Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Fitnah pena

Imej
Sumber: Saifulislam.com Kenapa jahat sangat tangan? Cuba lihat facebook. Dahulu orang kata mulut yang jahat. Tetapi sekarang, mulut tidak berkata. Cuma tangan yang ligat menulis. Mudah kita menulis, apa sahaja yang ada dalam minda, terbit dari gambaran hati. Kita curahkan semua. Tanpa mengira; pada siapa kita tujukan, medium yang kita gunakan, siapa sahaja yang mampu baca, kesan dari penulisan kita, dan paling penting, di mana rasa bertuhan kita letakkan ketika itu? Tidak pernah kita lihat orang tua yang mudah melontar kata dusta dan nista. Mungkin ada, tetapi jarang. Itu di alam realiti. Namun, tika di alam maya? Gundah, resah hati melihatnya. Pak dokter, pak kiyai, dosen pengajar (pensyarah), guru, dan orang-orang yang dihormati masyarakat- bebas menulis ayat keji. Uzlahkan tangan kita. Tanya, mana tuhan kita letakkan ketika menulis. Neraca dosa-pahala mana yang tidak seimbang. Periksa lagi dan lagi. Kita bukanlah dizaman orang menghafal nombor telefon rumah.