Pernah dengar mengenai jemaah tabligh? Artikel kali ni menyentuh sedikit mengenai pendekatan gerakan jemaah tabligh. Tertib dakwah mereka mudah tetapi sistematik. Bagi pergerakan dan pertubuhan dakwah lain, gerakan dakwah jemaah ini boleh dijadikan sebagai rujukan dalam menguruskan dan menjalankan tarbiyah sesama ahli. Sebagai permulaan, Jemaah Tabligh diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas Khandalawi di India. Jemaah tabligh berdakwah atas prinsip 6 perkara atau dikenali sebagai 6 sifat sahabat . Sifat-sifat tersebut adalah : Yakin terhadap kalimat Thoyyibah Laa ilaaha ilallah Muhammadur rasulullah. Shalat khusyu' dan khudu'. Ilmu ma'adz dzikr Ikramul Muslimin Tashihun Niyah /Ikhlas niat Dakwah dan tabligh khuruj fii sabiilillah Usaha jemaah tabligh ni merangkumi semua manusia tanpa mengira darjat, pangkat dan bangsa mahupun mazhab. Daripada CEO, pensyarah (dosen), doktor, guru, kerani, tukang kebun hingga la ke orang bisu. Malah pernah satu jemaah orang bisu dari Malaysia ...
"Kali ni kita tak pergi MPH pun kan?" kata puan isteri sambil tersenyum nakal. Tanpa sedar, ianya umpama idea untuk kami tetap mengunjungi kedai buku tersebut. Sengaja puan isteri menyebutnya kerana hampir tidak pernah kami ke Alamanda tanpa masuk ke kedai buku MPH. Bukan membeli sangatpun. Hanya sekadar mahu tahu buku-buku terkini. Dan, sambil-sambil membelek buku, pasti puan isteri bertanya kenapa saya sudah lama tidak menulis. Ada juga orang mahu saya terus menulis. Isteri sendiri jadi peminat, tak apalah. Saya tidak menulis kerana saya tidak membaca. Agak lama saya tidak membaca tulisan-tulisan yang panjang. Sama ada artikel, buku, novel mahupun buku perubatan. Dan seperti biasa, "masa" juga yang akan dipersalahkan. Bukanlah sebenarnya tiada masa. Tetapi malas menulis. Untuk menulis, perlu membaca. Untuk membaca perlu komitmen. Sedangkan status facebook yang panjang sikitpun saya skip , inikan pula tulisan-tulisan lain. Pakcik Rajoo yang menjual...
Di katil 12 terdapat seorang pesakit. Usianya telahpun melangkau separuh abad. Beliau dimasukkan ke wad akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan tulang peha beliau patah. Patah pada tulang peha beliau kami namakan " closed fracture intertrochanteric of right femur" . Bahasa apabila di terjemahkan secara langsung, kepatahan tertutup tulang femur (peha) bahagian intertrochanteric. Macam pelik pula bila diterjemahkan. Maaflah, tak jumpa ayat yang sesuai. Apabila terdapat pesakit dengan patah tulang, ia dapat dikategorikan sama ada patah tertutup ataupun terbuka. Patah terbuka bermakna terdapat bahagian kulit yang terluka dan berhubungan dengan bahagian tulang yang patah tersebut. Bagi patah tertutup, hanya tulang sahaja yang patah tetapi kulit tidak mengalami luka yang dapat menghubungkan bahagian tulang patah tersebut dengan kulit yang luka. Kenapa kami bezakan tertutup dan terbuka? Antara sebabnya kerana kedua-duanya memerlukan penanganan dan rawat...
Ulasan