Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Keluarga dan organisasi

Imej
"Abang, buku tu macam best je," kata seorang wanita pada teman lelakinya. Lelaki didepan saya, lantas mengambil buku tersebut. Buku yang ditunjuknya adalah buku perkahwinan. Memang kebiasaan bagi sudut bahan bacaan agama, pasangan-pasangan memilih untuk mencari buku berkaitan perkahwinan. Adakalanya, ada yang agak malu-malu untuk memilih. Perhati sekeliling, baru cuba membaca. Tak apalah. Sekurang-kurangnya ada ilmu agama yang mereka dapat dalam impian rumah tangga. Walaupun kadang kala bagi saya, agak terburu-buru bagi pasangan yang ingin berumah tangga untuk terus menelaah bacaan-bacaan menjurus skop perkahwinan sahaja. Kerana, disebalik kehidupan berorganisasi (baca: berkeluarga), pastinya ada tujuan, visi dan misi, peran-peran yang dimainkan, tanggungjawab sesama ahli serta garis-garis panduan. Segala itulah yang perlu jelas. Bukan secara sambil lewa dengan memikirkan membina tapi tidak mengukuhkan. Risau, lama-lama ianya roboh. Oleh itu dibalik tabirnya, ilmu asaslah yan

Intermeso

Imej
Mencuba untuk buat iklan. Tapi tak reti. Banyak lagi perlu belajar.

Mesyuarat

Imej
Bagi pelajar-pelajar sekitar Jakarta, pasti ramai yang tahu mengenai wujudnya program yang dinamakan sebagai Mesyuarat Ahli PKPMI Cawangan Jakarta. Ya, program yang berlangsung pada hari Ahad dan Alhamdulillah selesai dilaksanakan. Sebenarnya, sebelum ini saya bercadang untuk mengeluarkan artikel lain terlebih dahulu, tapi terpaksa ditangguhkan kerana seakan-akan mencerminkan konotasi negatif pada mesyuarat tersebut, sedangkan artikel dirancang sebelum mesyuarat lagi. Malam semalam, Sabtu (17/10/2008), saya diminta untuk menghadiri mesyuarat Indonesian Malaysian Student Association (IMSA) atas nama PKPMI Jakarta. Dan sebelum itu pula, saya diminta untuk ikut serta untuk meraikan Majlis Wisuda sahabat kami dari Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah. Wisuda bererti konvokesyen ataupun majlis graduasi. Cumanya, saya tidak menghadiri Wisuda tersebut atas alasan penat dan ingin tidur =). Tapi tetap ada wakil yang dihantar. Selesai sahaja aktiviti pada hari Sabtu tersebut, saya

Jangan kita lupa

Imej
"Tuan-tuan, kami nak menghidupkan kembali sunnah!" Kata seseorang. "Daulah khilafah perlu kita dirikan! Kita tiada amir yang memipin kita! Umat Islam perlu bersatu." Seorang lagi bersuara. "Kami perlukan tajdid minda. Umat perlu dibebaskan segala bida'ah, khurafat, syiah, khawarij dan lain-lain unsur selain Islam!" Tambah satu lagi suara. Bagi yang mengetahui, pasti anda pernah dengar biarpun tidak persis tapi hampir kepada untaian kata-kata ini. Sehingga timbul persoalan, kita perlu pilih jemaah yang mana? Sewaktu di matrikulasi, saya sering lihat, mereka yang ber-usrah tidak menyertai bayan maghrib dan khuruj. Begitu juga dengan tahun selepas saya, apabila ada sahabat yang memberitahu sedemikian. Saya kabur sebenarnya. Tidaklah bijak menentukan mana-mana jemaah. Malah saya sangat terlalu dhaif untuk menyentuh akan hal ini. Tapi, jika anda jemput untuk saya menyertai rehlah atau ta'lim dan lain-lain, insya Allah akan saya ikuti. Biarlah dari jema

Perihal berita

Imej
Kelmarin baru sahaja keluarkan pos t baru, dan hari ini tergerak untuk menulis kembali. Apabila melihat laman-laman web khususnya blog, pelbagai berita yang keluar. Tapi kebanyakan dari sumber yang tak diketahui. Hanya dengar orang kata, ambil dari media tertier dan kutip 'salin-tampal' dari mana-mana forum. Terutama dalam hal-hal membabitkan politik. Entah dari mana mereka kutip. Sampai ada yang yang mencaci maki ulama' kerana fahaman politik berbeza. Saya tak nafikan saya sangat gemar akan peribadi Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, tapi bukanlah kerana itu saya bersifat bias. Dan juga, saya meminatinya bukan kerana unsur politik semata-mata. Tapi apabila melihat ada tangan-tangan cabul menulis tanpa unsur periksa, mengambil petikan akhbar-akhbar sekular, lantas menghina dengan ikut rasa dan nafsu celaka. Lain dari itu, mengenai isu dua negara tak berkesudahan. Kerana apa? Baru sahaja seorang sahabat bertanya kepada ustaz akan keadaan ini*. Dua negara majoriti Islam tapi tak da

Gempa di Padang

Imej
Petang Rabu (30/09/2009) kelmarin, seperti yang dah banyak ketahui, Bumi Nusantara bergegar lagi. Gempa bumi yang berpusat di Sumatera Barat menyebabkan banyak rumah dan bangunan yang rosak teruk. Pelajar Malaysia juga terlibat dalam kejadian itu. Saya hanya mengetahui Universitas Andalas sahaja disitu sebab dahulu sepatutnya saya dihantar ke sana. Tapi atas sebab-sebab tertentu, semua pelajar JPA lepasan matrikulasi dihantar ke Jakarta. Hasil ' google ', ada juga pelajar Malaysia yang menuntut di IAIN Imam Bonjol. IAIN bermaksud Institut Agama Islam Negeri dan bedanya dengan Universitas Islam Negeri (UIN) adalah kerana status universiti di Indonesia hanya diberi apabila mempunyai 5 fakulti. Berbalik kepada kejadian gempa bumi, secara ringkas saya sertakan kandungan sistem pesanan ringkas (sms) yang dihantar dari wakil PKPMI Pusat ataupun cawangan. Laporan terbaru: YDP Padang Fahim mengatakan semua pelajar dah dikumpulkan. Walaupun hampir semua rumah pelajar rosak alhamdulilla