Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Ta'dib

Beberapa hari lepas ke kedai buku MPH. Terbaca sebuah buku yang kedudukannya agak tersorok. Buku tebal. Lupa judulnya. Yang saya ingat, ianya tribute untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas. Sebelum ini saya mengikuti serba sedikit mengenai pemikiran Al-Attas. Serba sedikit. Ataupun mungkin lebih benar, sangat sedikit. Namun, selepas melihat pengkagum beliau yang saya lihat sedikit taksub, saya mula kurang gemar apabila disebut nama Al-Attas. Bukan benci. Namun, bimbang apabila semua isu yang timbul, ia akan disebut, "..itulah yang Al-Attas pernah sebut dahulu.." Seakan, segala yang berlaku pernah disentuh oleh beliau. Hebat. Saya ambil buku dan lihat isi kandungannya. Tertarik dengan salah satu bab yang ditulis oleh salah seorang anak murid beliau (Al-Attas). Ianya mengenai sejarah penubuhan ISTAC dari segi gagasan asal pendirinya, Al-Attas sendiri. Keyword yang menarik adalah - Ta'dib. ISTAC ataupun secara am-nya, pendidikan, menurut Al-Attas haruslah diterje

Pilihan sebelum peluang

Ketika kita masih lapang, masih banyak waktu terluang, kita diberikan PILIHAN, sama ada duduk di rumah ataupun ikut serta dalam majlis-majlis ilmu. Sedangkan, ketika kita sibuk, kita tidak diberikan pilihan. Mengikuti majlis-majlis ilmu hanyalah apabila kita punyai PELUANG. Waktu sibuk dan lapang akan datang silih berganti. Sama ada ketika kita masa di semester pra-klinikal ataupun di semester klinikal. Sama ada ketika masih bergelar mahasiswa ataupun setelah berkerja. Sama ada ketika bujang ataupun sudah berkeluarga. Ada waktunya, kita sibuk. Dan, ada waktunya kita lapang. Ketika sibuk, musuh utama kita ada waktu yang sangat mencengkam serta memerlukan tenaga yang banyak. Sedangkan ketika sibuk, musuh utama kita adalah diri kita sendiri. Kita akan lebih suka bertangguh. Dialog, ".. ala nantikan boleh pergi lain masa.." akan muncul. Perlukan masa untuk diri sendiri, masa 'berehat' dan sebagainya. Oleh itu, dalam dua keadaan ini, Allah jadik

.

" ...kerna selamanya, emas takkan setara dengan loyang. Dan, sutera takkan sebangsa dengan benang.."