Ramadan Melesukan

Gambar Hiasan

Kelmarin ke salah sebuah bank disini.

Ternampak notis yang ditampal dipintu masuk ke bank tersebut.

"Sepanjang bulan Ramadan ini, waktu operasi Bank **** berubah menjadi: Isnin-Khamis 0800-1500...."

Kebanyakan waktu operasi bank-bank dan syarikat berubah. Katanya, bersempena Ramadan. Cuma, saya tertanya-tanya, apakah kaitan Ramadan dengan pengurangan waktu berkerja? Apakah bulan Ramadan ini membuatkan umat Islam kurang berkerja?

Di sisi lain, bagaimana jika seorang pengurus syarikat/bank yang bukan beragama Islam menanggapi hal ini? Pastinya mereka beranggapan umat Islam lemah kerana berpuasa di bulan Ramadan. Kurang waktu berkerja bermakna kurang pendapatan mereka. Oleh itu, bulan Ramadan pastinya menyaksikan penyusutan nilai pendapat bulanan syarikat/bank. Benarkah ini gambaran Ramadan?

Saya tertarik dengan status twitter Ustaz Hasrizal Abd Jamil,

"Olang 'Melayu' siang manyak tidur, petang manyak makan, malam manyak sembahyang, kerja talak" << alamak, inikah kita di mata mereka?

Benar..

Kadang-kadang secara tidak sengaja, kita yang merosakkan wajah Islam dimata mereka. Kita membuatkan Islam itu terikat dengan dogma yang kuno, melemahkan dan kurang produktiviti. Sedangkan apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w, para sahabat dan generasi sebelum kita adalah sangat berbeza.

Antara peristiwa besar yang pernah berlaku semasa bulan Ramadan,

  • 17 Ramadhan tahun 2 Hijriyah. Peristiwa perang Badar:   
  • 10 Ramadhan tahun 8 Hijriyah. Peristiwa Fathul Makkah (pembebasan kota Makkah). Di bulan yang samapula, Khalid bin Walid menghancurkan patung sembahan Al-Uzzah.
  • Ramadhan tahun 9 Hijriyah. Kaum Tsaqif menyatakan keislamannya di hadapan Rasululah SAW. Setelah mengumumkan keislamannya, mereka menghancurkan patung yang dulu mereka sembah bernama Al-Lata. 
  • 8 Ramadhan tahun 9 Hijriyah. Kemenangan umat Islam dalam perang Tabuk.
  • 28 Ramadhan tahun 92 Hijriyah. Tentara Islam di bawah pimpinan Thariq bin Ziyad berhasil menyeberangi selat Giblatar atau Jabal Thariq untuk masuk ke Andalusia (Sepanyol) dan kemudian berhasil menguasainya.
  • 15 Ramadhan tahun 658 Hijriyah, umat Islam berhasil mengalahkan tentara Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan, cucu Genghis Khan. Perang ini terjadi di Ain Jalut, Palestin Utara.
Suatu ketika, Presiden Tunisia sepanjang tahun 1957-1987, Habib Bourguiba pernah mengeluarkan arahan bahawa penjawat awam di negara tersebut dilarang berpuasa. Tunisia merupakan negara majoriti umat Islam. Bahkan Presiden Tunisia tersebut juga merupakan seorang beragama Islam. Alasan beliau adalah berpuasa mengurangkan produktiviti negara!

Untuk membuktikan beliau bersungguh dengan arahan tersebut, Habib Bourguiba dan menteri-menteri kabinetnya telahpun muncul secara langsung di televisyen dengan makan beramai-ramai di tengah hari pada bulan Ramadan.

Ketika itu, Ulama' Tunisia telah membacakan ayat suruhan berpuasa lalu menyatakan, "..telah berdustalah Habib Bourguiba." Tunisia menyaksikan rusuhan rakyat ketika itu.

Untuk melihat isu ini, kita kembali ke realiti umat Islam kini. Benarkah berpuasa membuatkan kita lesu dan mengurangkan produktiviti?

Ambil langkah proaktif, buktikan bahawa ianya tidak benar!



-------------------
[1] Sejumlah Peristiwa Sejarah di Bulan Ramadhan (pautan)
[2] Kisah Habib Bourgiba (pautan 1) dan (pautan 2)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lagu : Zikraa

[Kemaskini] Kolej Matrikulasi KPM

Mereka yang dari pintu ke pintu