Perspektif

Tiga orang kanak-kanak rancak berborak. Ligat bercerita, bergurau senda. Khatib sedang berkhutbah. Hal bencana alam diulang-ulang. Ibrahnya bukan sekadar musibah, tetapi ianya sebuah ujian.

Anak-anak tersebut masih tetap dengan aktiviti mereka. Orang sekeliling melihat.

Perspektif orang yang melihat pasti berbeza.

Seorang Pakcik, matanya membulat, reaksi marah pada anak-anak tadi.

Seorang Pemuda, tersenyum pada anak-anak tadi. Dalam hatinya terdetik, "akupun begitu dahulu."

Seorang Pemuda lain, melihat tapi mengalihkan pandangannya pada khatib. Tiada apa yang mahu dihiraukan pada tiga anak tersebut.

Tiba-tiba, seorang Pakcik lain datang dan dipulas telinga kanak-kanak tadi. Padanya, ajar anak perlulah begitu.

Setiap kita melihat hal yang sama.
Sudut kita berbeza.
Suasana kita berbeza.
Perspektif kita berbeza.

Diatas perbezaan, kita wujudkan persamaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum