Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Buku

Ta'dib

Beberapa hari lepas ke kedai buku MPH. Terbaca sebuah buku yang kedudukannya agak tersorok. Buku tebal. Lupa judulnya. Yang saya ingat, ianya tribute untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas. Sebelum ini saya mengikuti serba sedikit mengenai pemikiran Al-Attas. Serba sedikit. Ataupun mungkin lebih benar, sangat sedikit. Namun, selepas melihat pengkagum beliau yang saya lihat sedikit taksub, saya mula kurang gemar apabila disebut nama Al-Attas. Bukan benci. Namun, bimbang apabila semua isu yang timbul, ia akan disebut, "..itulah yang Al-Attas pernah sebut dahulu.." Seakan, segala yang berlaku pernah disentuh oleh beliau. Hebat. Saya ambil buku dan lihat isi kandungannya. Tertarik dengan salah satu bab yang ditulis oleh salah seorang anak murid beliau (Al-Attas). Ianya mengenai sejarah penubuhan ISTAC dari segi gagasan asal pendirinya, Al-Attas sendiri. Keyword yang menarik adalah - Ta'dib. ISTAC ataupun secara am-nya, pendidikan, menurut Al-Attas haruslah diterje...

Insan, Ingatlah!

Imej
Membelek-belek kembali koleksi buku. Terjumpa buku 'Insan, Ingatlah!' karya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seorang Menteri Besar dan Ulama' yang disegani. Buku ini menarik kerana membetulkan kembali persepsi kita akan dunia. Serta sesuai dengan tajuk, ianya memberi peringatan buat kita. Agar kita tidak terlupa. Dan, hanya 'terjaga' apabila ajal menjelma. "Petunjuk dan peringatan wahyu Allah SWT itu laksana air yang akan menyuburkan tanaman, air akan mendatangkan faedah hanya kepada tanah yang subur, jika air disiram ke atas batu pejal pasti tidak mendatangkan sebarang kesan. Demikian juga petunjuk dan peringatan Allah SWT, ia hanya akan berguna apabila segala nasihat dan peringatan itu jatuh ke lembah hati yang lembut. Hati yang keras sama dengan batu pejal yang tidak mungkin diresapi air, oleh itu hati yang keras tidak mungkin dapat manfaat dari petunjuk dan peringatan wahyu itu. Batu pejal terlalu keras tetapi hati yang keras ada kalanya ...