Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Muslim yang Malu

Imej
“Ni semua salah perempuanlah!” bentak seorang sahabat. Penat bila bicara mengenai aurat. Penuh bahu perempuan kita letakkan beban. Acapkali bila bicara mengenai ini, wanita ditegur, tegur dan tegur. Pelik juga. Kenapa yang jadi sasaran adalah wanita? Mungkin dari lembutnya hati wanita itulah yang menjadikan teguran dan nasihat dilempar keatas mereka dahulu. Sedangkan jika berbicara mengenai aurat dan pandangan, al-Quran tak pernah lupa menerangkan agar pihak lelaki turut sama menjaga pandangan mereka. Tunduknya pandangan lelaki adalah langkah pertama dalam menundukkan hatinya. Sebagaimana Rasulullah yang dijanjikan sifat maksum, namun tetap menjaga batas pandangannya. Ekspresi Rasulullah ketika memalingkan pandangan ketika seorang wanita terselak kainnya kerana terjatuh dari kenderaan, jelas menunjukkan begitu berhati-hatinya Rasulullah dalam menjaga pandangannya. Lantas baginda memuji wanita tersebut dengan berkata, “Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di

Lagu : Zikraa

Imej
Hanya sekadar masukan ringkas. Teringat pula lagu yang pernah dengar dulu. Lagu ni rasanya dengar sebelum masuk matrik lagi. Tapi itupun ingat-ingat lupa. Pernah rakam guna hanset lama, sebab cuba cari tak jumpa-jumpa. Siapa ada terjumpa, boleh la bagi eh. =) Insan yang dicinta Adakah cinta sejati Insan dilamun cinta Adakah yang hakiki Bunga yang dirindu Ia akan layu Harta yang dicintai Musnahnya dikecapi Insan yang dicinta Pudar lanjut usia Dunia yang dicari Hancur akan akhirnya Apakah yang dicari Cinta di sana sini Harapan yang menggunung Kecundang di jalanan Cinta kepada Allah Cinta yang abadi Cintai yang Maha Esa Dengan setulus hati Tiada selainNya Tiada sekutuNya Bertaqwa kepada Allah Menjadi insan sejati Usahlah tertipu Dengan tipuan dunia Usah leka dan lalai Meniti kehidupan Ketuklah pintu hati Allah yang dicari Keredhaan diharapkan Di dunia dan akhirat Munsyid : Zikraa Tajuk : Cinta Abadi

Kerja danTugas

Imej
Sejak isu hubungan Malaysia-Indonesia mulai sampai ke gegendang telinga rakyat Malaysia, banyak benar perkara yang berlaku di sini. Walaupun sebenarnya kebanyakan pelajar Malaysia tidak merasakan aktiviti mereka terbatas atau terhambat, namun provokasi yang timbul membuatkan keluarga di Malaysia menjadi sedikit gusar. Di Ukrida pula, khabar-khabar panas ini menyambut kedatangan angkatan 2009, sahabat baru kami. Sebanyak 3 peringkat penghantaran yang dilakukan oleh pihak Mara dan JPA. Terbaru adalah kedatangan pelajar dari INTEC sebanyak 12 orang pada minggu lepas. Pada hari tersebut kebetulan saya ditugaskan untuk menyambut mereka di Bandara (Lapangan Terbang), dan yang menariknya, antara soalan yang ditanya adalah; "Abang, kat sini selamat ke?" (walaupun umur sebaya, ada juga yang memanggil abang). Mungkin kerana mereka sempat mengikut peristiwa terbaru yang berlaku di sekitar Menteng, Jakarta tersebut. Tak apalah. Peristiwa tersebut memang berlaku, tetapi tiadalah perlu dir

Pelajar Malaysia di Indonesia

Kenyataan Ringkas Keadaan rakyat Malaysia disini adalah sihat dan selamat buat masa ini. Tiada yang perlu dirisaukan. Namun kami cuba untuk menyeru pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia agar tidak ke tempat terbuka secara kerap. Terutama tempat tumpuan umum. Kami berharap, pihak keluarga dan masyarakat Malaysia di Tanah air tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bersifat provokasi. Ini tiada masalah dengan tarian kebudayaan, keseniaan dan lain-lain, tapi ini adalah melibatkan keselamatan rakyat Malaysia di sini. Anda mengeluarkan kenyataan diluar, bahananya, kami disini yang kena. Jadi tolonglah fahami. Bersikaplah proaktif, bukan reaktif. Berkaitan kes 'sweeping' (pengusiran) baru-baru ini, pihak pemerintah Indonesia telahpun tampil membantah. Oleh itu, kita berharap ianya tidak berlaku lagi. Sekian Terima Kasih Ahmad Farid Asyraf Bin Ramli Jakarta, Indonesia

Kewajiban kepada Al-Quran

Imej
Ni merupakan ringkasan paling ringkas dari ta'lim Ustadz Drs. Muchlis Abdi. Selalu sangat Ustadz ingatkan tentang perkara ni. Kewajiban kita kepada al-Quran. Ada 5 perkara. Setiap hari cubalah sedaya upaya untuk lengkap kesemua kewajiban ini, jangan satupun tertinggal. Jika selama ni apa yang selalu kita lakukan adalah sekadar membaca sahaja, tambahkan pula dengan yang lain-lain. Dapat satu dua ayatpun tak apa untuk permulaan, yang paling penting : ISTIQOMAH! Pertama : Membaca Kedua : Memahami Ketiga : Mentadabbur Keempat : Mengamalkan Kelima : Mendakwahkan *Ringkasan ta'lim yang lain-lain ada. Tapi tak lengkap sebab selalu sangat datang lambat =)

Hulurkan bantuan

Imej
Jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pernah menggunakan slogan Negara Berkebajikan, bulan Ramadhan pula sinonim dengan 'slogan' bulan amal kebajikan. Walaupun agak sinis untuk mengatakan bulan ni saja orang ingat menderma, tapi insya Allah sebulan Ramadhan yang dilalui dapat membentuk diri untuk 12 bulan yang akan datang, supaya tetap istiqamah dalam melakukan amal kebajikan. Semalam, saya sempat mengikuti program kebajikan tanpa mengeluarkan satu sen pun duit. Memang pelik bunyinya. Tapi kerana program yang disertai tu adalah anjuran pihak lain, jadi saya hanya menjadi peserta sahaja. Butir-butir program saya buat dalam bentuk ringkas dibawah. Program : Bakti Sosial (BAKSOS) Anjuran : Yayasan Ukrida Pengisian : Sebenarnya program Baksos merupakan program yang sering kali dijalankan disini (Indonesia). Program ini, antaranya adalah sumbangan bahan makanan utama, khidmat pemeriksaan kesihatan dan pelbagai lagi. Untuk sumbangan bahan makanan utama tersebut, disini dinamakan Sembak