Catatan

MENYOKONG ADA MAKNA

Imej
Pada 12 Oktober 2017, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengeluarkan artikel melalui The Edge Malaysia Weekly bertajuk, "Bolehkah rokok pek kecil menghalang penyeludupan haram?" Di dalam artikel tersebut dinyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mencadangkan kembali rokok dalam bungkusan kecil, yang juga dikenali dengan "Kiddie pack". Cadangan tersebut mencetuskan kritikan apabila KKM dilihat menyebelahi syarikat pengeluar tembakau. IDEAS dalam masa yang sama, mengatakan istilah "Kiddie Pack" merupakan propaganda yang dicipta oleh kumpulan anti-tembakau. Istilah ini memainkan emosi dan konotasi negatif agar orang ramai melihat "Kiddie Pack" merupakan rokok untuk kanak-kanak. Bagi IDEAS, mereka melihat Kiddie Pack ini baik dengan alasan: 1. Rokok walau berapapun jumlah batang, tetap menjadi kesalahan undang-undang jika ianya dijual kepada kanak-kanak. 2. Kiddie Pack baik dalam mengawal ketagihan merokok.

Rela yang ditinggal

Imej
Tempoh hari sempat mengikuti taklimat Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya ke Bangladesh. Malangnya, bukan sekadar peserta. Hanya berkhidmat pada sukarelawan yang akan berangkat. Tetapi tiba-tiba persoalan muncul dihati ini; "Kenapa saya sudah tidak berminat untuk kerja sukarelawan?" Dahulu, kononnya aktif ber-persatuan. Bantu orang, kelola program, gunakan kemampuan yang ada, gadaikan masa dan tenaga. Semua yang dilakukan bagi membantu orang. Hingga satu tahap, saya lewat setahun menyelesaikan tempoh pengajian. Di panggil pihak penaja atas sebab ini, diberi surat amaran dan tinggallah rasa sepi apabila rakan-rakan sama angkatan pulang ke Malaysia terlebih dahulu. Ya, saya tidak menyesalpun. Saya suka apa yang saya lakukan.  Bantu orang. Tetapi selepas menyelesaikan pengajian, mendapat segulung ijazah, memulakan kerjaya sebagai pegawai perubatan; namun, mana bakti sukarela ditinggalkan?  Teringat kata-kata abang dan pakcik usrah dahulu, tempoh transis

Kalau aku bukan doktor, fahamkah aku?

"Doktor,  memang tak ada buat apa-apa ke untuk mak saya? Memang observe sahaja ke?" Soalan yang sering ditanya oleh keluarga pesakit. Saya diberi peluang untuk bertugas di ICU selama lebih kurang 6 bulan. Majoriti pesakit ICU adalah pesakit yang sangat kritikal. Apabila ditanyakan soalan di atas, rasa kurang selesa.  Seakan nak marah sahaja. Iyalah, pesakit diberi bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan ventilator, setting untuk mengawal pernafasan sentiasa kami kawal melalui ujian darah.  Di sekelilingnya pula terdapat pelbagai jarum dan ubat diberikan kepada pesakit,  termasuklah ubat inotrope yang membantu mengawal tekanan darah, tanpa ubat tersebut tekanan darah akan rendah, aliran darah keseluruh tubuh berkurang, oksigen dan nutrisi yang berkurang akan menyebabkan kegagalan fungsi organ-organ penting dan hasil akhirnya, jantung berhenti dan kematian. Di atas pesakit terdapat monitor yang menampilkan bacaan vitals sign yang dicatat dan dikawal setiap jam. Banyak l

