Mencipta Sejarah yang Sempurna

Mengimbau suatu ketika saya terdengar akan perkataan ini-

"Silibus sejarah Malaysia yang diajar di sekolah-sekolah adalah suatu manipulasi politik."

Saya cuba mengingati kembali dimana saya mendengar perkataan tersebut, yang pastinya ianya kata-kata daripada salah seorang tokoh sejarah Malaysia, Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim. Agaknya ketika slot forum Program Perkampungan Ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), lebih dua tahun yang lepas.

Benarkah persepsi tersebut?

Sewaktu di sekolah dahulu, subjek sejarah merupakan salah satu subjek yang mudah mendapat nilai tinggi. Walaupun dengan keadaan sekolah yang terlampau mementingkan pencapaian, subjek ini dilonggok untuk dihadam dalam masa yang singkat, tetapi subjek ini kekal dalam kedudukan yang selesa. Jarang ada penurunan.

Dari satu topik ke topik lain. Topik imperialisme, kebangakitan menentang penjajah, gerakan islah, nasionalisme, kemerdekaan, perlembagaan persekutuan, dasar pendidikan negara, Asean, bangsa Malaysia, wawasan 2020, dan pelbagai lagi yang dihimpun untuk dicerna ketika ditingkatan 5. Namun, adakah ianya sejarah yang benar-benar adil?

Suatu ketika, saya agak kaku bila membaca sejarah Tok Janggut. Tulisannya ringkas akan matlamat perjuangannya. Begitu juga dengan pejuang-pejuang yang lain. Sehingga sejarah yang tertulis membuatkan saya merasakan, mereka ini layak atau tidak untuk digelar pejuang negara? Sebagai contoh, perjuangan Tok Janggut dirumuskan sebagai hanya mempunyai dua matlamat; kehilangan kuasa pembesar Melayu dan permasalahan cukai. Sejarahnya bukanlah salah, tetapi mengapa dibiarkan tergantung?

Adakah yang diperjuangkan Tok Janggut hanyalah wang dan kuasa? Agak mual jika matlamatnya sekitar tersebut. Sedangkan perjuangan sebenar Tok Janggut yang berkisar dari semangat umat Islam meniti saat-saat kejatuhan khalifah tidak diletakkan sama sekali. [1] Mungkin kerana bimbang akan semangat nasionalisme hilang agaknya. Entahlah, semangat betul kita pertahankan nasionalisme dari bentuk acuan kolonisasi barat.

Seterusnya, perjuangan kemerdekaan negara. Saya tertarik untuk mengetahuinya kerana pernah seorang menteri datang kesini dan menceritakan akan kecemerlangan Umno kearah pencapaian kemerdekaan negara.

Apabila dibuka buku sejarah sekolah, memang UMNO penggerak utama kepada semua itu. Lantas benarkah dakwaan Sukarno bahawa kita ini Neo-kolonisasi baru ciptaan Inggeris?

"Umno dia tidak hendak merdeka masa itu. Dia 'hidup melayu' slogan dia. Kita, merdeka!" [2]

Tahukah anda, diawal pembinaan Parti UMNO, bukanlah kemerdekaan tujuan utama mereka? Sedangkan Parti-parti lain yang lain kuat melaungkan slogan kemerdekaan. Dan UMNO juga bukanlah suatu komponen yang besar berbanding pertubuhan yang lain. Namun mengapa Umno yang berjaya membawa kemerdekaan negara?

Pada suatu ketika British telah menubuhkan Jawatan Kuasa Perlembagaan Federation yang menghasilkan suatu yang kita guna sampai saat ini, Perlembagaan Persekutuan. Bertolak dari situlah lahirnya dua pertubuhan yang terpenting dalam perjuangan merdeka tanah air iaitu All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) dan Pusat Tenaga Ra'ayat (PUTERA). Kedua-dua pertubuhan ini bergabung membentuk PUTERA-AMCJA yang kuat menentang Perlembagaan Federation tersebut.



Pada awal kemunculan pergerakan politik negara, telah muncul dua haluan parti politik, iaitu Pro-British berhaluan kanan, dan yang menentang penjajahan sebagai haluan kiri [3]. Oleh kerana kebangkitan semangat kemerdekaan negara dan menentang penjajah dikalangan masyarakat Malaysia ketika itu, pihak British telah memperkenalkan Ordinance Society. Ordinan yang berkuasa penuh akan kebenaran dan pengiktirafan pertubuhan-pertubuhan yang wujud ketika itu. Dan yang pastinya, undang-undang ini berkuat kuasa pada mereka yang tidak sehaluan dengan pihak British.

