Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Blog-mini #2

"Selesai satu ujian integrasi. Tinggal satu lagi esok. Man jadda wa jada wa man zar'a hasoda. Insha Allah. Saya dikhabarkan ada angkatan 2011 Ukrida Malaysia seramai lebih kurang 13 orang (lelaki 3, perempuan 10). Mereka akan tiba selepas Lebaran. Jadi buat bakal-bakal junior, kalau nak bertanya silakan. Boleh emailkan di faridramli@yahoo.com. Kalau nak jumpa di Malaysia nantipun boleh. Saya berada di Malaysia tanggal 24 Ogos ini." Blog-mini ni dibuat konon-konon untuk update status ala-ala facebook sebenarnya. Facebook dah hilang. :)

Blog-mini #1

"Jika kau perjuangkan Islam hanya dengan isu, apabila isu berlalu Islampun kau biarkan berlalu. Dasar sang pahat politik. Tukul kau hanya persepsi."

Ujian (lagi)

Imej
Benda yang perlu dihadam (susunan prioriti) - Mushaf AQ, Buku usrah, Modul 21+20 Ada dua ujian perlu dihadapi. Modul Metabolik Endokrin dan Urogenital. Tinggal lagi kurang 3 hari. Lenguh membahagi masa akan hal yang sepatutnya belajar dalam masa 10 minggu, tapi kini kerana kelekaan diri, perlu belajar dalam masa 4 minggu sahaja. Mujur pensyarah (dosen) agak memahami. Perlu menghadap dua makhluk kuning ni dan pulang ke Malaysia tanggal 24 Ogos ini. Belajar dan pulang. Moga dipermudahkan.

Ramadan Melesukan

Imej
Gambar Hiasan Kelmarin ke salah sebuah bank disini. Ternampak notis yang ditampal dipintu masuk ke bank tersebut. "Sepanjang bulan Ramadan ini, waktu operasi Bank **** berubah menjadi: Isnin-Khamis 0800-1500...." Kebanyakan waktu operasi bank-bank dan syarikat berubah. Katanya, bersempena Ramadan. Cuma, saya tertanya-tanya, apakah kaitan Ramadan dengan pengurangan waktu berkerja? Apakah bulan Ramadan ini membuatkan umat Islam kurang berkerja? Di sisi lain, bagaimana jika seorang pengurus syarikat/bank yang bukan beragama Islam menanggapi hal ini? Pastinya mereka beranggapan umat Islam lemah kerana berpuasa di bulan Ramadan. Kurang waktu berkerja bermakna kurang pendapatan mereka. Oleh itu, bulan Ramadan pastinya menyaksikan penyusutan nilai pendapat bulanan syarikat/bank. Benarkah ini gambaran Ramadan? Saya tertarik dengan status twitter Ustaz Hasrizal Abd Jamil, "Olang 'Melayu' siang manyak tidur, petang manyak makan, malam manyak sembahyang, kerja

Untuk Apa Berpuasa?

Imej
Gambar Hiasan Busur panah kita siapkan. Panahnya diasah rapi, supaya tajam. Dipastikan ianya lurus supaya dapat sampai tepat ke sasaran. Busurnya pula, dipersiapkan, talinya dipastikan regang sebaiknya dan mampu memacu panah dengan pantas. Namun, alatannya sudah persiapkan, apakah sasaran yang hendak dipanah? Ke arah manakah panah hendak laraskan? Dalam hal remehpun, pastinya kita lakukan dengan punyai tujuan. Bahkan untuk masuk ke tandas juga punyai tujuan, iaitu membuang 'hajat'. Begitu jugalah ibadah puasa Ramadan ini yang sebulan kita kerjakan. Pasti ianya juga punyai tujuan. Lalu, untuk apa kita berpuasa sebulan dibulan Ramadan ini?  Adakah hanya sekadar, "..dah Allah suruh, aku buatlah." Dalam Ramadan tahun lepas, saya ada menulis mengenai 'Madrasah Ramadan'. Kerana bulan Ramadan sering disebut sebagai bulan Ibadiyah. Penuh dengan amal ibadah yang dikerjakan siang dan malam. Di malam hari, muslimin muslimat akan memenuhi masjid untuk mengerjaka
Allahu akbar...

Generasi Kita Yang Terpedaya

“Secara fitrahnya, manusia sebenarnya bencikan kehinaan. Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara beransur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan. Ianya ibarat singa yang telah dijinakkan. Namum begitu, saki baki unsur kemuliaan masih berbaki dijiwa dan masih mengalir bahang panasnya di dalam darah. Apabila ada sahaja da’i yang menyeru kepada kemuliaan, memanggil kepada kebebasan, membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak,maka berdenyutlah kemuliaan di dalam jiwanya dan menyalalah bara di dalam sekam. Bangkitlah semula sifat kemanusiaan di dalam diri manusia, mereka tidak sekali-kali menerima penghinaan. Mereka pun bangkit berjihad dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam jiliad itu lebih ringan daripada diperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan. Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, cepat sembuh d

Malas

4 Ramadhan sudah. Banyak perkara nak saya tulis. Tapi... Minta maaf lah buat yang dah menjenguk blog ni. Agak malas. Takda ubat untuk malas. Buku Internal Medicine Harrison yang tebal tupun takda cerita pasal penyakit malas. Bukan malas dalam semua perkara, cuma malas menulis blog.  Terima kasih buat sahabat-sahabat yang katakan suka masuk blog ni. Anda membuatkan saya segan. Blog takda isi. Kalau nak perkongsian, jom sama-sama kita liqa bersama. 24 Ogos 2011 ini insha Allah akan pulang ke Malaysia. 25 Julai 2011 lalu, seorang puteri telahpun lahir. Selamat datang ke dunia. Jadilah anak solehah yer wahai, Dinie Nur Aleesya.