Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Know your limits

Imej
Sumber: Devian Art- Kab 3on Saya masih ingat komen seorang sahabat ketika awal-awal saya memulakan penulisan blog. Sahabat dalam jurusan agama di salah sebuah Perguruan Tinggi Negeri di Aceh. Komennya simple , tapi masih saya ingat hingga kini. Beliau meminta saya banyak menulis mengenai bidang perubatan. Ketika itu, saya banyak menulis perihal keagamaan. Mungkin orang kata Islamik. Tiba-tiba datang komen suruh saya tulis dalam bidang perubatan. Pertamanya, mungkin boleh dilihat beliau mahu mengetahui serba sedikit tentang bidang perubatan. Keduanya, mungkin kerana saya sebenarnya tidak layak menulis sesuatu yang bukan dalam bidang saya. Saat ini, banyak isu-isu perubatan atau kesihatan yang ditimbulkan masyarakat awam. Kebanyakannya hanyalah 'hoax'. Hanya sensasi, bukan fakta. Orang kita suka dengan hal-hal begini. Contohnya, bahaya panadol, golongan antivaksin, golongan pejuang home birth, maggi lebih baik daripada syabu, bidang perubatan menipu dalam bab minum

Jika anda di masjid/surau

*Foto Hilang* Menjadi kebiasaan di Masjid ini terjadi lebih daripada satu imam. Kadang-kadang dua, dalam foto ni tiga imam. Nota: Pastikan solat berjemaah jika berada di masjid. Jangan solat sendirian walaupun imam pertama sudahpun selesai solat. Jika solat sendirian (solat sunat) biasakan diri untuk solat paling hadapan iaitu berhadapan dengan tembok ataupun tiang; menghadap sutrah. Perhatikan sekeliling terlebih dahulu sebelum membuat jemaah baru. Jangan menyumbang terjadi lebih daripada satu imam dalam masjid yang sama. Jangan solat dilaluan orang berjalan, terutamanya pintu keluar masuk. Sutrah bagi makmum cukup dengan mengikuti imam. *Ini merupakan catatan yang pernah saya post di facebook ketika klinikal di Rumah Sakit Hassan Sadikin, Bandung.

Belajar dari orang gila

Siang, dua minggu yang lalu. Waktu sudah menunjukkan sekitar jam 2.00 petang. Masih duduk termangu, menunggu kapankan ujian bermula. Disebelahku seorang pesakit 'milik' rakan. Saya ditugaskan menjaga pesakit ini diluar, menunggu giliran untuk masuk. Pesakit ini dalam bahasa awamnya dipanggil 'orang gila'. Suatu stigma yang memberi persepsi negatif kepada mereka. Di Jepun, salah satu cara untuk mengelakkan persepsi negatif terhadap pesakit gangguan jiwa ini adalah mengubah istilah ( term ) yang digunakan. Sebelum ini, mereka menggunakan istilah Seishin-Bunretsu-Byo yang bermaksud Mind-Split Disease  bagi merujuk kepada pesakit gangguan jiwa. Istilah ini lebih condong ke arah kriminal ataupun pesalah. Lalu, istilah ini ditukar kepada Togo-Shitcho-Sho yang bermaksud Gangguan Integrasi ( Integration Disorder ). Baca buku, tutup. Buka, selak-selak. Tutup lagi. Bosan. "Tadi lagi ngapain?" Memulakan bicara. Kesian lihat pesakit termenung sendirian. Bi

VII

Teringat pesanan Tuan Haji Subky Abdul Latif beberapa tahun lepas. Beliau berkata, untuk mahir menulis, kita perlu banyak menulis dan tulislah apa sahaja yang kita rasakan. Barulah tulisan kita itu mampu membuah makna dan bermanfaat bagi orang lain. Mungkin anak muda kurang mengenali, siapakah insan bernama Subky Latif ini. Beliau merupakan seorang wartawan politik tersohor dalam negara ini. Beliau pernah bertugas di Utusan Melayu, Suara Rakyat, Suara Merdeka, Harian Watan dan Harakah. Beliau juga aktif terlibat dalam politik dan pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan. Sebagai mahasiswa tajaan kerajaan, serba salah saya untuk mencerita kisah sosok ini. Kita terbuka di luar tetapi tertutup di dalam. Tuan Haji Subky Latif ini memang merupakan wartawan dan ahli politik. Tetapi, disisi lain, beliau juga merupakan ayah kepada sahabat saya, Ramadhan. Kami berkenalan sewaktu beliau belajar di Universitas Islam Negeri (

Stase- Jiwa

Alhamdulillah, sekarang sudahpun minggu terakhir Stase Ilmu Kedokteran Jiwa. Bermakna, saya sudahpun hampir melewati 7 stase. Terdapat 12 stase yang yang perlu dilalui sepanjang semester kepaniteraan ini. Bahasa mudahnya, stase tersebut juga boleh disebut department. Mengikut silibus universiti saya, terdapat 12 department yang harus dilalui untuk lulus dan mendapat gelar dokter perubatan. Contoh department pula seperti Ilmu Penyakit Mata, Ilmu Penyakit Dalam, Ilmu Kedokteran Forensik dan sebagainya. Stase pula terbahagi kepada dua, iaitu minor dan major. Bagi stase major, mengambil waktu selama 10 minggu. Bagi stase minor pula, mengambil masa samada 5 minggu, 4 minggu atau 2 minggu.  Saya kurang tahu kenapa dibahagikan kepada major dan minor. Asumsi saya, bidang perubatan yang dikelaskan major memerlukan masa yang lebih lama untuk dapat menjumpai kes yang lebih banyak serta bidang ini lebih luas berbanding yang lain. Saya tidak tahu kenapa saya ceritakan hal ini. Saya juga