Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Pengorbanan Qurban

Imej
"Kalau kat kampung (Kelantan), raya haji dia meriah betul tau," kata Ayah. Dahulunya, ayah sering kata tentang Hari Raya Eidul Adha di Kelantan yang sangat berbeza dari di bandar. Sebetulnya, saya sendiri jarang pulang ke kampung ketika Hari Raya Eidul Adha. Sebabnya ketika kecil pernah menetap di Sabah untuk beberapa tahun, jadi untuk pulang tu, tiket sangat mahal. Semasa di Selayang pula, sambutan disana agak meriah. Suasana gotong-royong menghidupkan apa-apa aktiviti yang Surau Ad-Deen (surau ditaman perumahan saya) anjurkan. Di tambah pula dengan cuti raya haji yang singkat. Jadi memang jarang untuk pulang ke kampung. Dan kini, orang selalu bertanya, "Hari raya haji kat Kelantan meriahkan?" Saya hanya mengiyakan dan bercerita sedikit tentang suasana di Kelantan. Sebenarnya cerita-cerita tu adalah ulangan dari apa yang ayah pernah kisahkan dahulu. Saya sendiri tak sempat merasainya. Suasana hari raya pada kebiasaan kita adalah dengan Solat Sunat Eidul Adha dan se

Kamilah Penolong-penolong Agama Allah

Imej
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah," lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang" (QS 61:14) Demikian ayat Allah dalam penghujung surah As-Saff. Petikan terhadap surah tersebut juga menjadi pengisian penutup dalam Daurah yang saya hadiri Jumaat lepas. "Adakah saya benar-benar penolong agama Allah?" Hati kecil saya tertanya-tanya atas kejahilan diri sendiri. Dalam surah lain, Allah berfirman, "Sungguh, Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata dan kami turunkan bers

Mencipta Sejarah yang Sempurna

Imej
Mengimbau suatu ketika saya terdengar akan perkataan ini- "Silibus sejarah Malaysia yang diajar di sekolah-sekolah adalah suatu manipulasi politik." Saya cuba mengingati kembali dimana saya mendengar perkataan tersebut, yang pastinya ianya kata-kata daripada salah seorang tokoh sejarah Malaysia, Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim. Agaknya ketika slot forum Program Perkampungan Ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), lebih dua tahun yang lepas. Benarkah persepsi tersebut? Sewaktu di sekolah dahulu, subjek sejarah merupakan salah satu subjek yang mudah mendapat nilai tinggi. Walaupun dengan keadaan sekolah yang terlampau mementingkan pencapaian, subjek ini dilonggok untuk dihadam dalam masa yang singkat, tetapi subjek ini kekal dalam kedudukan yang selesa. Jarang ada penurunan. Dari satu topik ke topik lain. Topik imperialisme, kebangakitan menentang penjajah, gerakan islah, nasionalisme, kemerdekaan, perlembagaan persekutuan, dasar pendidikan negara, Asean, bangsa Malaysia

Wisuda Angkatan 2005

Imej
Apa itu wisuda? Jika di Malaysia mungkin di namakan sebagai Majlis Konvokesyen, iaitu majlis graduasi. Baru-baru ini saya sempat meraikan abang-abang dan kakak-kakak kami yang di'wisuda'kan. Banyak pengalaman sebenarnya yang dapat dari mereka. Terutamanya menjalani praktikal sewaktu di rumah sakit. Wisuda ini bukanlah bermakna mereka akan pulang ke Malaysia untuk menjadi doktor, tetapi ini adalah pengiktirafan setelah lulus dalam teori sepanjang lebih kurang 4 tahun. Seterusnya akan menjalani praktikal (co-as) di rumah sakit di Indonesia. Selepas itu barulah mendapat perlantikan doktor secara rasmi. Cumanya, sewaktu pelantikan doktor tersebut nanti, majlisnya tidaklah seperti konvokesyen dengan berpakaian jubah dan secara meriah. Mereka ini merupakan angkatan pertama pelajar tajaan dari Malaysia di Ukrida yang menjalani wisuda. Jadi pastinya pengalaman-pengalaman mereka adalah gambaran berharga buat kami untuk menempuhi situasi yang sama. Saya selitkan gambar hari tersebut. Se