Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

Bersatu Untuk Gaza

Imej
Mengapakah umat Islam kini dianggap lemah dan sering ditindas? Pertanyaan ini menghasilkan pelbagai jawapan yang berbeza. Namun, titik temunya adalah; tidak bersatunya umat Islam. Perpaduan antara umat Islam ini kadang-kadang agak cliché bila disebut. Saya mengimbas mengenai ini berdasarkan suatu segmen bertajuk ‘Gaza yang dizalimi’ di saluran TV1 pada malam 27 Disember 2009. Antara hal yang dibincangkan adalah kemungkinan muncul lagi peperangan besar bumi Palestin pada 11 September 2010. Peperangan ini bertitik tolak dari rasa kurang senang pejuang al-Qaeda terhadap sikap Hamas yang sering mengambil haluan untuk berunding dengan Israel. Kumpulan ini juga terdiri daripada pecahan Hamas. Tetapi ini bukanlah peperangan diantara al-Qaeda dan Hamas, tetapi ianya diantara al-Qaeda dan Israel. Turut disebutkan bahawa 11 September tersebut dijangka Intifada kedua bagi rakyat Palestin. Adakah peperangan ini akan benar-benar berlaku? Allahu ‘alam. Namun jika peperangan ini gagal, maka pastinya

Mengutip Secebis Hikmah

Imej
Telah hampir jam 9 pagi. Saya masih berkira-kira sama ada sempat untuk ke Majlis Mudhaharah Perdana 2009 bersama Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang hanya lima minit dari rumah saya. Sebabnya, program lain yang saya sertai juga bermula lebih kurang jam 10 pagi. Waktu terluang di rumah ini wajar saya gunakan sebaiknya. Akhirnya, kerana berazam untuk ke majlis ilmu yang sama bersama Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Shah Alam) pada malamnya, saya bertolak juga ke Institut Penilaian Negara (INSPEN). Program yang diberi tajuk " Mencari Cinta Sempurna " yang diadakan di INSPEN ini dianjurkan bersama oleh iluvislam.com dan karangkraf. Tajuknya yang terselit kata "cinta" mungkin menarik minat bagi audience muslimat tapi bagi muslimin, pastinya membuatkan mereka berfikir dua kali sama ada ingin menyertainya, termasuklah saya. Program bermula dengan perlancaran akhbar mingguan

Kita Berpolitik

Imej
Kebelakangan ini, status-status berkaitan politik di Facebook dan Yahoo Messenger seringkali mendapat perhatian saya. Dan saya seringkali akan cuba memberi pendapat. Walaupun hati saya sering berkata, 'Tidak perlu!'. Tapi minat saya terhadap hal-hal berkaitan politik seakan-akan muncul semula. Ketika mendapat keputusan SPM dahulu, pernah bertanya, “Mama, kalau nak ambil sains politik boleh tak?” Emak hanya senyap. Tandanya kurang setujulah tu. Apa-apapun berkat pilihan ibu bapa tu yang penting. Minat saya terhadap politik bermula sejak tahun 1999, ketika itu Pilihan Raya Umum ke -10. Kebetulan rumah saya hampir dengan tempat penamaan calon. Oleh itu, pernah secara senyap-senyap saya bersama rakan-rakan, pergi ke tempat tersebut. Memang penuh orang. Minda anak berumur 10 tahun pastinya tidak dapat mentafsirkan apa yang sedang berlaku. Orang ramai berhimpun dalam kedudukan saling bertentangan. Satu pihak dengan seragam bewarna lain, satu lagi berwarna lain. Lantas saling berso

Harapan Pada-Mu Subur Kembali

Wahai Tuhan ku Yang Esa Bila kenangkan Qahar-Mu Rasa gerun di hatiku Kerana takutkan seksa-Mu Hamba-Mu rasa berputus asa Siapakah dapat bersihkan diri Dari segala dosa yang memburu Setiap hari setiap ketika Tika mengenang Ghafar-Mu Putus asa tiada lagi Semangatku pulih semula Harapanku subur kembali Ujian menimpa menekan di jiwa Tak sanggup meneruskan perjuanganku Mehnah-Mu itu penghapus dosaku Mengganti hukuman-Mu di akhirat Di waktu mengenang rahma-tMu Terasa diri kurang bersyukur Pada-Mu harusku memohon Moga syukurku bertambah Alangkah susahnya Mendidik nafsuku Yang tidak mengenal kebenaran-Mu Ya Alloh Tuhanku Bantulah hamba-Mu Dalam mendidik jiwaku ini Wahai Tuhan ku Yang Esa Bila kenangkan Qahar-Mu Rasa gerun di hatiku Kerana takutkan seksa-Mu