Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Proses menuntut ilmu

Ibnu Qayyim al-Jawziyyah rahimahullah menegaskan di dalam Miftaah Dar al-Sa’aadah, bahawa proses menuntut ilmu itu terbina daripada enam peringkat: Bertanya soalan dengan adab yang baik Diam dan mendengar dengan penuh tumpuan Memahami ilmu yang diajar dengan baik Mengingati apa yang diajar (menghafal) Mengajar apa yang telah dipelajari Mengamalkan apa yang telah dipelajari

Aku Kata Aku

Imej
"Aku ni kaya ke?" "Apa yang aku ada? DSLR, handphone, laptop, duit elaun, pakaian.. Itu je." "Tu boleh dikira kaya ke?" "Kalau macam tu, ramai la orang dikira kaya." "Nampak sangat aku tak kaya." "Benda yang ada nipun bukan duit aku cari sendiri." "Ada yang parents bagi.." "Ada yang JPA bagi.." "Tapi, sah-sah la aku kena khidmat untuk dia (kerajaan) balik." "Dah tu, apa je yang betul-betul aku ada?" "Takda apa-apapun." "Laaaa.. Aku takda apa-apapun sebenarnya." "Dengan nikmat yang sikit nipun aku tak mampu bersyukur." "Asik nak berharap nikmat bertambah lagi." "Nak beli lens.." "Nak beli iPad.." "Nak beli tu.. Nak beli ni.." "Tak puas betul." "Padahal nikmat yang sikit nipun aku dah susah bersyukur." "Bertambah nikmat, haruslah bertambah syukur."