Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Seorang Wanita India

Imej
Gambar hiasan “16E, 16E, 16E..” mulut terkumat kamit menghafal nombor tempat duduk dalam pesawat. Seperti biasa, saya jarang bertanya pada pramugara/i di mana tempat duduk saya. Entahlah, mungkin benar apa yang disebut dalam buku “Mars Vs Venus” bahawa lelaki lebih suka eksplorasi sendiri daripada bertanya. Sedangkan, pepatah Melayu menyebut, “malu bertanya, sesat jalan”. Sampailah ke tempat duduk saya, 16E. Saya ditempatkan ditengah-tengah, disebelah kiri, wanita India berusia 60-an dan di kanan saya, lelaki Cina, dalam lingkungan 40-an. Kebetulan semasa mula memasuki pesawat, saya mengambil akhbar Berita Harian. Saja mahu membelek-belek keadaan di tanah air melalui media pro-kerajaan. Ketika itu, isu Mat Sabu dan sejarah Malaysia masih lagi ‘panas’. Membelek-belek, sebentar saja dah tamat. Tiada apa yang menarik. Tiba-tiba wanita sebelah kiri menyapa, “you are Malay?”. Saya mengangguk. Agak pelik, takkan wanita India ni tak tahu saya berbangsa Melayu

Ultah 22

Imej
Gambar hiasan Hari ini, jika dilihat kalender Masihi, genaplah usia saya ke 22. Sedangkan, jika dilihat kalender Hijriah, tarikh lahir saya jatuh pada 24 Safar 1410 H. Bermakna, sudah lapan bulan saya menginjak usia ke-22. Budaya Ultah Setempat Jika di Indonesia, mereka sering mengucapkan selamat hari lahir sebagai, "Met Ultah". Ini merupakan bahasa gaul (bahasa pasar) bagi Indonesia, khususnya Jakarta. "Met" berasal dari perkataan- selamat, manakala "Ultah" adalah singkatan bagi- ulang tahun. Dan, tradisi bagi Indonesia, orang yang menyambut tarikh lahir perlu membelanja rakan-rakan yang lain. Agak berlawanan dengan di Malaysia, iaitu orang yang menyambut hari lahirlah sepatutnya dibelanja. Kerana itu, pada tahun pertama, sering terdengar rakan-rakan Indonesia menyembut, "Traktir donk!". Traktir bermaksud belanja. Jadi mereka meminta kita membelanja, dalam nada bersahabat. Apa pentingnya ulang tahun? Bagi saya, ulang tahun tidak leb

Islam Versi Authoritarianisme

Oleh: Ustaz Mazlee Malik Baru-baru ini saya sempat berbicara dengan beberapa siswa pra-siswazah dari Timur Tengah. Mereka membawa satu persoalan yang mempunyai nada yang seirama tetapi tidak sama. Iaitu masalah khilaf di kalangan pendokong gerakan Islam. Seorang mengadu bahawa kewujudan kumpulan yang beliau anggotai tidak diiktiraf oleh kumpulan lain yang lebih besar dan lebih dominan. Walaupun kedua-dua kumpulan, dan beberapa kumpulan lain turut membawa visi dan misi yang sama, namun ianya tidak diterima oleh kumpulan besar tersebut. Bagi kumpulan yang besar itu, mereka ibarat Khilafah, jamaah yang utama,wajib ditaati, dan barangsiapa yang tidak bersetuju dan tidak bersama mereka, golongan itu adalah pelaku maksiat dan terkeluar dari jamaah kaum Muslimin. Pemikiran pra-sejarah yang purba ini masih hidup lagi rupanya. Saya menduga pemikiran primitif ini sudah terhapus sepertimana pemikiran feudal Eropah telah terhumban jauh dari kotak pemikiran warga Europa selepas Revolus

Blog-mini #3

"Apa maksud khalifash?" Saya sendiri masih belum pasti apa maksudnya. Adakah perkataan khalifah yang tersalah taip? Atau mempunyai maksud lain? Yang pasti, dah lama digunakan khalifash ini dalam portal komuniti seperti iluvislam, halaqah, ukhuwah dan lain-lain. Dulu agak gemar membaca forum-forum diskusi. Dan, blog ni akan ditukar alamatnya. Mungkin farid-ramli.blogspot.com. Tunggulah esok lusa. :)

Lebaran 1432H

Imej
Dari kiri: Saya, Ayah, Abang Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H. Kullu 'aam wa antum bil khair.. Alhamdulillah dapat beraya di Malaysia, atau spesifiknya, di Kampung Salor, Kota Bharu. Sekarang sudah 5 Syawal 1432H. Kelmarin, selamat tiba di Putrajaya. Pulang dari kampung lebih awal tahun ini kerana adik akan menjalani ujian percubaan SPM Isnin ini. Ada kurang lebih 8 hari lagi sebelum perlu pulang ke Jakarta dan bermulanya semester baru pengajian. Sebelum pulang tempoh hari, ada seorang ibu menghantar email bertanya khabar dan mengatakan anaknya berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di salah sebuah IPTS Malaysia. Alhamdulillah. Sebenarnya, sebelum itu beliau ada bertanya pendapat mengenai jurusan Perubatan dan Universiti di Indonesia. Saya memberi pendapat sekadar yang saya mampu. Kalaulah anaknya tahu, bertapa ibunya sangat ambil berat tentang pendidikannya... Jadi, hargailah mereka. Kata sahabat, sementara masih cuti dan ki