Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Permai 2010: Bandung

Imej
“Islam dan Muslim : Dulu, Kini dan Masa Depan” Hampir seminggu Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia (PERMAI) berlalu. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang PERMAI ’10 ini, eloklah saya memohon maaf terlebih dahulu kepada Saudara Zulhazwan (Awang) dan juga seluruh Ahli Jawatankuasa PERMAI ’10 kerana keterlambatan kami menghantar penyertaan. Kami telahpun menyiapkan peserta, tetapi Majlis Tertinggi PKPMI-CJ meminta di ‘ hold ’ kan penghantaran senarai penuh nama peserta. Akhirnya, tidak ramai yang dapat hadir sedangkan terdapat hampir 30 orang muslimat lagi yang bersedia untuk hadir. Perspektif Menjadi Mukmin yang Efektif Kebanyakan peserta dari Jakarta tiba pada malam Jumaat (22 Januari 2010) dan kami sempat menghadiri sedikit sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikelolakan oleh muslimin dari Islamic Malaysian Association (IMAN) . Tertarik saya akan keakraban dan potensi yang wujud pada mereka. PERMAI ’10 kali ini mengambil pendekatan untuk membincangkan 6 Pespektif yan

Elaun Naik

Imej
Amaran: Ini hanya pendapat peribadi, dinilai hanya pada diri sendiri, suatu asumsi kasar yang banyak salah dan insya Allah ada betulnya. Pendapat ini juga sangat kontra dari kebanyakan rakan-rakan di Jakarta khususnya. Pada hari pertama saya melibatkan diri dalam PKPMI-CJ, iaitu sesudah pemilihan pimpinan bagi sesi baru, antara hal yang turut pesan oleh saudara Nabieh adalah meneruskan tuntutan kenaikan elaun. Sejak dari itu, apabila ada menteri yang datang, mesti hal kenaikan elaun yang disebut. Terus kepada isu utama: Elaun Sara Hidup perlu dinaikkan? "Tak cukup la Rm 1000 je sebulan. Nak makan lagi, beli buku lagi, bayar internet, sewa rumah, bibik, banyak la. Dah la currency rate sekarang rendah." Ni salah satu contoh keluhan yang saya reka sendiri dan cuba menyimpulkan antara kebanyakan keluhan yang sering didengar. Bagi pelajar di Jakarta, kebiasaan Elaun Sara Hidup yang kami dapat dalam sebulan adalah antara Rp 2.6 juta hingga Rp 3 juta. Saya cuba menghitung secara ka

Tentang Mek

Imej
“Allah, Yah kelik dop royakpun deh,” Mek menyambut kedatangan kami dengan wajah kehairanan. “Meme nok kelik? Ke singgoh smetta jah?” inkuirinya Mek tak reda lagi. Pelik. Mungkin itulah yang dirasakan Mek. Jika sebelum ini, Mama pasti maklumkan terlebih dahulu mahu pulang ke kampung. Tapi kali ini, Mama kata tak mahu bagitahu. Sebabnya, kalau dapat tahu kami nak pulang, sibuk dia duk berkemas dan menunggu kami tiba. Kalau kami sampai lewat malam, sanggup dia tak tidur. Dah la keadaan kesihatan Mek yang sering lelah kebelakangan ni. Mek sebenarnya adalah mak saudara saya. Kami panggilnya Mek, walaupun kebiasaan panggilan Mek merujuk kepada nenek. Entahlah kenapa. Tapi usianyapun tak jauh berbeza dengan usia nenek sebelah ayah. Itu kisah dahulu. Kepulangan saya untuk menyambut kedatangan Syawal tempoh hari barulah saya tahu Mek sudahpun terlantar akibat strok. Wajahnya tak bermaya. Hanya kadang-kadang bisikan suaranya sahaja kedengaran. Sebelah dari tubuhnya tidak dapat berfungsi. “Acik d