Hulurkan bantuan


Jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pernah menggunakan slogan Negara Berkebajikan, bulan Ramadhan pula sinonim dengan 'slogan' bulan amal kebajikan. Walaupun agak sinis untuk mengatakan bulan ni saja orang ingat menderma, tapi insya Allah sebulan Ramadhan yang dilalui dapat membentuk diri untuk 12 bulan yang akan datang, supaya tetap istiqamah dalam melakukan amal kebajikan.

Semalam, saya sempat mengikuti program kebajikan tanpa mengeluarkan satu sen pun duit. Memang pelik bunyinya. Tapi kerana program yang disertai tu adalah anjuran pihak lain, jadi saya hanya menjadi peserta sahaja. Butir-butir program saya buat dalam bentuk ringkas dibawah.

Program : Bakti Sosial (BAKSOS)

Anjuran : Yayasan Ukrida

Pengisian :
Sebenarnya program Baksos merupakan program yang sering kali dijalankan disini (Indonesia). Program ini, antaranya adalah sumbangan bahan makanan utama, khidmat pemeriksaan kesihatan dan pelbagai lagi.

Untuk sumbangan bahan makanan utama tersebut, disini dinamakan Sembako yang merupakan singkatan bagi sembilan bahan pokok. Sumbangan akan diagihkan kepada kawasan kejiranan atau kampung yang penduduknya ramai berpendapatan rendah. Mungkin program begini di Malaysia ada, tapi tidak banyak kerana demografi penduduk yang berlainan.

Khidmat pemeriksaan kesihatan pula disediakan percuma dengan membuka pusat kesihatan sementara kepada penduduk. Program ini sangat bermanfaat bagi pelajar perubatan kerana ia adalah pendedahan awal bagi mereka. Di negara kita, ia sesuai bagi kawasan luar bandar dan jauh dari hospital serta klinik. Jadi kepada pelajar-pelajar perubatan diMalaysia, masa-masa lengang tu boleh la anjurkan yer. Buatlah pautan dengan hospital kerajaan, Insya Allah boleh.



Program : Santunan Anak Yatim dan Ta'jil On The Road

Anjuran : Bank Syariah Mandiri

Pengisian :
Sayapun kebetulan je ikut ni. Hanya meraikan mereka. Program ni jemputan pihak bank kepada sahabat saya dan saya hanya sebagai penyibuk. Aktiviti mereka adalah nasyid untuk kanak-kanak, kuiz, persembahan dari kumpulan nasyid, sumbangan wang, dan berbuka puasa. Biarpun ianya ringkas, tapi kesungguhan untuk meraikan anak yatim tersebut haruslah dipuji.

Kos untuk buat acara inipun tidaklah mahal, dan dalam masa yang sama, ia boleh mendidik kanak-kanak tersebut. Jadi badan-badan NGO dan persatuan-persatuan univesiti di Malaysia, ringan-ringankan tulang, kita rai mereka.



Program : Bantuan Gempa Bumi

Anjuran : Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI Pusat)

Pengisian :
Kebetulan dalam bulan Ramadhan ini, kepulauan Jawa dikejutkan dengan kejadian gempa bumi dan menyebabkan puluhan mangsa terkorban. Jadi atas inisiatif PKPMI Pusat, satu kutipan bantuan telah diadakan dan insya Allah akan disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana alam tersebut. Kerana saya tak dapat perincian mengenai program ni, jadi tak berani nak ulas panjang. Program ni mendapat liputan Bernama. Klik sini.


Tujuan diletakkan program ini berserta butir-butirnya adalah bagi berkongsi dengan sahabat-sahabat dari Malaysia terutama pimpinan kelab dan persatuan di universiti. Kepelbagaian yang wujud di Indonesia Raya wajarlah diambil manfaat untuk dianjurkan di Malaysia. Teruskan usaha kalian.

Ulasan

penyibuk berkata…
salam..
saje nk menyibuk..
baguslah..join2 mcm ni..kalau ader ag mcm ni jemputlah kitorg lak..bile dah ader pengalamn mcm ni blh lah dianjurkn lg..insyaAllah..
farid ramli berkata…
Salam,

Sapekah 'kitorg' tu?

Tak kenal.

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum