Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Ulah Saudara

Imej
Jiwa anak kecil di timur Gaza kembali gundah. Anak kecil itu tidak mengerti. Ramadhan yang menghembus hanya menghauskan jiwanya. Jiwa yang sentiasa mengimpikan pembebasan. Kelmarin tanggal 21 Agustus bagai tidak bernyawa di benak ingatan saudara-saudaranya. Telahpun genap 40 tahun berlalu, sipi kemarahan yang lahir dari orang tuanya bertaut pada hatinya. Mungkin dia lebih mengerti dari saudaranya yang sudah berpangkat, hidup bahagia namun perbalahan tujuannya. Al-Aqsa dibakar Yahudi Laknatullah!! Ingatkah saudaraku di Indonesia dan Malaysia? Ingatkah kalian?! Saudaraku, diantara perkhabaran ulahnya Malaysia dan Ganyangnya Indonesia, terhimpit dilema anak-anak Palestina. Dalam jaga dipagi hari, fikirannya menanggapi saudaranya dari negara yang di gelar negara Islam itu dan negara yang penduduknya paling ramai Islam itu...pasti akan menolong mereka! Namun apa yang terjadi hakikatnya? Rakyat Indonesia memburukkan Malaysia dan begitulah sebaliknya. Untuk apa? Kalian, kita singkapi hadith

Dirgahayu Malaysia #1

Imej
#1 Bebaskan diri dari pola pemikiran dan propaganda barat. Salah satunya, kaum kuffar begitu gembira apabila generasi muda jauh dari Rumah Allah (Masjid/Surau) dan Majlis Ilmu. Mereka hidangkan pula dgn pawagam, konsert, rancangan televisyen dan lain-lain. Kita generasi muda. Pilihlah untuk ikut telunjuk barat atau tidak. Merdeka bukan retorik.

Bayi dan Iman

Imej
Seorang bayi enak dalam buaiannya. Kerana, dirinya masih lagi digelar bayi dalam kandungan. Dikelilingi alam rahim, segalanya indah. Untuk makan, telah al-Khaliq sediakan. Untuk bernafas, jua telah disediakan. Cairan yang membuainya, sungguh selesa. Hingga sang bayi tertanya-tanya. “Kenapa aku berkaki dan tangan? Aku lebih selesa andai tidak berkaki dan tangan.” Dia masih lagi bingung. Diciptakan alam yang indah baginya, pastinya lebih indah jika anggota pada kiri dan kanannya tidak mengganggu. Lantas diapun berdoa. “Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Engkau hapuskanlah kaki dan tangan. Pastinya aku lebih bahagia tanpa keduanya itu.” Dengan izin Allah, dikurniakan permohonannya. Kini tibalah masa dia menempuh alam yang baru. Alam rahim ditinggalkan dan menuju kea lam dunia. Sampai-sampai didunia. Bayi tergamam. “Ya Allah. Manusia lebih mudah bertangan dan kaki. Segalanya pasti sukar untuk aku hidup dialam ini tanpa keduanya.” Namun dia sedar. Apa yang telah dipohonnya dialam rahim tidak bisa

Promosi : Halaqah Jakarta

Imej
Blog Halaqah Jakarta kelolan Biro Agama UMSA dan PKPMI Ini hanya sebagai promosi ringkas. Selain blog ini, saya terlibat dalam blog Halaqah Jakarta secara tidak langsung. Sebagai ahli biasa sahaja. Jemputlah ziarah ke blog Halaqah Jakarta yer. Moga kita beroleh manfaat bersama. Tujuan blog inipun lebih tertumpu kepada rakan-rakan di Ukrida secara khususnya dan Jakarta amnya. Jika ada artikel dan pandangan nak dikongsikan, silakan. Kami sangat mengalu-alukan.

Kongres PKPMI Ke-36

Imej
Alhamdulillah. Hari Sabtu, Ahad dan Isnin yang lepas selesai menghadiri Kongres Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) yang di adakan di Hotel Park Lane, Jakarta. Sedikit catatan ringkas berkaitan kongres. Kongres ini diadakan secara tahunan dan pada tahun 2009, ia diadakan sedikit terlewat disebabkan beberapa hambatan. Daripada masalah kekurangan sumber kewangan hinggalah masalah internal yang lain. Pada hari pertama, diadakan perasmian seterusnya pindaan perlembagaan. Mungkin pada sesi pindaan terdapat banyak kecelaruan berlaku. Dari segi pemahaman mengenai pindaan yang dibenarkan, kekangan masa dan terdapat ahli kongres yang baru mengetahui wujudnya perlembagaan ini. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada Majlis Tertinggi PKPMI Pusat yang dapat menyelianya dengan baik. Ahad pula diisi dengan pembentangan laporan, perletakan jawatan Majlis Tertinggi PKPMI Pusat sesi 2008/2009, pemilihan pimpinan PKPMI sesi 2009/2010 dan pembentangan usul. Semuanya berjalan

Mati

Imej
Sampailah waktu ajalkan datang Malaikat maut segera menjelang Dicabut nyawa tiada terbilang Sakit terasa bukan kepalang Mati itu terlalu sakit Di dalam kubur terlalu sempit Ular dan kala datang menggigit Papan dan bumi pula menghimpit Masuklah mayat ke dalam bumi Munkar dan Nakir tanyakan diri Tiada terjawab amalan sendiri Dipukul malaikat ke dasar bumi Setelah di kubur baru menyesal Teringat diri membuat dosa Teringat diri tiada beramal Tak mungkin lagi pulang ke dunia Mati itu terlalu lazat Bagi syuhada' di medan jihad Olehlah itu wahai sahabat Iman di dada perlu ditingkat Munsyid : The Zikr Lagu : Mati