Bayi dan Iman



Seorang bayi enak dalam buaiannya. Kerana, dirinya masih lagi digelar bayi dalam kandungan. Dikelilingi alam rahim, segalanya indah. Untuk makan, telah al-Khaliq sediakan. Untuk bernafas, jua telah disediakan. Cairan yang membuainya, sungguh selesa. Hingga sang bayi tertanya-tanya.

“Kenapa aku berkaki dan tangan? Aku lebih selesa andai tidak berkaki dan tangan.”

Dia masih lagi bingung. Diciptakan alam yang indah baginya, pastinya lebih indah jika anggota pada kiri dan kanannya tidak mengganggu. Lantas diapun berdoa.

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Engkau hapuskanlah kaki dan tangan. Pastinya aku lebih bahagia tanpa keduanya itu.”

Dengan izin Allah, dikurniakan permohonannya.

Kini tibalah masa dia menempuh alam yang baru. Alam rahim ditinggalkan dan menuju kea lam dunia. Sampai-sampai didunia. Bayi tergamam.

“Ya Allah. Manusia lebih mudah bertangan dan kaki. Segalanya pasti sukar untuk aku hidup dialam ini tanpa keduanya.”

Namun dia sedar. Apa yang telah dipohonnya dialam rahim tidak bisa ditukar ganti. Membesarlah sang bayi dalam kesedihan. Nikmat tangan dan nikmat kaki telah dicabut. Kini tiada gunanya merintih.

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian.

Lihatlah pada diri kita pada hari ini. Pantulkan bayangan sang bayi tadi agar kita berhikmah. Banyak nikmat yang Allah kurniakan pastinya kita tidak sedar akan kepentingannya. Nikmat iman dan Islam yang untuk disebut dalam kata-kata pasti sukar untuk dibayangkan.

Didunia ini, Alhamdulillah kita dilahirkan Islam. Dikurniakan nikmat iman dan Islam. Apakah pantas untuk kita membiarkan ianya pergi? Mahukah iman yang kita nikmati ini ditarik kembali?

Kerana nikmat-nikmat tersebut hanya pasti terasa apabila kita beralih kealam seterusnya. Di yaumil masyhar, kita diadili dengan seadil-adilnya. Dan disitulah “iman” akan bersuara. Iman yang teguh akan membela kita. Namun apabila tiada “iman”, siapakah yang akan membela? Ketika itu tiada apa yang dapat ditukar ganti.

Oleh itu, dengan nikmat iman dan Islam karunia Allah SWT ini, marilah kita sentiasa suburkan dengan ketaqwaan. Tingkatkanlah ia setiap masa. Insya Allah diakhirat sana pasti beroleh bahagia.

“Dunia ibarat ladang tanaman, dan akhiratlah musim menuainya”

Wallahu ‘alam

Ulasan

airkosong berkata…
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"[QS 55]

[Namun apabila tiada “iman”, siapakah yang akan membela?]

benar..nikmat islam dan iman ini lah yang paling besar yg kita dapat..smoga kita termasuk dalam kalangan hamba yg sentiasa mensyukuri sgala nikmat yg dikurniakn..smoga kita sesama muslim saling mengingatkn antra 1=lain..

wallahua'lam..
wassalam..
farid ramli berkata…
Teima kasih air kosong.

Insya Allah.

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum