Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Generasi Yang Unik

Insya Allah akan di update selepas ini. Buat sementara, baca dahulu Ma’alim fith Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) karya Sayyid Qutb. Ini pautannya: Ma’alim fith Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan)

Pahitnya Sabar

Imej
Gambar Hiasan Tahun 2007, ketika itu bulan Ramadhan menjelma dan kami sedang bersiap sedia untuk ke Sijil Perlajaran Malaysia (SPM). Oleh kerana sedang puasa, waktu makan tengah hari kami dapatlah diisi dengan berehat sebentar. Selepas solat Zohor saya mengambil keputusan untuk membaca quran sebentar dan berehat di surau. Tiba-tiba datang rakan menyapa, “Weh, farid ada mentor mentee kimia la petang ni.” Saya terpinga-pinga. Tak tahu ada perubahan jadual, lalu segera untuk mengambil buku di kelas dan bergegas ke dewan sekolah. Di kelas sekali lagi rakan menyapa, “Dah jumpa Cikgu Azwan tak? Tadi dia round sekolah cari kau.” Hati saya berdebar-debar. Saya bersedia menerima hukuman kalau benar salah sendiri. Tapi tanpa apa-apa pemberitahuan yang sampai kepada saya membuatkan saya agak kurang senang. Tibanya ke dewan saya disuruh berjumpa Cikgu Azwan di depan dewan. “Awak pergi mana tadi? Puas saya cari awak tau,” Cikgu Azwan yang merupakan guru Kimia kelas saya bertanya. Beliau seorang gur

Islamic Book Fair

Imej
Ahad lepas (14/03/2010) merupakan hari terakhir untuk Islamic Book Fair (IBF), Jakarta. Alhamdulillah berjaya juga untuk ke sana. Sebelum ini, niat di hati memang ngin pergi, tapi memikirkan bajet untuk membeli buku tiada, terpaksalah melupakan sekejap. Kebetulan pada hari tersebut juga terdapat tausyiah Aa Gym di Masjid Istiqlal, jadi singgah sebentar disana. Tiba agak lewat sedikit, Aa Gym dah sampai ke point ke empat rasanya ketika itu yakni ikhlas kepada Allah. Penyampaian Aa Gym lebih kepada Ilmu Tasawwuf, yang disampaikan memang mudah didengar tapi untuk mengamalkan, sangat payah. Teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus (pendakwah bebas berasal dari Terengganu) yang menyebut dalam salah satu kuliahnya bahawa Ilmu Tasawwuf ni untuk disampaikan amat mudah, tapi untuk diamalkan sangat payah. Berbanding dengan Ilmu Fiqh yang perbahasannya agak panjang, tetapi untuk mengamalkannya lebih mudah. Seusai solat zohor dan makan, kami (saya, Abang Akmal dan Azrin) bertolak ke Istora Senayan, te

Dalam Otakku (In My Mind)

Imej
Gambar Hiasan Dalam minda ni selalu bermain dengan pelbagai cadangan dan rancangan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manfaat. Tapi kebanyakannya tak dapat dibuat. Tak apalah. Saya cuba keluarkan apa yang pernah terlintas di fikiran. Program Mahasiswa Peduli: Children Of The World Sewaktu pulang dari berenang di Patra, ternampak sekumpulan kanak-kanak lengkap ber jersey seragam dan kasut sukan sedang berlatih bermain futsal. Terdapat jurulatih yang mengawalnya. Ketika itu, saya terfikir; "Gembiranya diorang lengkap pakaian sukan, dapat main bersama ditempat khas futsal. Kalau anak-anak yatim dapat ni mesti diorang gembira". Dari situ terbit aktiviti-aktiviti yang nak dijalankan. Saya mula juga bertanya pada sahabat-sahabat termasuklah di Malaysia. Terima kasih kerana sudi memberi pertolongan. Gambaran mengenai apa yang ingin saya lakukan adalah anak-anak yatim dari beberapa Panti Asuhan dikumpul untuk program satu hari bersama mereka. Acaranya diadakan di stadium tertutup