Lebaran 1432H
![]() |
Dari kiri: Saya, Ayah, Abang |
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H.
Kullu 'aam wa antum bil khair..
Alhamdulillah dapat beraya di Malaysia, atau spesifiknya, di Kampung Salor, Kota Bharu.
Sekarang sudah 5 Syawal 1432H.
Kelmarin, selamat tiba di Putrajaya. Pulang dari kampung lebih awal tahun ini kerana adik akan menjalani ujian percubaan SPM Isnin ini.
Ada kurang lebih 8 hari lagi sebelum perlu pulang ke Jakarta dan bermulanya semester baru pengajian.
Sebelum pulang tempoh hari, ada seorang ibu menghantar email bertanya khabar dan mengatakan anaknya berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di salah sebuah IPTS Malaysia. Alhamdulillah. Sebenarnya, sebelum itu beliau ada bertanya pendapat mengenai jurusan Perubatan dan Universiti di Indonesia. Saya memberi pendapat sekadar yang saya mampu.
Kalaulah anaknya tahu, bertapa ibunya sangat ambil berat tentang pendidikannya...
Jadi, hargailah mereka.
Kata sahabat, sementara masih cuti dan kita jarang pulang ke Malaysia, "infaqkanlah diri pada keluarga.."
Selamat Hari Raya kembali. Jemputlah hadir ke rumah.
Untuk sambutan kemerdekaan, hangat di Malaysia dengan sebuah isu. Pendapat saya? Rujuk kembali artikel saya yang ini, Mencipta Sejarah yang Sempurna
Ulasan