Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Mencuba

Imej
Baru-baru ini terfikir idea untuk mencuba berniaga kecil-kecilan. Tinggal di Indonesia ini, banyak advantage yang boleh didapat. Salah satunya, meniaga kain! Jadi saya bersama seorang rakan dalam tempoh percubaan meniaga hanya satu jenis barang, iaitu telekung. Kedai masih belum dibuka, barang-barang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mudah-mudahan dapat sampai tepat masa dan dalam keadaan elok. Saya hanya sebagai pembekal dari Indonesia, manakala rakan saya, Incik , sebagai pengedar di Malaysia. Sama-sama bekerjasama. Orang tua-tua cakap, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tapi, rezeki itu milik Allah. Semoga dipermudahkan, Insha Allah. Kenapa nama Tecomu? Saya tak reti untuk letak nama-nama yang 'comel'. :) Maka, tugas tersebut diberikan kepada Incik. Terhasillah nama tersebut. Kerana sasaran pembeli adalah kaum hawa, jadi design badge di atas juga dibuat sesuai dengan sasaran. ________ [1] Incik walaupun namanya Incik yang konon-konon macho, beliau adalah makhl

Katakanlah yang benar

Imej
Saya ada menulis status di Facebook peribadi berkenaan keberanian Syeikh Sya'rawi menegur Presiden Mesir ketika itu, Hosni Mubarak. Saya pernah melihat video beliau suatu ketika dahulu. Pastinya anda tahu mengenai ke-ditaktor-an Presiden Hosni Mubarak. Namun ianya tidak menggerunkan Ulama' ini. Pada video Eskay, saya tidak tahu beliau merujuk pada Ustaz mana berkaitan sumpah laknat yang beliau lakukan. Kerana kebanyakan para ustaz di Malaysia tidak bersetuju dengan sumpah laknat tersebut. Ianya suatu yang tiada dalam agama Islam. Kerana itu, sebelum dia bersumpah, Ustaz Shamsul Firdaus Al-Hafiz telah duduk dihadapan mereka bertiga dan menasihati dengan tertib. Tahniah buat keberaniannya. Berikut merupakan nasihat yang disampaikan oleh Syeikh Sya'rawi sewaktu Presiden Mubarak berada disampingnya. Teks terjemahan terdapat dibawah. Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya'rawi), wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku ti