Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Alternatif: Nikah Khitbah

Imej
Ada sahabat yang bertanya pendapat saya tentang pertunangan dalam tempoh yang lama (2 ke 5 tahun) terutamanya pelajar yang ingin menamatkan sesi pengajiannya terlebih dahulu. Segera terlintas difikiran saya adalah solusi nikah khitbah. Perkara ni pernah dicadangkan oleh Ustaz Mazlee Malik kira-kira 4 tahun yang lepas dalam Majalah I. Bagi yang belum pernah membacanya, silakan membaca. Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja! Oleh : Ustaz Maszlee Malik Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendo

Antara Etika Doktor dan Politik

Imej
Bermula 2 Februari lepas, perbicaraan kes pertuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuka kembali. Bukanlah niat saya untuk membincangkan kes tersebut, biarkanlah hakim yang menentukannya. Tetapi kenalkah anda Dr Mohd Osman Abdul Hamid, Doktor Perubatan di Hospital Pusrawi? Namanya pernah popular seketika akibat hasil laporan pemeriksaan perubatan ( medical check-up ) yang dibuatnya ke atas Saiful Bukhari Azlan tersebar kepada umum. Jika hal ini berkaitan dengan pesakit anda yang berkerja di warung pecel tepi kepala sapi atau pakcik yang jaga angkut di St Monica, tiada siapa yang akan kisah. Tetapi anak muda yang pernah diperiksanya adalah seorang yang mendakwa diliwat oleh pemimpin utama parti pembangkang negara! Dalam hal ini, semestinya seorang doktor perlu menjaga hak privasi pasien. Empat prinsip bioetik mesti sentiasa dalam ingatannya. 1. The principle of respect for autonomy, 2. The principle of nonmaleficence, 3. The principle of beneficence, dan 4. The principle of ju

Lelaki Rasional, Wanita Emosional

Imej
“Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal manakala lelaki pula mempunyai 1 nafsu dan 9 akal”. Pada program PERMAI ’10, Ustaz Hasrizal ada menceritakan sedikit tentang apa yang dikatakan sebagai akal dan nafsu seperti ayat di atas. Jika yang sering kita dapati, terjemahan Bahasa Melayunya memang begitu. Pendekatan yang Ustaz Hasrizal ambil adalah terjemahan akal dan nafsu tersebut sebenarnya, “Wanita mempunyai 9 emosional dan 1 rasional manakala lelaki pula mempunyai 1 emosional dan 9 rasional”. Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan emosi dan rasional tersebut? Skenario di bawah ini mungkin dapat membantu. “Sayang, abang takda duit la bulan ni,” kata seorang suami kepada isterinya. “Bersabarlah abang eh. Kuatkan semangat abang. Sayang sentiasa menyokong abang tak kira macam manapun keadaan kita. Sayang tahu abang suami yang terbaik. Kita kena kuatkan semangat.. bla.. bla.. bla,” balas si isteri. Inilah yang selalu ataupun logik untuk berlaku. Pada pendapat wanita tersebut, suaminya memerlu