Paksi yang sama
Teringat saya, kira-kira sewaktu Tingkatan 3. Ketika itu, buku yang saya gemari antaranya adalah buku-buku tulisan Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi. Saya pernah terbaca buku Syeikh al-Qaradawi yang berbicara mengenai Islam Liberal. Di awal buku, Syeikh al-Qaradawi bertanya dahulu mengenai apakah golongan ini (Islam liberal) beriman akan Allah dan Rasul-Nya. Kenapa ditanyakan mengenai keimanan? Sebab utama yang dapat saya ambil, kerana sebelum berbicara mengenai sesuatu perkara, haruslah kita punyai paksi yang sama. Supaya, apa yang akan dibahaskan nanti tetap berpaksikan panduan yang sama. Tidaklah perbahasan itu tiada hala hendak dituju. Persamaan ini juga yang perlu saya bahaskan dalam artikel ini, sebelum berganjak kepada artikel seterusnya. Saya ditanyakan oleh beberapa orang sahabat mengenai Festival Malaysia dan pengisiannya. Yang dimaksudkan sebagai Festival Malaysia adalah ianya suatu program yang menghidupkan budaya Malaysia dan sekaligus memperkenalkan kebud