Bersatu Untuk Gaza


Mengapakah umat Islam kini dianggap lemah dan sering ditindas?

Pertanyaan ini menghasilkan pelbagai jawapan yang berbeza. Namun, titik temunya adalah; tidak bersatunya umat Islam. Perpaduan antara umat Islam ini kadang-kadang agak cliché bila disebut. Saya mengimbas mengenai ini berdasarkan suatu segmen bertajuk ‘Gaza yang dizalimi’ di saluran TV1 pada malam 27 Disember 2009.

Antara hal yang dibincangkan adalah kemungkinan muncul lagi peperangan besar bumi Palestin pada 11 September 2010. Peperangan ini bertitik tolak dari rasa kurang senang pejuang al-Qaeda terhadap sikap Hamas yang sering mengambil haluan untuk berunding dengan Israel. Kumpulan ini juga terdiri daripada pecahan Hamas. Tetapi ini bukanlah peperangan diantara al-Qaeda dan Hamas, tetapi ianya diantara al-Qaeda dan Israel.

Turut disebutkan bahawa 11 September tersebut dijangka Intifada kedua bagi rakyat Palestin. Adakah peperangan ini akan benar-benar berlaku? Allahu ‘alam. Namun jika peperangan ini gagal, maka pastinya ia menjadi kelebihan bagi Israel untuk menghapuskan sepenuhnya gerakan Hamas di Palestin.

Seperti yang disebut berkaitan –bersatu– sikap kalangan negara-negara Islam terutamanya di Timur Tengah menjadi topik perbincangan segmen tersebut. Sehingga ada seorang pemanggil yang mempersoalkan apakah sumbangan Iran terhadap umat Islam Palestin. Yang saya fahami, faktor utama ketidak puasan pemanggil tersebut kerana Iran adalah Syiah!

Tetamu jemputan yang panelis bagi diskusi pada segmen tersebut menyebut bahawa Iranlah merupakan penyokong utama bagi Hamas. Iran juga merupakan negara utama yang mampu mengatasi kekuatan teknologi pertahanan Israel. Biarpun belum lagi mampu menghasilkan bahan peledak yang terbaik, namun kekuatan roket keluaran Iran sudah mampu untuk menggugat keangkuhan negara Zionis tersebut.

Pada segmen tersebut juga, terdapat pemanggil lain juga yang memberi pendapat berkaitan negara Iran. Pendapatnya agak kontra dengan pemanggil sebelum ini, menyebut, Republik Islam Iran juga mengiktiraf mazhab-mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) lain seperti Maliki, Hanbali dan lain-lain. Selain itu, di Iran juga mempunyai masjid-masjid ASWJ kerana lebih 10% daripada penduduk Iran bermazhab ASWJ.

Penderitaan Gaza ini sukar dihentikan kerana bukan sahaja dari segi pembelaan hak rakyat bumi Palestin yang dirampas, namun hak untuk menerima bantuan kemanusiaan juga turut disekat. Mesir contohnya, amat liat untuk membuka pintu bagi misi-misi bantuan kemanusiaan Palestin disalurkan melalui jalan mereka. Disebelah Israel pula, pastinya jalannya akan lebih sukar.

Hal terbaru yang menarik berkaitan Palestin adalah apabila 16 kesatuan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin dan mengecam kezaliman yang menimpa mereka. Kesatuan ini yang terdiri dari negara-negara bukan majoriti Islam ini dilihat sebagai suatu yang positif dan lebih bermakna daripada kecaman-kecaman sambil lewa yang sering dikeluarkan oleh Organization of the Islamic Conference (OIC). Selain itu, terdapat juga usaha-usaha untuk mengheret pemimpin Israel di Mahkamah Antarabangsa atas kesalahan jenayah yang telah mereka lakukan.

Namun disebalik itu, pengaruh yang besar Israel terhadap kuasa dan ekonomi dunia membimbangkan aktivitis-aktivis Palestin ini. Ini terbukti apabila mantan Presiden Amerika Syarikat yang diminta meminta maaf atas kenyataannya berhubung Israel. Hal yang serupa juga terjadi Pemimpin Britain yang turut didesak untuk meminta maaf atas kenyataan mereka.

Lalu, dimanakah kesatuan kita?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Lagok bodo tapi bersengat

Mereka yang dari pintu ke pintu