saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di tubuh rentamu. Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.. Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. Beliau memang akan tua juga. Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat yg diturunkan Allah. Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat bingung. Tidak ada lagi orang miskin yg bisa diberi sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak. Sulit membayangkan sekeras apa sang Khal

Ayuh, bersegeralah!

Imej
Hari ini sudahpun 12 Rejab 1432H. Rejab akan berganti Syaaban, seterusnya Ramadhan. Ayuh, kita bergegas menyambutnya. Kata rakan, " Kita bermula sekarang dengan start enjin, masuk gear satu, supaya mudah apabila tiba Ramadhan nanti untuk masuk gear seterusnya dan pecut! " Bagaimana mempersiapkan diri? 1. Tilawah al-Quran Mula dengan secara istiqamah walaupun bilangan sedikit. Sebagai contoh, kebiasan membaca dua halaman, ditambah ke empat halaman setiap hari. Biarpun sedikit, yang paling penting, berterusan (istiqamah)! Siapkan target kita untuk Ramadhan. Adakah mampu untuk khatam Quran dalam sebulan nanti? Jika mampun, pastinya kita perlu baca sebanyak satu Juz setiap hari. Satu Juz mengandungi kurang lebih 20 halaman. Bagaimana untuk habiskan? Rancang dari sekarang. :) 2. Puasa sunat Bagi muslimat (kaum hawa sekalian), sebelum puasa sunat, jangan lupa untuk ganti puasa Ramadhan kelmarin. Pastikan telah langsai hutang tahun lepas. Kemudian, baru tumpukan puasa sunat. B

Kempen Menuju Ramadhan

Imej
Untuk lebih jelas, klik Circle Of Syabab (sini) Hanya gambar, catitan akan muncul selepas ujian tamat pada 16 Jun 2011. :D Allahumma bariklana fi Rajab wa balighna fi Sya'ban wa Ramadhan. Ya Allah berkahilah kami di bulan Rajab dan sampaikanlah kami ke bulan Sya’ban dan Ramadhan

Ujian lagi

Imej
Jadual bulanan Insya Allah, besok bermulalah Ujian bagi minggu ini. Bermula dengan Ujian Skill-lab pada hari Selasa dan Rabu, seterusnya Ujian Integrasi 2 pada hari Khamis. Rasanya dah banyak kali blog ni update mengenai ujian, sebabnya kami di sini ujian dua kali dalam sebulan. Ujian utamanya adalah Ujian Integrasi 1 dan 2. Bagi Ujian Skill-lab hanya praktikal, seperti anamnesis, pemeriksaan fisik, menggunakan alat dan lain-lain. Kami hanya perlu hafal check list yang diberikan sahaja. Banyak lagi perlu dibaca, faham dan hafal. Moga dipermudahkan. Rabbi yassir wa la tu'assir.

Alhamdulillah, selesai

Imej
Alhamdulillah, penglibatan saya dalam persatuan sudahpun selesai pada bulan Mei lepas. Sewaktu awal-awal ke sini, belum sempat mengenal kota Jakarta, sudahpun terjun ke dunia persatuan. Bulan Ogos 2008, saya tiba di bumi Jakarta, April 2009 pula, menjawat jawatan kedua tertinggi dalam persatuan. Tak sempat untuk belajar satu persatu langkah. Pengalaman. Dahulu ketika di matrikulasi, saya memang 'gila' dengan pengalaman. Segalanya saya mahu terlibat. Suruhanjaya Pilihanraya, Ahli Jawatankuasa JPP, Exco Kelab Sahabat, Ketua Protokol Makan Malam DMK dan Fasilitator bagi Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Namun, perlu diingat, ia hanyalah TAKHLIF, bukannya TASYRIF. Takhlif bermakna tanggungjawab dan amanah, manakala tasyrif pula bermaksud kebanggaan. Antara takhlif dan tasyrif, pilihlah yang mana kita mahu. Teringat pesan sahabat ketika di matrik dahulu. Kita mulakan sesuatu memang sudahpun awali dengan niat yang baik, namun dalam perjalanan, boleh jadi niat kita tersasar dari

“Abi when will we ever relax?”

Imej
Gambar: Anak sepupu ketika lebaran tahun lepas. ProductiveMuslim I wanted to share a moving story that I once heard and will always remember and cherish for its meanings. It’s the story of one of the great Imams of this Ummah, Imam Ahmad bin Hanbal. His son, Abdullah, asked his father one day: “Abi when will we ever relax?” His father, one of the greatest revivers of the Sunnah and a role model for all Muslims, looked him in the eye and said: “With the first step we take into Jannah.” Ya Allah, what a beautiful response! There are days that come to you and you’re tired, you just want to sleep and relax and “shut off” as they say. Those are the days in which you need to ask yourself a critical question: ‘Where am I going with life?’ If it’s towards Allah and for Allah, then regain your strength and continue your work, for Jannah is precious and must be sought. But if you look into your life and realise that it’s not towards Allah but towards Dunya, then your tiredness becomes

Tolong Uruskan

Hari Rabu lepas, tengah sedap-sedap kuliah, tiba-tiba dapat mesej kurang lebih begini, "Salam En. Farid, saya Osman yang telefon dulu. Kami akan ke Jakarta-Bandung 3-7 Jun.." Gulp! Terlupa! Sebenarnya En Osman ni ada telefon saya masa bulan Mac lepas, minta tolong untuk uruskan perjalanan beliau ke Jakarta-Bandung. Ketika tu, saya masih lagi memegang jawatan dalam PKPMI-CJ. Tak sedap hati untuk menolak, lagipun untuk aturkan tranportation cuma perlu call sahaja. Jadi saya sudi bantu. Cuma ketika itu, belum confirm tarikh. Apa lagi, balik rumah, terus cari nombor telefon kereta (mobil) sewa di Bandung. Mujur ada. Cuma mahal sedikit. Kerana dah terlambat, hantam je la. Hehe. Harga untuk sewa mobil Rp 325,000/ 12 jam. Termasuk pemandu (supir), tapi belum termasuk minyak (BBM), tol dan makanan pemandu. Semalam ke Stasiun Gambir untuk uruskan pembelian tiket Keretapi (KA) ke Bandung. En Osman ajak saya sekali ke Bandung, tiket dan penginapan dia yang bayar. Tapi, disebabkan