PUTERA-AMCJA yang merupakan pakatan rakyat terbesar ketika itu mula dikecam kerana mereka menetang Proposal Perlembagaan Federation yang menguntungkan British dan sangat tidak adil. Lantas propaganda British yang memainkan isu perkauman mula tersebar melalui akhbar-akhbar. Akibat merasakan suatu perlu dilakukan untuk menentang Proposal Perlembagaan Persekutuan tersebut, PUTERA-AMCJA bergabung untuk membentuk Proposal Perlembagaan Rakyat, suatu perlembagaan alternatif yang dikaji dari buah fikiran penduduk majmuk Malaya.



Mereka sedaya upaya untuk menjelaskan kepada rakyat akan hal ini. Dan akhirnya ia sedikit-sedikit mula diterima oleh penduduk Malaya ketika itu. Kemuncak kepada bantahan mereka adalah dengan mengadakan Hartal pada 20 Oktober 1947 dengan rakyat beramai-ramai mogok untuk menghentikan segala kegiatan mulai 6 pagi hingga tengah malam. Pada ketika itu, rakyat menyokong dengan menyaksikan jalan raya lengang, kedai-kedai ditutup dan segala aktiviti dihentikan. Rakyat hanya duduk di rumah sebagai melahirkan mogok mereka.

Namun kejayaan mereka berhaluan kiri ini tidak sedikitpun diambil tahu oleh British dengan bertegas mahu melaksanakan Perlembagaan Persekutuan. Semakin memuncaknya semangat rakyat ketika itu membuat British mengeluarkan Undang-undang Darurat pada 18 Jun 1948 dengan alasan membanteras komunis. Dan ketika itu banyak pertubuhan dan parti politik yang diharamkan termasuk badan-badan yang bernaung dibawah PUTERA-AMCJA.

Tahukah anda, ketika undang-undang darurat tersebut, lebih 10 000 daripada orang Melayu ditahan? Inikah yang dikatakan British sebagai membasmi komunis dan yang juga terdapat dalam mata pelajaran sejarah kita? Kerana itulah, tidak hairan jika kebanyakan daripada pemimpin-pemimpin pertubuhan ini di'cop' sebagai komunis!

Sejarah mereka yang dikatakan berhaluan kiri dipadam dan digantikan dengan fakta-fakta propaganda penjajah. Ia benar-benar terdapat dalam mata pelajaran sejarah kita! Kerana itulah, mereka berhaluan kanan mudah mendapat kemerdekaan dan mentadbir negara hingga kini sehingga terdetik di minda saya:

"Benarkah kita yang berjuang demi kemerdekaan atau kita diberi kemerdekaan dengan disorong begitu sahaja? Dijemput untuk menjadi jawatan kuasa perlembagaan federation, dijemput ke London, dan pelbagai lagi yang sangat lesu dari semangat perjuangan."

Ini bukanlah artikel politik, namun ini hanyalah mengembalikan kisah sejarah yang dilupakan.

Melihat sejarah dari sisi kiri.
Sebuah analisis 10 Tahun Sebelum Merdeka [4]



Sumber Rujukan:
[1] Sejarah Melayu - Tok Janggut
[2] Kata-kata: Yahya Nassim (Timbalan Bendahari Persatuan Kebangsaan Melayu Merdeka(PKMM))
[3] Kata-kata: Lim Kean Chye (Ahli Pengasas Malayan Democratic Union)
[4] Dokumentari sejarah: klik sini, Laman rasmi dokumentari: klik sini

Ulasan

Mohamad Azrin berkata…
Malaysia memerlukan seorang Che Guevara dan sebuah Republik.
incik berkata…
slm..
bagusnye kupasan sejarah ni..
sgt menarik!
gaya penulisan yg simple,tapi jelas n sng difahami...
teruskan usaha!
farid ramli berkata…
Azrin:

Pemerintah Malaysia (baca: kerajaan) ketandusan ulama dan juga pemuda. Tak kisah la atas nama republik, kerajaan, atau apa2. Yang penting daulah khilafah tujuannya.


Aziella:

Terima kasih dan selamat bercuti.

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum