Ditegur

Solat di sebuah surau di kawasan kampung di Kuala Pilah. Selepas angkat takbir, seorang remaja menepuk tangan saya, menegur, "bang.. bang.."

Selesai solat, remaja tersebut datang.

"Bang, tadi solat macam ni kan?"

Beliau menunjukkan cara saya berdekap, meletakkan tangan di dada.

"Tak boleh macam tu, kena macam ni," sambil menunjukkan cara berdekap dengan tangan di bawah dada.

Terkaget sekejap.

Penting sangat ke, sampai perlu tegur ketika solat, dengan melintas orang yang sedang solat di sebelah saya?

Adeh.

Bersangka baik yang mampu saya lakukan, "..mungkin itu yang di ajar guru di sekolahnya." atau "..mungkin budak ni kurang IQ."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum

Mereka yang dari pintu ke pintu