Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Blog-mini

Filem

Imej
Filem. Banyak idea bawah sadar yang mereka sampaikan. Menjadikan cara fikir dan nilai yang mereka fahami itu meresap dalam fikiran penonton. Filem bagi kita sepele. Bagi mereka, ada satu mesej yang ingin disampaikan. Plot hanya pakaian. Dan mereka bijak dalam menata pakaian yang cantik. Sekarang ini tidak aneh wujud sahabat/teman kita yang fikirannya sangat "terbuka". Idea kritis "kenapa perlu beragama" bukan lagi taboo. Malah mencabar dan mencaci konsep ketuhanan juga mudah. Paling malang, nilai-nilai dalam neraca kehidupan juga mulai senget. Aku mencari celah mana yang mereka lewati membuatkan "kita" seperti hari ini. Yang aku temui internet dan satu lagi, bernama filem. Membebel mengupas hikmah filem dan memandu pola fikir anak mungkin sangat perlu. Supaya kita tahu apa yang mereka mengerti, sebelum ianya sebati, membentuk pegangan jati diri.

Blog-mini #3

"Apa maksud khalifash?" Saya sendiri masih belum pasti apa maksudnya. Adakah perkataan khalifah yang tersalah taip? Atau mempunyai maksud lain? Yang pasti, dah lama digunakan khalifash ini dalam portal komuniti seperti iluvislam, halaqah, ukhuwah dan lain-lain. Dulu agak gemar membaca forum-forum diskusi. Dan, blog ni akan ditukar alamatnya. Mungkin farid-ramli.blogspot.com. Tunggulah esok lusa. :)

Blog-mini #2

"Selesai satu ujian integrasi. Tinggal satu lagi esok. Man jadda wa jada wa man zar'a hasoda. Insha Allah. Saya dikhabarkan ada angkatan 2011 Ukrida Malaysia seramai lebih kurang 13 orang (lelaki 3, perempuan 10). Mereka akan tiba selepas Lebaran. Jadi buat bakal-bakal junior, kalau nak bertanya silakan. Boleh emailkan di faridramli@yahoo.com. Kalau nak jumpa di Malaysia nantipun boleh. Saya berada di Malaysia tanggal 24 Ogos ini." Blog-mini ni dibuat konon-konon untuk update status ala-ala facebook sebenarnya. Facebook dah hilang. :)

Blog-mini #1

"Jika kau perjuangkan Islam hanya dengan isu, apabila isu berlalu Islampun kau biarkan berlalu. Dasar sang pahat politik. Tukul kau hanya persepsi."