Pertanyaan seorang teman


RESOLUSI


“Ngapain cewek Malaysia semuanya pakei jilbab? Emang wajib atau peraturan?”

Rakan kelas bertanya. Patutpun dari tadi ligat je matanya melihat teman-teman dari Malaysia yang memakai tudung atau lebih sinonim sebagai jilbab dikalangan masyarakat Indonesia.

Terfikir sejenak, lantas lunaskan pertanyaannya.

“Jilbab itukan kewajiban untuk wanita muslim”, jawaban ringkas.

“Iya, gue tau. Gue juga muslim. Tapi ada muslim yang gak pakei jilbab jugakkan??”

Diri ni sekadar tersenyum dan mengangguk bersahaja. Dalam hati, bicara rakan kelas tadi terus disambung. Monolog sendirian menimbulkan seribu persoalan. Tuntasnya, biarkan sahaja. Sambung menghafal nama-nama tulang kerana kebetulan ketika tu adalah praktikum anatomi. Lihat otot-otot mayat dan tulang.

Di hari lain, seketika menelaah sambil menunggu peperiksaan bermula, persoalan persis muncul kembali.

“Lho sambut paskah gak?”, rakan kelas yang sama bertanya kembali.

“Hah? Paskah itu apa sih?”, saya bertanya kembali. Yang tersemat difikiran ni, paskah itukan perayaan agama Kristien.

“Ala, yang Kristen sambut tu. Lho gak ikut serta?”, jawaban yang membenarkan persepsi saya.

“Nggak”, jawaban ringkas. Dia pun paham. Sebagai orang Islam, kita dilarang mengikut perayaan keagamaan agama lain.

Barangsiapa di kalangan kaum muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir,maka dia dikalangan mereka( orang-orang kafir)." (HR. Abu Daud,Al-Baihaqi,Ibnu Majah,Ahmad dan Ad-Daruquthni)

Teman tu menyambung, “Aku semuanya. Muslim aku, Kristen aku, Budha, semuanya aku turut serta.” Katanya sambil menghadiahkan sekuntum senyuman bermakna.

Inilah mungkin liberalisme dan pluralisme yang wujud dan kian membenih dalam masyarakat kita hari ni. Sewaktu mengambil subjek Agama ketika semester satu, salah satu subtopik yang dipelajari adalah pluralisme1. Prinsip yang dicipta dan diagungkan oleh kaum kafir dan cuba diselitkan dalam kehidupan umat Islam.

Suatu hal yang terkadang kita kurang menyedari bahawa liberlisme ini wujud dalam masyarakat kita adalah mengenai hubungan ataupun ikhtilat yang wujud antara lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa dengan mudah ‘merestui’ anaknya keluar dengan kekasih hati duniawi.

“Assalamualaikum pakcik”, kata Roslan.

“Wa’alaikum salam, haa datangpun kau. Tu Rosnah dah tunggu dah. Keluar la korang berdua. Tapi jangan buat benda tak elok pulak. Nanti apa pulak orang kata.” Jawab ayah Rosnah.

Drama-drama ini seakan-akan suatu yang benar. Ibu bapa merestui, lalu ianya halal. Adakah ianya begitu?

Ditambah lagi dengan Hari kekasih yang setiap tahun kunjung tiba dan mendapat sambutan hebat oleh syarikat-syarikat gergasi dari produk makanan hinggalah sektor penyiaran. Di pasaraya, akan muncul hidangan coklat-coklat berbentuk hati, restoran-restoran pula sibuk dengan promosi makan malam istimewa, televisyen pula rancak dengan ‘minggu cerita-cerita cinta’.

Pelbagai lagi yang boleh kita temui. Satu persatu tumbuh dan disemai istimewa.

Kerana itulah, dihujungnya, gejala kerosakan sahsiah dan akhlak muncul. Bertebaranlah spesies-spesies Benjamin Stephen2.

'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39

Wallahu ‘alam


RESOLUSI

Nota kaki

1. Salah satu maksudnya kewujudan satu pemikiran yang mengiktiraf bahawa semua agama adalah sama. Segala bentuk ibadat, aktiviti agama merupakan bentuk yang berbeza-beza. Jika umat Islam menunaikan ibadat dengan cara solat, penganut Buddha beribadat di kuil manakala penganut Kristian di gereja. Sumber : Klik sini

2. Salah seorang yang mendapat pendidikan agama Islam namun akhirnya murtad dan menyebarkan dakyah kuffar. Boleh lihat di youtube mengenai ucapannya dalam menyebarkan aqidah songsang.

