Belajar dari orang gila

Siang, dua minggu yang lalu.

Waktu sudah menunjukkan sekitar jam 2.00 petang.

Masih duduk termangu, menunggu kapankan ujian bermula. Disebelahku seorang pesakit 'milik' rakan. Saya ditugaskan menjaga pesakit ini diluar, menunggu giliran untuk masuk. Pesakit ini dalam bahasa awamnya dipanggil 'orang gila'. Suatu stigma yang memberi persepsi negatif kepada mereka.

Di Jepun, salah satu cara untuk mengelakkan persepsi negatif terhadap pesakit gangguan jiwa ini adalah mengubah istilah (term) yang digunakan. Sebelum ini, mereka menggunakan istilah Seishin-Bunretsu-Byo yang bermaksud Mind-Split Disease bagi merujuk kepada pesakit gangguan jiwa. Istilah ini lebih condong ke arah kriminal ataupun pesalah. Lalu, istilah ini ditukar kepada Togo-Shitcho-Sho yang bermaksud Gangguan Integrasi (Integration Disorder).

Baca buku, tutup. Buka, selak-selak. Tutup lagi.

Bosan.

"Tadi lagi ngapain?" Memulakan bicara. Kesian lihat pesakit termenung sendirian.

Biasanya pesakit-pesakit skizofrenia akan mempunyai gejala psikotik. Antaranya; waham (delusion), halusinasi, inkoheren dan sebagainya. Gejala-gejala ini lebih sering timbul jika pesakit dibiarkan bersendirian. Kerana itu, antara edukasi yang diberikan kepada pesakit adalah supaya mereka lebih sering melakukan aktivitas.

"Tadi tidur. Teruss dibangunin, katanya mau wawancara..," pesakit tadi menjelaskan.

"Oo, kesian banget.." Senyum. Sepi sebentar.

Kebetulan di depan kami terdapat masjid.

"Kiblat lurus ya dok? Tadi kata perawat arah ke sini," tanya pesakit sambil menunjukkan arah.

"Iya, lurus. Udah solat?"

"Solat dzuhur kan? Udahh..," jawabnya.

"Iya.. Solat sendirian tadi? Ga ngajak teman-teman solat sekalian?" Saja bertanya, mahu melihat kemampuan pesakit untuk berinteraksi dengan sekitarnya.

"Kadang-kadang saya solat dengan teman-teman. Saya jadi imam. Tapi seringnya sendirian aja.." Jawab pesakit.

"Ooo..."

Sepi lagi. Bosan sebenarnya menunggu ujian.

"Dok, ada ballpen ga?" Kata pasien sambil mengeluarkan sesuatu dari koceknya. Rupa-rupanya al-Quran kecil.

Kebetulan tadi ballpen saya baru dipinjam teman yang sedang ujian. Jujur menjawab tidak ada.

"Mau nulis apa?"

"Mau nulis pengajian tadi. Tadi ada pengajian.," Biasanya pesakit yang sudah membaik boleh mengikuti pengajian. Ianya diadakan setiap minggu. Pesakit ini memberitahu dia mengaji sahaja tadi. Baru pertama kali dibenarkan mengikuti pengajian.

Lalu, kami berborak-borak mengenai al-Quran. Menarik kerana pesakit ini bukan sahaja pandai membaca al-Quran tetapi juga menghafal. Dia sudahpun menghafal juz 29 dan 30.

Dan, dia mengajar saya, cara untuk menghafal dengan baik adalah dengan mengamalkan apa yang dihafal dalam solat sunat. Beliau menghafal di pagi hari, lalu amalkan dalam solat tahajud di malam hari. Bermakna pesakit ini juga sering solat tahajud. Suatu hal yang berat bagi orang normal seperti kita. :)

Malu seketika. Dia ada kekurangan. Tetapi, pesakit ini juga ada kelebihan.

Dia mungkin tidak 'sihat' di dunia, semoga dia 'sihat' di akhirat kelak.

Kita ini, mungkin kerana 'sihat' yang ada pada kita, terlupa dan ter-sibuk untuk 'menyehatkan' akhirat kita.

Waktu kecil-kecil dulu, mak ayah yang paksa suruh mengaji. Sekarang, sebab dah besar, konon sibuk. Nak mengaji pun tak sempat. Lagi-lagi bila sudah klinikal. Bertimbunlah lagi alasan kita. Haissh. *emo dengan diri sendiri*


******************

Nah, amik ni. Sila isi, www.daftar.onedayonejuz.org

Borang untuk mengikuti kempen "One Day, One Juz". Sehari satu juzuk. Itu azam kita. Dengan mengisi borang ini, kita akan dimasukkan ke dalam group Watsapp dan setiap hari hari di follow-up perkembangan tilawah harian kita. Contoh jika tidak sempat habis juz hari itu, baki bacaan tersebut akan dilelang kepada orang lain. Malu kita kerana part kita dibaca orang lain.

Menarik usaha yang dilakukkan ikhwah Indonesia ini. Mereka rajin dan kreatif.

Yuk join!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum