Pertanyaan seorang teman
RESOLUSI
“Ngapain cewek Malaysia semuanya pakei jilbab? Emang wajib atau peraturan?” Rakan kelas bertanya. Patutpun dari tadi ligat je matanya melihat teman-teman dari Malaysia yang memakai tudung atau lebih sinonim sebagai jilbab dikalangan masyarakat Indonesia. Terfikir sejenak, lantas lunaskan pertanyaannya. “Jilbab itukan kewajiban untuk wanita muslim”, jawaban ringkas. “Iya, gue tau. Gue juga muslim. Tapi ada muslim yang gak pakei jilbab jugakkan??” Diri ni sekadar tersenyum dan mengangguk bersahaja. Dalam hati, bicara rakan kelas tadi terus disambung. Monolog sendirian menimbulkan seribu persoalan. Tuntasnya, biarkan sahaja. Sambung menghafal nama-nama tulang kerana kebetulan ketika tu adalah praktikum anatomi. Lihat otot-otot mayat dan tulang. Di hari lain, seketika menelaah sambil menunggu peperiksaan bermula, persoalan persis muncul kembali. “Lho sambut paskah gak?”, rakan kelas yang sama bertanya kembali. “Hah? Paskah itu apa sih?”, saya bertanya kemba