Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Perspektif

Tiga orang kanak-kanak rancak berborak. Ligat bercerita, bergurau senda. Khatib sedang berkhutbah. Hal bencana alam diulang-ulang. Ibrahnya bukan sekadar musibah, tetapi ianya sebuah ujian. Anak-anak tersebut masih tetap dengan aktiviti mereka. Orang sekeliling melihat. Perspektif orang yang melihat pasti berbeza. Seorang Pakcik, matanya membulat, reaksi marah pada anak-anak tadi. Seorang Pemuda, tersenyum pada anak-anak tadi. Dalam hatinya terdetik, "akupun begitu dahulu." Seorang Pemuda lain, melihat tapi mengalihkan pandangannya pada khatib. Tiada apa yang mahu dihiraukan pada tiga anak tersebut. Tiba-tiba, seorang Pakcik lain datang dan dipulas telinga kanak-kanak tadi. Padanya, ajar anak perlulah begitu. Setiap kita melihat hal yang sama. Sudut kita berbeza. Suasana kita berbeza. Perspektif kita berbeza. Diatas perbezaan, kita wujudkan persamaan.

Bahasa

Bahasa. Suatu ketika dahulu, isu penggunaan "bahasa rojak" pernah hangat diketengahkan. Ini kerana melalui sebuah kajian, kebanyakan masyarakat Malaysia memilih untuk menggunakan bahasa rojak kerana MALU. Malu jika tiada penggunaan bahasa Inggeris dalam fasih lidahnya. Bahasa Inggeris telah mendunia. "Tak campur, kau ketinggalan!" Begitu juga apabila ditimbulkan kebanyakan Menteri Malaysia juga sering menggunakan bahasa rojak. Mereka negarawan, tapi turut terikut akan budaya tersebut. Tetapi, saya pernah mendengar kata-kata seorang ahli akademik, bahawa yang merosakkan bahasa paling utama adalah 'slanga'. Tiada apa yang saya rumuskan. Hanya terfikir, lalu saya menulis.

Qalbu

Imej
Lama sangat tak kemaskini. Blog ni dah umpama hidup segan mati tak mau. Saya sedang menghadapi penyakit qalbu sekarang ini. Ya, penyakit qalbu! Seperti yang pernah dibahas oleh Dr MAZA dalam artikel di blognya, penggunaan hati pada istilah qalbu adalah kurang tepat. Penggunaan yang lebih tepat adalah jantung ataupun jantung-hati. Terdapat dua jantung, satunya dari segi fizikal dan satunya dari segi spiritual. Kedua-duanya mempunyai peran yang berbeza. Sama ada penyakit jantung fizikal, dan penyakit jantung spiritual, mana satu yang lebih bahaya? Boleh jadi, orang yang sihat fisiologis jantung fizikal, tapi rosak dalam jantung spiritualnya. Begitulah juga sebaliknya. Boleh rujuk 2 artikel Dr Maza mengenai jantung ini; 1. Jantung Bukan Hati 2. Antara Dua Jantung Insya Allah esok, saya akan menghadapi peperiksaan Integrasi 2 berkaitan penyakit jantung (qalbu). Sekarang sedang di blok Sistem Kardivaskular 2, membahaskan patologis (kelainan/penyakit) yang terjadi pada jantung ataupun pembul

Lagok bodo tapi bersengat

Imej
Tabik sikik bjale pengasuh Kalau banyok blari Arok tibo menuju Ai di pade luah sejano.. Pade.. Che wea.. Rindu menikam dek cinta sita Hilang bekas hilang sisa amarah Bongkar akar bongkar mimpi suralaya Datang bingung berpaulan diambang yuda Ajak menung bawah panji wilmana Apa hikmah tersemat di balik perintah! Temu hulu hilir menyusur Adat hidup temukan mati Jangan tuan duk nengung sugul (terus masygul) Adat wira haruh tehe uji Dan kalau begitu aku berjanji Hadapan teman ku yang berperkerti tinggi Titian takdir seruncing manapun ku seberangi Di mulut naga gemala sakti terkunci Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti Langge dogo langge keramat Bisik-bisik dale kelambu Lagok bodo tapi bersengat Bele ngelok (sambil elak) dia main siku Riwayat bermula dari dahulu Pandang belakang tersangatlah jauh Perlu menyilang irama dengan lagu Kapal belayar usah dilabuhkan sauh ! Asal debu pasti pulang ke debu Dari tegap bertimbuh baik rebah merempuh Bersambunglah litar (petir) dentung dente Hujan tak tu