Bilik Ukhuwwah

[Bilik Ukhuwwah] Sudut pandang dari ruang katil saya. Inilah bilik orang bujang. :)

Semalam sengaja memainkan lagu-lagu nasyid ketika belajar. Membuatkan terkenang kembali tempat ini.

Aras 4, Blok B3, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

Bilik ini sangat menarik. Kerana ia merupakan bilik yang sama pernah abang saya diami dahulu. Bahkan saya belajar di meja belajar milik abang saya dahulu.

Dua daripada ahli bilik ini merupakan pelajar Sains Hayat, manakala dua lagi pelajar Sains Fizik.

Kadang kala kami belajar bersama.

Banyak kala, saya hanya meminjam tugasan tutor (assignment) dan jawapan ujian past-year dari sahabat saya, Firdaus Zainuddin. Beliau berasal dari Johor, seorang yang nampak agak 'santai', tapi sering bangun malam untuk tahajud dan belajar.

Kagum dengannya.

Malangnya, selesai ber-program bersama (DnT) selepas matrikulasi, saya belum dapat menghubunginya hingga kini.

Seorang lagi rakan sebilik, Hafizan. Merupakan bekas pelajar sekolah yang 'berjiran' dengan sekolah saya dahulu. Kami sering berbeza pendapat. Ber-'usrah' dalam perbezaan. Namun, selepas 'berdebat', tibanya waktu solat, kami mengambil wudhu' dan bergerak ke Surau bersama.

Alhamdulillah, sampai sekarang masih dapat berhubungan dengannya melalui medium Facebook.

Boleh dikatakan hampir setiap waktu solat, kami bertiga akan solat di surau bersama. Kecualilah waktu kuliah. 

Sangat rindu dengan suasana dahulu. Ada rakan yang mengingatkan untuk solat. Bangun pagi dan sama-sama mengejutkan rakan untuk solat Subuh. Ketika itu, tidak merasakan apa-apa. Cuma sekarang, baru terasa rindu akan 'nikmat' bersahabat itu.

Semoga semuanya berjaya bukan sekadar di dunia, tapi hingga ke akhirat kelak.

Pesanan yang diperolehi dalam PERMAI tempoh hari; jangan katakan selamat tinggal, tapi katalah semoga berjumpa lagi. 

Oleh itu, semoga berjumpa lagi wahai sahabat. Jika tidak bertemu di dunia, moga dapat bertemu di alam yang akan datang, di dalam syurga Allah Subhanahu-wa-ta'ala. Insha Allah.

=D

----------
[1] Sila study wahai diri! 

[2] Macam terlambat 4 tahun je tulisan ni. Keluar dari matrikulasi tahun 2008, sekarang sudahpun 2012. :)

Ulasan

inniakhofullah berkata…
kmns terbaik ! haha

teman yang terbaik adalah teman yang
mengingatkan kita tentang akhirat.

Abu Ya’la telah mengeluarkan riwayat ini daripada Ibnu ‘Abbas RA, beliau mencerita; telah ditanyakan,

“Ya Rasulullah! Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?”

Sabda Baginda,

“Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabila kamu) melihatnya,; dan bertambah pada ilmu mu (apabila mendengar) perbicaraannya; dan mengingatkan kamu kepada Allah (apabila melihat) amalannya.”

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum