Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Bilik Ukhuwwah

Imej
[Bilik Ukhuwwah] Sudut pandang dari ruang katil saya. Inilah bilik orang bujang. :) Semalam sengaja memainkan lagu-lagu nasyid ketika belajar. Membuatkan terkenang kembali tempat ini. Aras 4, Blok B3, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah. Bilik ini sangat menarik. Kerana ia merupakan bilik yang sama pernah abang saya diami dahulu. Bahkan saya belajar di meja belajar milik abang saya dahulu. Dua daripada ahli bilik ini merupakan pelajar Sains Hayat, manakala dua lagi pelajar Sains Fizik. Kadang kala kami belajar bersama. Banyak kala, saya hanya meminjam tugasan tutor ( assignment ) dan jawapan ujian past-year dari sahabat saya, Firdaus Zainuddin. Beliau berasal dari Johor, seorang yang nampak agak 'santai', tapi sering bangun malam untuk tahajud dan belajar. Kagum dengannya. Malangnya, selesai ber-program bersama (DnT) selepas matrikulasi, saya belum dapat menghubunginya hingga kini. Seorang lagi rakan sebilik, Hafizan. Merupakan

Rantau

Imej
Rumah sebelah Asam pauh dari seberang, Gugur buahnya di tepi perigi; Badan jauh di rantau orang, Sakit payah ditanggung sendiri. Buah pauh dalam dulang, Dikirim orang ke kampung hulu; Biar jauh di negeri seberang, Doa restu dikirim selalu. ---------- [1] Pantun diambil dari - Pantun (Klik)

Bulat-bulatan #01

Imej
Gambar bulat-bulatan ketika tahun 2010 Di internet sekarang ini, banyak dapat kita lihat perubahan selebriti ke arah berkeperibadian Muslim yang sebenar. Ianya suatu perkembangan yang menarik! Bahkan menyuntik semangat dan harapan buat kita, bahawa Islam benar-benar akan tertegak kembali. Salah satu contoh adalah Wardina Safiyyah. Beliau mula dikenali ketika berlakon dalam sitkom Spanar jaya. Kini beliau berpakaian sesuai seorang muslimah bahkan mengikuti circle atau bulatan atau usrah. Bagaimana proses daripada wanita yang sosial, mempunyai kerjaya sebagai pelakon dan model yang bergantung pada rupa dan penampilannya; namun kini berubah sebahagian besar? Dalam peristiwa pengharaman arak, Allah SWT menurunkan perintah larangan secara berperingkat iaitu selama 3 tahun. Allah SWT tidak serta merta mengharamkan arak. Ini kerana kebiasaan orang Arab ketika itu adalah meminum arak. Kerana apa ianya dilakukan berperingkat? Salah satu pengajaran yang dapat dia

Beradab, agar tidak biadab

Biadab yang menyuruh orang lain beradab. Sangat mudah dilihat sekarang. Isunya apa? Berkaitan Ustaz Azhar Idrus.  Ke atas Ustaz 'mereka' di gelar al-Fadhil Ustaz ---- hafizahullah. Namun, atas orang 'alim yang tidak sependapat dengan mereka, langsung hanya digelar nama sahaja. Hebat! Untuk menyampaikan idea yang 'benar', teknik penyampaian juga perlulah 'benar'. Jika kita mampu membawakan dalil-dalil yang bersesuaian dengan syariatullah, kenapa tidak mampu menyampaikan sesuai dengan sunnatullah? Beradablah, agar kita tidak biadab.

"Cantiknya mataaa...."

Imej
Gambar hiasan yang tiada kaitan langsung Antara yang sering kita lihat di laman facebook jika memaparkan foto wanita ber-purdah adalah komen daripada 'jejaka-jejaka'. Banyak daripadanya adalah komen-komen yang agak memualkan. "Cantiknya mata dia.."  "Terpancar kesolehah di-mata awak.. Tengah merenung sapa tu?"  "Ya Allah, kurniakanlah aku isteri seperti wanita solehah ini.." Dan pelbagai lagi komen-komen yang memuji dengan gaya Islamik dan mendoakan agar mendapat pasangan yang seperti foto tersebut. Saya melihat dengan dua sisi pandang. Satu sisi, saya melihat hilangnya fungsi purdah tersebut. Antara fungsi purdah adalah sebagai 'pelindung diri' dari padangan lelaki yang bukan mahram- supaya tidak tergoda dengan wajah muslimat tersebut. Namun dengan purdah, lebih banyak yang tergoda? Sisi yang kedua, menunjukkan bahawa sesuatu yang disimpan itu lebih berharga. Logiknya, kenapa dengan ribuan foto-foto wanita (terut

Menegur dan Menerima teguran

Dahulu selalu dapat sms dari Daarut Tauhid berkaitan hal yang mudah untuk dilafaz, tapi sukar untuk diamalkan. Daarut Tauhid merupakan pusat pengajian Islam yang dicetuskan oleh AA Gym, salah seorang pendakwah yang pernah popular di kaca televisyen Indonesia suatu ketika dahulu. Antara yang saya ingat, berkaitan menerima teguran. Jika kita masih sibuk beralasan, mencari kelemahan orang yang mengkritik kita, itu maksudnya something wrong dengan hati kita. Lebih baik kita menerima dengan berlapang dada. Ya, nampak mudah bukan? Kita akan mudah berkata, aku lebih kenal diri aku. Ataupun, aku bermaksud begini.... Kononnya mahu membetulkan kesalah-fahaman orang yang mengkritik kita. Apa kata, berlapang dada. Istighfar atas kesalahan dan kekurangan diri. Ada keputusan kita yang tiada efek yang besar. Buat takpa, tak buatpun tidak apa-apa. Tapi, ada keputusan kita yang membuatkan efek yang besar, malah berantai (domino). Jadi, muhasabahlah agar tidak dari kesilapan kita itu menimb

Jalan- antara jalan

Imej
Jalan- antara jalan Kata sahabat, " kita kalau dah sedap makan nasi sendiri, sampai nampak tak sedap je nasi orang.. Sedangkan kita belum menjamah nasi yang satu lagi. " Nasi boleh ditafsir hidangan secara literal, namun pada makna lain ia membawa maksud 'cara'. Kita ada 'cara' kita, mereka ada 'cara' mereka. Jangan diperlekeh yang mereka, seumpama kita tidak mahu mereka perlekeh kita. Hormatilah. Kita tidak melihat ustaz dikaca televisyen dengan sengaja melafaz, "..dakwah ustaz ini tidak benar! Dakwah perlu dari pintu ke pintu, lorong ke lorong..! Yang dibuatnya itu tiada manfaat, tiada siapa akan berubah.." Sejak bila kita menjadi tuhan, memberi hidayah menentukan siapa yang akan berubah? Dalam hal dakwah, seninya sangat luas. Adakala kita rasanya kitalah terbaik, cara kita terbaik, metode kita terbaik.. Justeru, mudah perlekeh usaha orang lain. "Hei, alih duri dijalanpun ganjarannya besar!" Berlapanglah w

Syair

Syair ini mampu membuatkan Imam Ahmad mengalirkan air mata.  Sama-sama kita hayati, ambil pedoman dan tanyakan pada diri. ---------------- P/s: Esok insha Allah akan menjalani Ujian Forensik. Tolong doakan yer. :)

Kubur memang masing-masing

Imej
Gambar hiasan Kubur memang masing-masing. Tapi.. Tidakkah kau ingat, siapa yang menyambut tika kau lahir? Kenapa engkau tidak lahir sendirian? Tidakkah kau ingat, sudah berapa banyak cikgu yang telah berjasa mengajarmu? Kenapa engkau tidak belajar sendirian? Sepanjang hidupmu, sudah berapa doktor yang sudah kau temui? Kenapa kau tidak obati sendirian? Dan, aku mengingatkanmu, suatu perkara yang kau ketahui... Setelah mati, engkau tidak mampu memandikan dirimu, tidak mampu mengkafankan dirimu, tidak mampu menggali liang lahad untukmu dan tidak mampu masuk ke kubur tanpa bantu orang lain. Justeru, kenapa kau masih laungkan "ikut sukalah, kubur masing-masing?"

Pena Maya

Imej
Blog sahabat- teman sekolah. Artikel terbarunya berkaitan projek Al-Quran percuma. Berkongsi kebaikan amal seorang teman. Sungguh, saya kagum dengannya, yang bergiat aktif dalam laman maya. Pertamanya, kerana sahabat saya ini rajin menulis. Keduanya, kerana idea-idea kreatifnya digunakan sebaiknya. Dahulu ketika di kelas, kami sering juga tidak sependapat. Idea-ideanya, saya sering tanggapi umpama idea 'gila'. Cuma satu yang saya kagumi, sahabat saya ini unik dengan caranya tersendiri. Dan, hari ini, selepas 6 tahun meninggalkan alam persekolahan, cara dan ideanya sangat saya kagumi. Moga terus istiqamah duhai sahabatku, Umar Zakir. Sila layari blog teman saya ini, Pena Maya . Tulisannya agak panjang bagi sesetegah artikel, kerana bersesuaian dengan nilai manfaat yang terdapat dalamnya. ----------- [1] Bila 'malas' menulis, ambil jalan mudah dengar berkongsi kebaikan sahabat yang lain. Hehe.