Patah tulang bukan hati

Di katil 12 terdapat seorang pesakit. Usianya telahpun melangkau separuh abad. Beliau dimasukkan ke wad akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan tulang peha beliau patah. Patah pada tulang peha beliau kami namakan " closed fracture intertrochanteric of right femur" . Bahasa apabila di terjemahkan secara langsung, kepatahan tertutup tulang femur (peha) bahagian intertrochanteric. Macam pelik pula bila diterjemahkan. Maaflah, tak jumpa ayat yang sesuai. Apabila terdapat pesakit dengan patah tulang, ia dapat dikategorikan sama ada patah tertutup ataupun terbuka. Patah terbuka bermakna terdapat bahagian kulit yang terluka dan berhubungan dengan bahagian tulang yang patah tersebut. Bagi patah tertutup, hanya tulang sahaja yang patah tetapi kulit tidak mengalami luka yang dapat menghubungkan bahagian tulang patah tersebut dengan kulit yang luka. Kenapa kami bezakan tertutup dan terbuka? Antara sebabnya kerana kedua-duanya memerlukan penanganan dan rawat

Jujur

Usai kerja, singgah sebentar ke restoran di Pilah Perdana untuk menjamu selera. Sedang menjamah makanan yang baru tiba, datang seorang lelaki. Badannya sedikit gempal, rambut tidak terurus, muka sedikit kusut, berusia mungkin awal 30-an. Tersengih.  "Bang, boleh minta duit tak?" Beliau menyapa aku. Aku terpinga-pinga. Siapalah pula orang ini. "Nak buat apa?" tanya aku. "Nak pergi Seven sana tu, bang. Nak pergi karaoke,"katanya sambil menunjuk Pusat Karaoke yang berada di simpang jalan, tidak jauh daripada tempat aku makan. Lagilah pelik. Jujur benar orang ni. "Err, kalau nak duit untuk makan, bolehlah saya bagi.." jelas aku. Dia hanya tersenyum dan beredar ke meja sebelah. Mungkin beliau mempunyai masalah mental. Namun aku belajar satu hal daripada abang ini. Jangan sesekali menipu.  Jujurlah. Salam ramadhan.

Cuti yang panjang

"Kali ni kita tak pergi MPH pun kan?" kata puan isteri sambil tersenyum nakal. Tanpa sedar,  ianya umpama idea untuk kami tetap mengunjungi kedai buku tersebut. Sengaja puan isteri menyebutnya kerana hampir tidak pernah kami ke Alamanda tanpa masuk ke kedai buku MPH. Bukan membeli sangatpun. Hanya sekadar mahu tahu buku-buku terkini. Dan, sambil-sambil membelek buku, pasti puan isteri bertanya kenapa saya sudah lama tidak menulis. Ada juga orang mahu saya terus menulis. Isteri sendiri jadi peminat, tak apalah. Saya tidak menulis kerana saya tidak membaca. Agak lama saya tidak membaca tulisan-tulisan yang panjang.  Sama ada artikel,  buku, novel mahupun buku perubatan. Dan seperti biasa, "masa"  juga yang akan dipersalahkan. Bukanlah sebenarnya tiada masa. Tetapi malas menulis. Untuk menulis, perlu membaca. Untuk membaca perlu komitmen. Sedangkan status facebook yang panjang sikitpun saya skip , inikan pula tulisan-tulisan lain.  Pakcik Rajoo yang menjual sur

Ditegur

Solat di sebuah surau di kawasan kampung di Kuala Pilah. Selepas angkat takbir, seorang remaja menepuk tangan saya, menegur, "bang.. bang.." Selesai solat, remaja tersebut datang. "Bang, tadi solat macam ni kan?" Beliau menunjukkan cara saya berdekap, meletakkan tangan di dada. "Tak boleh macam tu, kena macam ni," sambil menunjukkan cara berdekap dengan tangan di bawah dada. Terkaget sekejap. Penting sangat ke, sampai perlu tegur ketika solat, dengan melintas orang yang sedang solat di sebelah saya? Adeh. Bersangka baik yang mampu saya lakukan, "..mungkin itu yang di ajar guru di sekolahnya." atau "..mungkin budak ni kurang IQ."