Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

Ingat mati

Imej
Assalamualaikum.. Penah dengar talkin dibacakan tak? Ana penah sekali je dengar talkin. Masa tu baru form 1 kot. Ade anak jiran meninggal. Masa tu kurang tau apa la maksud ustaz tu baca talkin. Tapi ada suatu yang terkesan dalam hati ana. Jiwa ni jadi risau dengan amalan yang dilakukan sepanjang hayat. Entah bila kita akan dipanggil menghadap yang Maha Esa. Entah esok, entah lusa. Bersedia ke kita? Apakah yang kita lakukan selama ni cukup melahirkan rasa syukur kita sebagai hamba Allah? Agak-agaknya dimana letaknya kita diakhirat nanti? Macam mana nasib kita dinegeri yang kekal abadi tu? Kehidupan di alam barzakh tak memberi apa-apa manfaat pada kita. Segala-galanya terputus apabila nyawa terpisah dengan jasad melainkan tiga perkara. Ilmu yang bermanfaat, amal jariah sepanjang hayat dan doa anak yang soleh. Takutkah kita menghadapi kematian? Ataupun kita benci terhadap kematian? Jangan la kita tergolong dalam golongon yang disebut oleh baginda Rasulullah saw sebagai al-wahn. Yakni golo

Komunikasi dua hala part 2

sambungan dari post sebelum ni.. “Lama betul saya tunggu nak jawab. Tukang tulis ni pemalas betul la. Saya dah lama la jugak buat kerja ni. Dari kecik sampai besar, ni je yang saya tahu. Jaga kambing betul-betul. Pastikan semuanya bereh. Bagi makan cukup-cukup. Pastu simpan dalam kandang. Pasal dunia lain pun saya kurang arif. Orang lain duk sibuk kejar duit berjuta-juta, rumah besar-besar, kawan-kawan berfoya-foya, pangkat tinggi-tinggi. Tapi yang saya ada kat sini lagi besar dari diorang. Orang mungkin lihat saya ni lemah, miskin dan hina.” Kata-kata yang bermakna terpacul dari bibir Annas, lelaki arab dengan baju yang lusuh namun tetap kemas. Ada suatu yang tersimpan dalam kalbunya yang ingin dibicarakan. “Kiranya ada suatu yang bermakna itu apa wahai orang budiman?” Pertanyaan lagi yang dibalas oleh Si Pemuda Siam tersebut. Mulutnya kagum hingga ternganga, hidungnya kembang, matanya bulat terjujul. Dasyat sungguh. “Apakah yang dicari homo sapiens kat dunia ni? Jika kau inginkan w

Komunikasi dua hala

Merapu hala karangan ana..saksikan tayangannya. The beginning~ Satu hari sedang enak dibuai alunan desiran alami padang pasir, seorang pengembala bernama Annas ternampak dari jauh bayangan homo sapien seolah-olah menuju kearahnya. Mungkin disangkanya fatamorgana melamunkan diri orang tersebut yang sedang sendirian melewati gersangnya tanah yang terik. Annas bersahaja. Tiada apa yang dirisaukan. Seharian tugasnya, memang banyak kerabat spesies homo sapiens yang melalui kawasan tersebut. Ada yang lagaknya hebat, tapi hatinya kecil. Baru disambar kicauan angin padang pasir, sudah gelisah. Merapu marahkan angin. Haha. Annas tersengih sendirian. Mungkin kisah itu baru dilaluinya. Tapi hatinya terluka. Kenapalah homo sapiens ni terlupa kakinya tetap ditanah walaupun kata-katanya melambung ke awangan. Silap-silap, jadi doa yang binasakan diri sendiri juga akhirnya. Pohon berduri tak pernah iklankan dirinya berduri. Tak ada masa nak buat kerja tu. Lagi elok dipanjang akarnya, usaha untuk hidu

Ketika Usaha Dakwah Terhenti

Assalamualaikum.. Karena kesempitan masa, dalam catatan kali ni, ana hanya sempat mengambil bayan daripada Abdurrahman Pathalung di Yala-Thailand. Apa yang disampaikan adalah berkenaan usaha dakwah. Catatan ni hanya ringakasan, bukanlah bayan penuh. Insya Allah apa yang baik dapat kita amalkan dan sampaikan. Ketika Khadijah rha. menemui suaminya Baginda Muhammad SAW. Ia (Khadijah rha) baru saja pulang dari rumah Waraqah. Ia menanyakan tentang tanda-tanda kenabian yang ada pada suaminya, pada saat itu lah Rasulullah SAW menerima wahyu ke-dua awal surah Al-Mudatsir. Rasulullah SAW kemudian berkata kepada istrinya "Tidak ada waktu lagi untuk istirahat... Jibril AS telah menyampaikan perintah Allah SWT kepadaku agar aku menjumpai setiap orang untuk mengajaknya kepada Islam, wahai istriku siapakah orang yang akan mengikutiku". "Aku ya Rasulullah, aku mengimani bahwa Allah SWT tiada tuhan selain Dia dan engkau adalah Rasulullah" Jawab Khadijah rha. Demikianlah awal pengor

Hari ni dalam hari-hari

Imej
R asanya lama juga tak update blog ni. Time ni mesti semua umat Islam tengah meraikan hari kemenangan. Beraya bersama keluarga tercinta, jumpa balik sanak saudara, ziarah jiran tetangga, dan macam-macam lagi aktiviti la. Paling kurangpun duk depan tv,tengok cerita (ni yang selalu buat parents marah, tengok tv je keje, ajak pi umah sedara semua tak nak). Rasanya raya ceria tak tanpa tv? Kita try tanya menteri la eh.. Kita : Pak menteri, apa pendapat pak tentang hal ni eh? Pak Menteri : Apalah hari raya tanpa TV dan radio. (jawapan ni bukan direka, petikan dari utusan) B estkan jawapan dia? Jadi sebagai orang yang tak abih sekolah lagi ni, ana tak reti nak ulas. Apa yang beliau cakap tu mungkin ada benar dan ada salahnya. Tepuk dada,tanya iman (Dush,dush..iman, enta rasa ape?). P etang tadi masa tengah boring guna laptop sahabat ana, try la tengok-tengok hal ehwal semasa. Ada la pulak ana tertengok video pasal Aspirasi dengan PMIUM. Saja nak tengok perkembangan politik bagi dunia mah