3. Resolusi bertema Pemurnian Islam daripada Liberalisme dan Pluralisme pernah diadakan pada Muzakarah Ulama 2006. Rujuk : Klik sini

4. Pautan bertajuk Pluralisme - Keliru Atau Mengelirukan?. Sumber : Klik sini

5. Artikel disiapkan dan diterbitkan pada : Khamis, 16 April 2008.

Ulasan

Balqis berkata…
assalamualaikum..

aq nak share cket psal budaya2 nie..

Kalau xsilap pluralisme jgk bermaksud pertahankan kepelbagaian budaya dalam satu kelOmpok dgelar masyarakat..

bukan tOk kaum kafir kpd umat islam semata..byk definisi sbnarnye..

kalo xsilap..ble satu kaum bertemu kaum laen dlm satu negara dan hdp bersama..mereka terdorong tok amik tau psal budaya masing2..

so bile da tau..n diorunk rase ok..xbercanggah dgn agama..diorunk fOllow jer..tp skrunk ramai dah xpeduli..ade kaitan dgn agama o x..

pluralisme jgk dikaitkan dgn proses asimilasi..dlm bio..asimilasi tu proses penyerapan kan?same jgk dgn budaya ni..

Kaum dominan akan pengaruhi budaya kaum minoriti...diorunk ni sumer pinjam budaya kaum dominan jer..tp xtau maksud budaya ap yg diorunk tgh ikot..

e2 lar masalah org skrunk..maen ikot jer..xde usaha nak kaji cket psal asal usul budaya moden ni..

Pastu budaya nenek mOyang kter pon kdg2 ader yg bercanggah dgn agama..cume terpulang kat individu tu sndri..sng kater mentaliti kter berbeza2..

Nak selamat..tgok budaya tu dr segi penerimaan agama..kalo ok..btol2 x bercanggah dgn agama..follow jer la..sbg tanda penghormatan kpd kaum laen..tp kalau budaya tu ade unsur KEAGAMAAN dan agama 2 bkn agama islam..tinggalkan jer..silap2 boley syirik kalau ikot..

emm..ni jer lar kOt pendapat aq....kalau silap tegur2 lar ye =)
farid ramli berkata…
Assalamualaikum

Terima kasih atas tambahan. Sebenarnya pluralisme ni, maksud dari segi bahasa die, suatu keadaan yang majmuk. Jadi memang termasuk majmuk dari segi budaya dan agama.

Mungkin kalau nak dibincangkan tentang majmuk dari segi budaya, suatu perbincangan yang lain. Apa yang dibawakan dalam artikel ni adalah tentang pluralisme dalam agama. Ade diterangkan tentang maksud pluralisme tu pada nota kaki.

Pluralisme:
Salah satu maksudnya kewujudan satu pemikiran yang mengiktiraf bahawa semua agama adalah sama. Segala bentuk ibadat, aktiviti agama merupakan bentuk yang berbeza-beza. Jika umat Islam menunaikan ibadat dengan cara solat, penganut Buddha beribadat di kuil manakala penganut Kristian di gereja

Seperti yang dituntut di Malaysia sekarang ni, penggunaan perkataan Allah. Mereka cuba menuntut tu salah satu sebabnya kerana dasar pluralisme tu. Senang bagi diorang nanti untuk menyebarkan dakyah.

Asimilasi pula adalah paduan beberapa unsur menjadi satu. Seumpama kita ambil budaya dari masyarakat India, Cina sedikit, dan dijadikan sebagai budaya kita. Oleh sebab hal yang dibincangkan adalah asimilasi agama, jadi tiada istilah asimilasi tu dalam Islam. Kita tak mengambil agama yahudi maupun nasrani dan diserapkan keagama kita.

Agama-agama tu mendakwa bahwa mereka berasal dari agama nabi Isa dan Musa. Tapi sedangkan mereka adalah golongan yang Allah sebut kan dalam al-Quran (1:7), golongan yang Allah murkai dan yang sesat. Mereka dustakan agama yang dibawa nabi2 Allah, lalu cipta agama baru.

Dalam AQ 3:67, Allah terangkan, Nabi Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang pengikut jalan yang lurus dan menyerah diri kepada Allah (Islam) dan dia tidak sekali-kali termasuk dikalangan orang-orang musyrikin.

P/s: Budaya moden? teringat pulak dulu belajar falsafah tentang pemikiran moden, post moden. Sangat rumit.

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum