Mencuba


Baru-baru ini terfikir idea untuk mencuba berniaga kecil-kecilan. Tinggal di Indonesia ini, banyak advantage yang boleh didapat. Salah satunya, meniaga kain! Jadi saya bersama seorang rakan dalam tempoh percubaan meniaga hanya satu jenis barang, iaitu telekung. Kedai masih belum dibuka, barang-barang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mudah-mudahan dapat sampai tepat masa dan dalam keadaan elok.

Saya hanya sebagai pembekal dari Indonesia, manakala rakan saya, Incik, sebagai pengedar di Malaysia. Sama-sama bekerjasama. Orang tua-tua cakap, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tapi, rezeki itu milik Allah. Semoga dipermudahkan, Insha Allah.

Kenapa nama Tecomu? Saya tak reti untuk letak nama-nama yang 'comel'. :) Maka, tugas tersebut diberikan kepada Incik. Terhasillah nama tersebut. Kerana sasaran pembeli adalah kaum hawa, jadi design badge di atas juga dibuat sesuai dengan sasaran.

________
[1] Incik walaupun namanya Incik yang konon-konon macho, beliau adalah makhluk berkromosom XX. Sila lawati blog beliau untuk lihat promosi. here-en-now.blogspot.com

Ulasan

incik berkata…
salam..
TAK SABAR tunggu kain2 sampai malaysia!
siap caps lock lagi sebab sangat TAK SABAR!semoga berjalan dengan lancar semuanay.amiiin..

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum