Jangan kita lupa


"Tuan-tuan, kami nak menghidupkan kembali sunnah!" Kata seseorang.

"Daulah khilafah perlu kita dirikan! Kita tiada amir yang memipin kita! Umat Islam perlu bersatu." Seorang lagi bersuara.

"Kami perlukan tajdid minda. Umat perlu dibebaskan segala bida'ah, khurafat, syiah, khawarij dan lain-lain unsur selain Islam!" Tambah satu lagi suara.

Bagi yang mengetahui, pasti anda pernah dengar biarpun tidak persis tapi hampir kepada untaian kata-kata ini. Sehingga timbul persoalan, kita perlu pilih jemaah yang mana? Sewaktu di matrikulasi, saya sering lihat, mereka yang ber-usrah tidak menyertai bayan maghrib dan khuruj. Begitu juga dengan tahun selepas saya, apabila ada sahabat yang memberitahu sedemikian.

Saya kabur sebenarnya. Tidaklah bijak menentukan mana-mana jemaah. Malah saya sangat terlalu dhaif untuk menyentuh akan hal ini. Tapi, jika anda jemput untuk saya menyertai rehlah atau ta'lim dan lain-lain, insya Allah akan saya ikuti. Biarlah dari jemaah mana sekalipun.

Disebalik itu, mereka yang bijak berkata-kata, sirna tika 'assolatu khairum-minannaum' dikumandangkan.

Jadi akhirnya saya setuju. Kita bicara soal istiqamah dalam berjemaah solat subuh di masjid terlebih dahulu sebelum berbincang mengenai hal-hal lain.

Buat peringatan bagi diri ini yang sering lupa.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam ziarah saudara farid...
ini adalah pandangan dari saya...
tatkala anda kabur, ''carilah kebenaran, nescaya kau kenal siapa pendukungnya''(kata2 sahabat Rasulullah yaitu dari Ali r.a)

kebenaran itu tidak lihat pada siapa yang berbicara , tp apa yang dibicarakan dan disampaikan...

jika kt telusuri jalan kebenaran, maka kt akan kenal siapa yang memperjuangkannya.

tp jika kita set dalam mind kita, org ni ustaz/ustazah pasti benar, org ni tak de latar belakang agama confirm salah, maka sampai bila pun kita tak akan tahu kebenaran.

kebenaran itu berdiri sendiri tanpa menyandarkan diri pada sesiapa.
kitalah yg perlu menyandarkan diri pada kebenaran.

maka islam mengajar org supaya menilai hujjah, bukan orang...

tatkala diri terasa kabur, carilah kebenaran itu berdasarkan dari sumber yg benar...

dlm agama ini yang paling benar bukanlah terletak pada ulama' mana yang kita ikut, mazhab mana yang kita pilih maupun pada organisasi mana yang kt anggotai, tetapi pada sejauh mana sesuatu itu menepati pada apa yang Allah dan Rasul ajarkan pada umat Islam...
semua akn mengatakn bhw dia lah yg paling benar....tp ketahuilah...kebenaran yg hakiki hnya dr Allah n RasulNya

mohonlah petunjuk dr Allah...krn org yg benar2 ikhlas dlm mencari kebenaran...pasti akn diberi petunjuk olehNya...

'dan mereka yang bersungguh di jalan KAMI maka KAMI pasti akan beri petunjuk di jalan KAMI, dan sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yang berbuat ihsan.'(Surah al-Ankabut,29:69)

wallahu'alam...
Tanpa Nama berkata…
‘ Maka demi Tuhanmu, mereka tidak akan beriman sebelum mereka menjadikan engkau
(Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, (kemudian)
TIDAK ADA RASA KEBERATAN DALAM HATI MEREKA TERHADAP
KEPUTUSAN YANG ENGKAU BERIKAN, dan mereka beriman dengan sepenuhnya’
(Surah An-Nisa’, 4:65)
farid ramli berkata…
Terima kasih atas nasihat. Artikel ni bukan dari saya 100%, ada yang saya ambil dari blog- lobai tampin (terutama bab idea solat subuh).

Dan tujuan saya buat ni artikel ni kerana diajak berdebat tentang jemaah Pas. Isu membuka kebenaran untuk orang bukan Islam, isu hukum hudud, dan banyak lagi. Sedangkan saya bukan org Pas.

Sekali lagi terima kasih atas ziarah.

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Lagok bodo tapi bersengat

Mereka yang dari pintu ke pintu